Thursday, October 22, 2009

Sigenal.

Semalam. Seharian gua duduk dalam pejabat. Sambil-sambil mentelaah manual driver untuk motor sambil tunggu telefon dari customer untuk pasang satu driver.

Pukul 3.30 petang, customer gua call. Gua cekal dan tabahkan hati, berserah sikit, gua redah hujan lebat di Kuala Lumpur. Lebat memang betul-betul lebat. Sampai jalan pun samar-samar.

Sampai kilang customer sudah dalam lebih kurang 4.30. Terus masuk production line. Dia orang dah pasang driver. Gua tinggal check connection. Semua ok. Gua pula tinggal buat parameter setting. Banyak juga. Dekat-dekat seratus parameter nak kena buat dengan check.

Dekat pukul 7, gua serah machine untuk production line. Customer happy, gua pun happy. Tapi gua lupa, gua pukul 7 adalah waktu-waktu yang perlu gua hindari. Sebab ini jam, pekerja-pekerja shift 12 jam pun keluar. Yang shift 8 jam pun sama. Keluar pukul 7 sebab O.T 4 jam.

Jadinya, keadaan sesak. Ramai dengan makwe-makwe, kakak-kakak, makcik-makcik, brader-brader, adik-adik, semua ada. Pelbagai warna kulit, kaum dan bangsa. Peringkat umur dan kedudukan dalam kilang. Semua keluar serentak.

Tengah gua berusaha keluar dari jumpsuit gua, tiba-tiba, seorang makwe tegur gua.

"Eh, ada kat sini lagi?" tanya makwe itu.

Berkerut sekejap dahi gua nak cam siapa makwe yang di sebalik face mask ini.

"Eh Wani. Haah ada le. Selagi mesin dua bijik tu ada kat sini, selagi itu la ada kat sini. He...he...he..." gua jawap setelah gua betul-betul yakin makwe itu adalah Wani.

Wani merupakan makwe yang bekerja sebagai technician sama floor dengan mesin gua. Dia pernah follow gua punya training mesin gua dulu. Kagum juga gua dengan dak Wani ni. Jarang gua jumpa makwe memegang jawatan technician dalam kilang.

"Lambat keluar hari ni. Biasa cepat je?"

"Masuk lewat tadi. Dekat pukul 5 baru masuk." gua jawap apa yang perlu.

"Owh. Ni pun kite baru masuk shift hari ini. 1st day."

Errk...kite?

"Laa...padanla keluar saing. Dulu kan normal shift kan?" dalam buat-buat tak ambil kisah pasal perkataan 'kite'.

"Itu la tu." kata Wani sambil berlalu ke tempat duduk.

Gua teruskan keluar dari jumpsuit, lipat elok-elok. Letak dalam plastik, tinggalkan changing room yang sesak dengan manusia.

[,]

Hujan dah berhenti. Gua dengan Chong berjalan ke arah kereta.

"Silap ni Chong. Keluar time gini mesti jalan jem."

"Itu la. You la. Nak balik cepat."

"Apahal gua pulak? Ni kalau dapat yam cha dulu best ni."

"You la. Wani dah bagi signal tadi lu tak nak?"

"Signal? Bila?"

"Tadi la. Itu masa kat changing room tadi."

"Bilanya dia bagi signal Chong?"

"Tadi tu la. Tiba-tiba dia tegur. Mesti ada apa-apa kan?" soal Chong.

"Eh, haah la. Gua tak perasan. Gila naive kan gua?"

Chong tak jawap tapi satu tumbukan padu hinggap ke bahu gua.

Dalam pada gua tengah warm up kereta, sambil gua pandang langit, gua berfikir. Macam mana gua boleh tak perasan 'signal' yang Wani bagi tadi. Penat sangat kot.

Rasa menyesal pun ada, rasa syukur pun ada.

Settle.

11 comments:

Paan Ovrtd said...

Jadi la tu...

Dewajiwa said...

cis..dasar romeo. hahaha.
amende yang menyesal? amende yang bersyukur? syukur sebab hati setia kat Cik Peguam aa kiranya kan? keh keh keh.

semangat2 trotsky said...

heh..!! kita sebagai lelaki kena dengan signal2 mcm tu. kalau tidak melepas brader..

Anonymous said...

dye ni jual mahal lebey sgt..!! heheh.. xkan 'xrase'..uhuk2x..

ainfazrin said...

hmm. tapi kan, aku rasa attached guy looks more attractive. or, approachable lah compared to single lads.

maybe muka ko ni berseri2 sangat lately (sejak berkasih2 ni. hehe). tu yang Wani tertarik nak bagi signal terus. :P

btw, bundar tu mmg tak sama lah dgn butang. tapi bulat, kan.

laki cikgu kimia said...

bo. kes ni kalu masuk court memang lu kalah. so fokus pada kes yg sebelum ini saje. atau fokus pada loyer nyer saje.

*"kite" tu kan hint, brape kali gua nak ingat kan?

stam said...

Weh kilang apa weh, sungguh tidak sexist. Nak mintak kerja kat sana, jadi supervisor Wani.

Cik-Gie said...

lampi. banyak sangat minum oren bodoh

Rembo said...

paan - apa yang jadinya dude?

dewa - dah...drive pun kereta Romeo. he he he

bean - melepas sekali takpe. sekarang ni perempuan lagi ramai dari lelaki. he he he

anon - dye = dye print baju atau dye = die, dia?

ain - berseri bukan pasal apa, wa tak pakai facial wash nivea dah. Wa pakai adidas skang ni.

nas - bila masa lu kasi ingar sama wa ni brader? he he he

stam - Statschippac. Dkt ngn umah lama lu dulu. Boleh. Nanti wa bgtau kalo ada kosong.

cikgie - eh. Lama tak nampak. Hi!!

Anonymous said...

dye=dia

Rembo said...

tau. saja buat buat naive.