Friday, June 19, 2009

25 tahun lepas, ayah gua dah ada SLR camera. Rileks je.


25 tahun lepas, kau petik kamera Nikon yang entah apa nombor sirinya. Yang gua sendiri tak tahu nak nyebutnya. Di ruang menonton TV. Gua yang cuma tahu berpossing atas basikal kecil ini bila kau mula pegang kamera itu.

Beberapa tahun kemudian, setiap pagi kau sikatkan rambut gua yang lurus bak fashionistas Jepun ini setelah melepekkan mungkin Code Ten mungkin Revive. Lalu kau hantar gua ke sekolah dengan bekalan 50 sen. Masa itu, 50 sen cukup dah. Siap boleh simpan lagi.

Pada umur gua 13 tahun, kau suruh gua blah dari rumah. Pergi ke sekolah berasrama di bandar. Bukan niat kau untuk memisahkan gua dengan keluarga, tapi untuk masa depan gua. Dan setiap minggu kau akan datang melawat gua sambil bawa minum ke Tasik Y.

Beberapa tahun selepas itu, mungkin kau sedikit menyesal. Hati kau hancur. Kecewa. Bila kau dapat tahu yang gua sudah pandai merokok. Apa pepatah melayu, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Kan? Maaf untuk itu.

Gua umur 16 tahun, kau menangis gembira. Bila gua ditawarkan ke salah satu sekolah berasrama penuh. Bagi kau, gua penyambung impian kau. Gua akur. Terima dengan hati yang terbuka. Gua tahu. Gua buat lu bangga.

Dan hari-hari seterusnya, bila masa gua susah, nak-nak dalam hal kewangan, walaupun kau sendiri 'kering', gua tetap didahulukan. Dan bila-bila gua mula keliru, kau datang dengan satu perkataan yang cukup untuk gua buat keputusan.

Hari ini, gua tulis this so-called poet. Sekadar ingin gua menyampaikan satu perasaan yang sukar gua gambarkan bila masa gua tengok balik gambar pada umur gua 27 tahun. Tersenyum sendiri lalu fikiran gua pergi jauh ke beberapa tahun yang lampau.

Selamat Hari Bapa, Ayah! Eh, jam yang gua beli kat Jepun tahun lepas tu ada lagi kan? Tahun ini tak payah apa-apa eh?

6 comments:

H said...

wah...
rembo cakap gua-kau ngan ayah.
tak kena stalait ngan mak ke??
hehe.

oke, oke.
happy father's day tuk ayah rembo juge.
:)

Rajuna said...

bo,
gua ada kemusykilan
lu rasa ada tak budak2 krasti yang hati sejernih air di kali terhadap bapa macam lu?
saje je tanye2 takkan tak boleh ye tak?

hehe

DOOM said...

gua krasti dan gua sayang jugak bapak gua.

ini soal hati bai. mana bole silap bawak?

laki cikgu kimia said...

seingat gue bapak lo memang cool. sudah ingat-ingat lupa gue ini..

Rembo said...

H - hmmm...konon-konon je tu. Konon-konon nak tunjuk bapak gua rockers.

Juna - Woi! jangan claim gua krasti.

Doom - Perghh, doom komen gua ni; betul-betul.

nas - SSSSSHHH, jangan bising2. he he he

Rajuna said...

kepada abang doom
kah kah kah woit
lagu police ehem2 satu lah!
kah kah kah