Friday, October 02, 2009

Rumah terbuka pertama gua.

Sebelum Jumaat tadi, tengah gua rileks-rileks Din depan gua tiba-tiba hulur handphone dia. Sambil gua capai sambil gua angkat muka stail tanya siapa dalam talian.

"Brader Rosli." katanya yang tak keluar suara tapi gua boleh agak sebab dengan mulut-mulut dengan urat-urat leher sekali keluar.

"Datuk." Brader Rosli sapa gua.

"Yes datuk!"

"Esok datang rumah. Tengah hari sikit. Dalam Zuhur ke. Aku buat makan-makan." ujar Brader Rosli.

Brader Rosli ni antara otai dalam pejabat gua. Dan dia adalah rockers. Peminat Iron Maiden dan Sepultura. Gua selalu cucuk minta baju Iron Maiden cutting baseball. Brader Rosli memang rajin masak, bagi makan ke budak-budak opis time hari raya.

"Ok, boleh!" gua jawap ringkas.

"Korang datang la sekali. Senang sikit aku."

"Haa yelah. Nanti kita orang runding runding la nak kumpul kat mana dulu sebelum sampai. Ok?" cadang gua.

"Cantek! Weh, lu punya pasal, gua kenakan lu syarat. Lu mesti bawak makwe."

Itu jam peluh besar. Gua kira-kira balik, confirm gua seorang yang tak ada teman esok. Gua fikir-fikir semula, memang sah. Gua seorang.

"Err...mana ada bro. Makwe gua kat kampung." gua tipu.

"Ikut lu la. Kalau tak gua tak bagi masuk." brader Rosli blackmail gua.

"Ha ha ha ha. Ok ok. Esok gua pasti datang."

"Dengan makwe ok?"

"Ha, yelah."

[,]

Gua dah mula pening-pening. Jangan gua buat gila balik kampung malam kang sudah.

8 comments:

StingRay said...

lorong haji taib ada.





sewa jap.

ilazz said...

ko bwak aku je la. Siap pakej dgn anak skali.. bleh la ekk? hehe..

ainkinz said...

saya mahu pergi.
mahu pergi.
haha.

masalah jugak tu.
takde makwe,takde makan.
:P

13247 said...

try ayu raudhah..gua dgr die boleh jd makwe sementara kpd mana2 laki..

Dewajiwa said...

ahh..lagi satu entry kalis nih.
si pengirim kasut All-Star ari tu takkan takde ape-ape beb?.
hahaha.

Hashauda said...

nak tau kesudahannya ni...

balik kg or tak makan ni?

:)

phish said...

bwk nur kasih kalo brann...
ade kaitan keee...
hahahhahaa

Rembo said...

sting - ota' dia lorong haji taib!

ilazz - kang encik maxis ngamuk kang.

ain - errrr..ada lepas da pun. he he he

iezat - oit. jgn tabur fitnah. bahaya.

dewa - kat kampung. itu pasal gua fikir mcm nak balik kampung.

huda - err...makan gak. he he he

phish - nurkasih? ape dari semalam wa asyuk dengar nurkasih je ni??