Tuesday, October 06, 2009

Alarm dari dalam dada.

Hujung minggu lepas. Hari Sabtu. Gua pergi ke rumah terbuka pertama gua edisi Syawal 1430. Puncak Alam sana. Atas lagi dari tempat Atlantunya kena bom sampai berkecai. Boleh kategori jauh juga la bagi gua dari Equine ni.

Perjalanan yang jauh menjadikan suasana boring. Nak nak gua memandu seorang diri. Kalau ada Cik Peguam...eerrrr...maksud gua, kalau ada makwe kat sebelah, cerita lain. Dua jam memandu pun, steady lagi.

Ini dah la jauh, dengan kereta banyak lagi, sama dengan, bosan. Yang menjadi teman gua hanya radio dan rokok. Ye, balik balik rokok. Dan rokok dan rokok. Gua semacam dah bosan hisap menatang ini.

Feel dah kurang. Dulu, cerita lain. Feel hisap rokok time sekolah merupakan king of Adrenalin rush. Hisap dalam keadaan tak tenang, was-was, ketakutan. Pergghhh...memang menarik. Dia punya rasa lain macam.

Pernah, nak hisap rokok punya pasal, gua dengan jiran gua naik motor 15 kilometer jauhnya. Semata-mata cari port selamat yang jauh dari rumah. Dengan alasan, lagi jauh dari rumah, lagi orang tak kenal anak siapa. Line clear.

Pernah, nak hisap rokok punya pasal, gua dengan budak-budak pergi main bakar ubi dekat tepi kebun getah orang. Bila orang lalu, asap bara api yang gua bakar yang nampak, asap rokok kita orang dah bercampur dengan asap bara. Balik rumah pun bau asap bara. Line clear.

Pernah, nak hisap rokok punya pasal, gua dengan member-member asrama gua, pecah tandas tak gua dekat sekolah gua. Pintu kunci dari dalam. Port memang tak ada orang tau. Tandas tak guna dah. Line clear. Pintu tangga kat bawah, tutup rapat-rapat. Bila ada orang naik, pintu tangga kat bawah jadi alarm. Terbaik.

Itu semua dulu. Feel langgar peraturan ini memang lain macam. Memang king.

Tapi sekarang. Hisap rokok dah tak feel mana dah. Dah tak ada dah adrenalin rush adrenalin rush ni. Dah jadi macam biasa biasa. Cuma, setiap hari, tangki nikotin dalam otak perlu di isi. Itu sahaja.

Kesan daripada perjalanan ke Puncak Alam yang jauh, dengan bilangan batang Dunhill Light yang banyak, dengan bilangan gram tar dan nikotina, dan juga benda-benda merbahaya yang lain masuk dalam paru-paru, sistem peredaran darah, sistem saraf dan juga otak gua, hari Ahad lepas dada gua sakit.

Bukan bangsa sakit kena tumbuk ke, senak ke, ini bangsa macam kena cucuk dengan seribu satu jenis jarum. Tapi belum obvious sangat. Gua anggap ini adalah alarm dari dalam dada.

Itu belum kes bawah bibir rasa gatal-gatal lagi. Teringat pula iklan " I vuv u" tu. Macam mana gua nak menzahirkan rasa cinta gua pada Cik Peguam...err...maksud gua, dengan makwe gua dengan perkataan kelak? Bahaya, bahaya.

Lantas pagi tadi gua bawak empat batang Dunhill Light sahaja serta log in to page ini. Dah tiba masanya kot. Dah 13 tahun dada gua penuh dengan tar. Silap-silap boleh buat turap jalan shortcut antara Kampung Parit Haji Ali Darat ke Kampung Parit Lapis Nipah.

8 comments:

frH said...

alarm dr dlm dada kau tu dah trigger nak bgtau harga rokok nak naik arini .. haha. dah dah laa tu.

cik peguam .. cik peguam .. meh dtg raya umah aku bo .. bleh gak kita borak2 psl cik peguam .. ;)

Dewajiwa said...

sememangnya yang terlarang tu lah paling best untuk dibalun kan? macam buah Khuldi tu. alaa..tak emosi lah kalau tak pecahkan pembaris. eh..break the rules.

jadi betul lah entry dulu pasal lawyer tu. blah lah mau kalis. mesti cong kad tu nama dia eh?

iyan said...

rem...

dont break my heart...

Jorji said...

aku dah 4 tahun berhenti.

rasa best dan menyesal pun ada..
gila bosan duduk mamaks layan teh takda rokok.

Anonymous said...

lawyer? nk tau2x.. citele...

Rajuna said...

awyer? nk tau2x.. citele...

Rembo said...

frh - wa tengah menggigil tahan ketagihan ni. Kasi open house la kalau berani!

dewa - buah Khaldun. Hmm..betul. Tapi bila dah langgar, lama-lama jadi bosan.

iyan - pasal apa ni? Gua cuba untuk pangkah tangan ni. Baru dak-dak united front!

jorji - ini sokongan dalam penyesalan ni nama dia.

anon - ni cerita pasal sakit dada la. bukan makwe.

juno - ni cerita pasal sakit dada la. bukan makwe, DOK!

Anonymous said...

ala kalis lebih...!!!