Sunday, October 18, 2009

Kerinduan.

Beberapa malam lepas. Gua kebosanan. Duit semakin menyusut, pilihan untuk tidak keluar adalah sesuatu yang bijak.

Cik Facebook temankan gua jalan-jalan dalam alam maya. Menyusuri lorong-lorong aplikasi yang complex. Yang menghubungkan gua kepada rakan-rakan lama. Menghubungkan gua kepada acara musik.

Dan terus membawa gua ke jaringan kawan-kawan emo hardcore ala-ala From Autumn To Ashes dan I Killed the Prom Queen. Dan juga Her Last Whisper dan juga...err...Zero February. Lalu gua sampai ke video yang indah untuk gua. Sangat indah.

Video Her Last Whisper perform untuk gig pertama. Dan juga Zero February yang pertama dan...err...terakhir.

Ini video indah. Gua, lu orang, band member Zero Februrary, Her Last Whisper dan juga rakan-rakan yang lain.

Zaman menjerit lagu-lagu anthem dengan sepenuh tenaga. Zaman muzik dengan alunan keras berselang chuga chuga (?). Zaman slam sambil tutup mata dan menuding ke arah langit biru. Zaman gitar memekak stail goreng-goreng sikit. Zaman menyanyi tangan sebelah pegang mic sebelah lagi letak kat pinggang.

Ok. Gua kerinduan. Rindu pada zaman ini dol! Lu orang tau?

Sudahnya, gua layan From Autumn To Ashes sampai lebam hari ini.

4 comments:

iyan said...

i was there....
apasal gua search zero february tak jumpe?
bagi gua link...
hahaha

laki cikgu kimia said...

sopi mana skarang ha?

Rambo said...

iyan - ada budak cari gaguh nampak!!

nas - tatau la. nnti aku tnya.

iyan tiram said...

gua dengar2 sopi keje dgn babat...
teluk ramunia sana...
tp xtau la betul ke x...