Wednesday, October 14, 2009

Ini entri marah!! [2]

Malam tadi, macam biasa, agenda bulanan. Kereta hitam buat perangai. Clutch gear gua leaking. Tak pasal-pasal emergency leave gua hari ini. Nasib baik settle dah. Kalau tak lagi pening kepala.

Setengah hari dalam bengkel orang memang penat dan lapar. Sepanjang perjalanan, gua fikirkan duit, duit dan juga duit. Sambil sambil fikir, kena fikir perut juga. Gua mahukan sesuatu yang ringkas dan cepat serta berhawa dingin. Panas kat Malaysia sekarang macam dah dekat Mesir gua agak.

KFC adalah jawapan yang tepat. Cepat ringkas dah berhawa dingin serta internet percuma. Boleh gua stim tengok-tengok Corratech ke, Giant ke, Orbea ke, Merida ke.

Lengang. Belum ramai. Ada beberapa meja dah penuh dengan makwe berbaju kurung dan pakwe baju kemeja belang-belang. Dak-dak Putrajaya.

Terus ke kaunter. Pelayan muka sembab. Masam. Gaya muka tak masuk gaji lagi. Gua minta itu, tak ada. Gua minta ini, tak ada stok. Tapi dapur bunyi ketawa besar ramai-ramai. Hati dah mula panas. Macam mana boleh tak ada stok. Macam pasaraya. Pelik fastfood sekarang ni.

Gaya pelayan muka nak tak nak tu dah buat gua sakit hati. Tambah dengan campak gua punya kentang goreng sampai tertonggeng dalam pinggan. Apa hal?! Tak puas hati dengan orang lain, jangan lepas kat orang lain. Cuba letak elok-elok. Bagi cantik. Sedap sikit tengok.

Nasib baik perut gua dah main lagu oldskool hardcore dengan cari borang complaint tak jumpa, kalau tak, harus lu kena surat amaran dari manager lu hari ini.

Selesai makan, gua lincah terus ke Maybank. Gua budget boleh bagi gua duit sikit. Buat buat modal ke. Masuk terus tanya guard. Guard stail macho rambut pacak pacak. Gua tanya pasal pinjaman peribadi. Dia tunjuk meja hujung.

Gua terus tuju meja hujung. Kakak kaunter tengah bercakap dalam phone. Gua tercegat depan meja dia. 15 saat. Tak ada reaksi. 20 saat, juga tak ada reaksi. 30 saat, gua dah rasa macam tunggul depan meja dalam bangunan Maybank Equine Park. Saat ke 31, gua blah pergi duduk. Usha amoi pakai seluar ketat untuk melegakan hati yang lara.

Bagi isyarat sikit tak boleh ke. Isyarat tunggu sekejap ke, isyarat 5 minit ke. Bukan susah pun. Tahu la gua pakai T-shirt Paris in The Making. Bukan kemeja Polo belang-belang. Pakai jeans ketat, bukan seluar Dockers, pakai cap kuning tapi rambut serabai. Tak pacak-pacak.

Gua bukan nak minta apa. Apa salah senyum. Just senyum. Ada eye contact pun dah ok sangat. Tak payah banyak. Sikit je. Bukan gua minta setiap customer mesti kena layan macam raja. Bukan. Tak payah semua tu. Cukup sekadar tunjuk anda semua ada sedikit rasa hormat pada customer itu je. Sebab customer ini-lah yang bagi lu duit untuk makan pakai.

Gua pun customer service juga. Depan customer kena layan. Walau dalam hati benci nak mampos. Bak kata bos kecil gua, it's a nature of our job.

Sudahnya sekarang ini gua keliru. Bukan dari lahir lahir dulu kita memang dah diajar adab sopan tatatusila ke? Mana pergi sekarang semua tu?

4 comments:

iyan said...

"Boleh gua stim tengok-tengok Corratech ke, Giant ke, Orbea ke, Merida ke."

yg ini rare ni...
jarang keluar kat emo inc...
hahahaha

Nabil Fizri said...

hoh?

Corratech??

siggplus said...

gua rasa tak ada guna pakai badge yg ada smile tu kalau tak ada PR yg bgs..heh

dan gua selalu bagi bad evaluation dekat customer survey form yang dia selalu bubuh depan counter tu

ainfazrin said...

sekarang semua orang dah lack of courtesy, bo.

banyak ikut rasa sedap sendiri je. tak reti beza mana time patut pikir pasal diri sendiri, mana time patut ada toleransi.

er,tapi kan, KFC nye staff mmg suka campak2 makanan ke ha? aku bape kali kena gak. bun tercampak lah, air tertumpah siap. sedih ok nak hadap rezeki mcm tu. huh.