Sabtu lepas. Gua menghadiri satu (lagi) perkahwinan rakan-rakan. Konsep garden wedding di tepi Tasik Titiwangsa dan kereta kuda. Sungguh Cinderella. Macam dalam cerita rakyat orang putih. Satu perkahwinan kerabat di raja dari Kingdom of Far Far Away. Bezanya, tak ada acara cium mulut lepas melafazkan perkataan 'I do'.
Pagi-pagi lagi gua dah bangun. Betul-betul punya pagi. Pagi pada hari Sabtu adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi gua. Biasanya pagi hari Sabtu atau Ahad gua adalah setelah gelincir matahari.
Bersiap. Iron baju kemeja potongan 'western' dengan motif corak bunga cengkih kecil yang banyak, sembur perfume Lacoste, sarung jeans hitam potongan slim fit serta Converse All Star putih yang semakin kuning yang gua dah mula conteng dengan perkataan 'Absent'.
Dengan rambut bergaya penyanyi kumpulan Jet, gua melangkah keluar rumah dengan keyakinan diri yang tinggi. Cukup rockstar, pada hemat gua.
[,]
Acara makan-gelak-kutuk-snap-berposing adalah wajib. Semua rakan ada. Dari yang sekolah menengah di tengah felda sampai yang ke universiti tengah pekan koboi. Ramai yang hadir. Pemain-gitar-yang-suka-goreng-entahapapa kumpulan gitar rancak gua pun ada. Dengan wife dan juga anak. Dah 'berjaya' dah mamat ini.
Satu-satunya antara rakan yang datang bawak anak secara zahir. Comel. Macam Arshavin. Pemain-gitar-yang-suka-goreng-entahapapa ini berkahwin dengan salah seorang peminat gua masa sekolah di tengah felda dahulu. Seorang gadis yang bermuka-redup-dan-anak-orang-kaya-dan-ketua-pengawas.
[,]
Semua rakan mula beredar setelah acara klimaks, pengambilan gambar secara beramai-ramai dengan perngantin. Bersalaman untuk berpisah sementara. Sebelum blah, pemain-gitar-yang-suka-goreng-entahapapa tegur gua.
"Cara la rambut lu. Macam Ariel Peter Pan."
"Yeah. I know I know. Nasib baik lu tak sebut Noh." Sambil gua senyum-senyum bangga.
"Haah la Bo. Macam Peter Pan." sambung si gadis yang bermuka-redup-dan-anak-orang-kaya-dan-ketua-pengawas.
Gua terus senyum. Takkan gua nak keluar ayat romantik gua depan laki dia yang merangkap kawan baik. Mampos!
"Dah-dah la Bo, berubahlah." pesan gadis yang bermuka-redup-dan-anak-orang-kaya-dan-ketua-pengawas sambil anak beranak itu terus meninggalkan gua tengah minum sirap.
Gua hanya terpaku sambil terkebil-kebil. Satu statement yang buat gua terkedu. Macam kena panahan ais Frozone dalam animasi Incredible. Kaku. Pegun. Mata separa terbeliak. Memandang satu titik yang jauhnya entah berapa puluh meter di hadapan. Sambil gema perkataan berubah itu terus bergema dalam segenap otak dan juga berpusing-pusing sesat dalam koklea gua macam budak kecil sesat dalam labyrith.
Lantas beribu-ribu soalan menerjah masuk ke dalam kepala hotak gua. Kalau gua listkan kat sini, harus satu page ni penuh semua persoalan gua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
dah-dah la, khairul. bergeraklah.
gua rase lu hensem lebih la bo...hahaha...tu yg dia pesan pelik tu..kot2x cara rambut lu tu mcm 'aku mmg pencinta wanita tp mmg ku buaya'....
last sekali seorang kawan cakap macam tu dgn aku...aku lawan balik!
"dah apa?"
"Lu nak berubah,lu berubah la..apa ajak orang pulak?"
disambung dengan makian tanpa henti gua.serius.
pantang sungguh aku orang jumpa sesekali,tak tau apa2 pasal kita,pastu suruh berubah.
cikgie - gua bukan transformer nak ubah-ubah.
mariati - ah itu lagi gua tak boleh blah. nyanyi lagu semua macam hape je!!!
ji - itula. apa yg tak kene pada mata dia ntah. dia nk suruh gua ada bini kot.
Woi lu kena konfiden, Bo. Tak betul pun lu lawan bilang lu betul. Balik rumah sebelum tidur baru fikir balik.
Taim kenduri kendara laa org sibuk nk mem'busy body'...
Layan joget lambak lg true.
apesal delete komen gua? huh...*mendengus haha...
gua fix dengan fahaman gua: lu memilih.
hahaha
sape suruh berubah mcm transfomer. bergerak la weh. org putih ckp move on
king - banyak sangat benda kene fikir skang ni. Nak-nak dah nak pose ni.
Syanaz - itu lumrah.
apek - suke.
nas - go on. bear that on mind.
cikgie - macam cakap dengan cermin.
hahaha. dah agak dah mesti ada entry nih ..
aku rasa dia suruh kau ubah gaya rambut laaa .. mcm bunkface ke. zaman peter pan dah abis. skrg zaman bunkface, muhahahha.
takkan gua nak pacak2 rambut lagi? that so 1999 ok. zaman becham kat man u. no way!
ha ha ha
do i kno dat gal??? u'v change ape....a bit.. :-) u know whut make u so special? your open mind,confidence, gentleman, sweet words and u never say no when sum1 need ur shoulder...... so, ape yg dah lepas biarla.. suppose dat young mummy bersyukur cos tuhan izinkan dia bertemu sum1 special like u!
Post a Comment