Monday, October 05, 2009

Tukang tilik.

Kadang-kadang, dalam hidup kita, mesti ada perasaan-perasaan yang kita terlupa. Sengaja lupakan, atau buat-buat lupa.

[,]

Malam tadi. Lepas gua layan pemain-pemain berbakat bermain bola sepak dengan gaya yang sungguh tremendous bak kata orang Eropah, gua rileks-rileks depan tv. Tunggu permainan antara Chelsea melawan Liverpool.

Gua dah agak. Game, kalau clash of a big four, mesti jadi macam bosan. Dua-dua team main secara berhati-hati. Game jadi tak berapa berahi. Walaupun serangan berbisa. Gua pun layan sambil baring-baring tenung kipas.

Lepas setengah jam game, gua tengok Tom dah layan tengok bola secara baring-baring terbalik. Kaki kat atas, kepala kat bawah sofa. Ok, gua tipu.

Kod, selaku big fan of Liverpool dah sibuk main-main daun terup. Pecah-pecah daun, lepas tu bagi dua bahagian, lepas tu bahagi pada empat bahagian. Gua jeling-jeling. Separuh jeling lagi gua buat-buat concentrate tengok game.

"Pergh...sehati sejiwa dah sehati sejiwa dah ni, dekat pun da dekat. Tapi siapa pula seorang perempuan ni?" Kod bersuara sambil tunjuk kad Queen of diamond.

Depan Kod dah tersusun enam kad. Dua adalah Aces, satu kad King, dua kad Queen. Satu lagi gua tak ingat.

"Lu buat apa ni Kod?" gua tanya.

"Saja-saja. Tilik gua dengan tunang gua."

"Owh. Ok." balas gua.

"Nah, lu try. Gua buatkan. Lu cong deck ni, berapa kali, ikut suku kata makwe lu suka dengan binti dengan nama ayah dia sekali." arah Kod.

"La...pehal gua pulak?"

"Saja je la."

Itu jam, Liverpool entah kemana, Chelsea entah kemana. Torres tengah try pun tak perasan. Tom dah dalam dapur masak Maggi.

[,]

Lantas, malam tadi gua baru ingat balik macam mana syok layan perasaan floating ni. A&W punya rootbeer float pun tak macam ni punya sedap.

2 comments:

FdausAmad said...

kehkehkeh...

dewajiwa said...

hahahaha~
sudah kena..sudah kena itu nama!
itu pasal boleh terapung. tapi lepas semua kad tu clear, mesti ada orang ketiga kan? ada kan?

kalau takde, memang ada harapan. apa lagi..lincah lah beb