Friday, October 09, 2009

Passport oh passport!

Pagi semalam. Setelah selesai gua curi tulang secara halus, gua bangun dari kerusi gua. Kemas notebook, adapter, mouse, earphone segala gadjet IT gua dalam beg. Angkat beg, terus menuju meja bos kecik gua.

"Bos. Gua pergi IBM service center. Ok?" cara gua minta izin. Itu pun gaya nak tak nak. Disebabkan gua dah kena marah petang sebelumnya, gua pun pergi dengan hati separa terluka.

"Ok. Eh, how about your passport? Dah buat dah?"

Haram. Ingat pula pasal passport orang tua ni.

"Err..not yet boss. Duit dah habis time raya hari tu." kalis gua sipi-sipi.

"Then how are you going to work? What if I send you to Batam or Thailand tomorrow? There's a urgent case there? Then how?" pertanyaan perangkap bertalu-talu bangsa gini gua letih nak menjawap.

Sebenarnya, memang gua dah budget nak buat hujung bulan ni. Baru ada duit sikit. Bulan ni gua kering.

"Gua budget nak buat hujung bulan ni boss." jawap gua bagi mengelak dari kena marah.

"NO! No end of this month. Do it tomorrow."

"Errrk...ok."

[,]

Pagi-pagi buta lagi gua dah terpacak depan Pejabat Imegresen cawangan Jalan Reko. Orang punya la ramai. Semua tengah 'in' nak buat passport. Tengah sale bak kata makcik-makcik.

Dia punya ramai orang sampai gua mula-mula duduk lepas ambil nombor giliran, lepas tu gua turun, pekena sarapan nasi lemak, gua naik semula, jauh lagi giliran gua. Gua turun semula, pergi KWSP sebelah bangunan, print penyata terkini dengan penyata tahun lepas, gua naik semula, pun masih jauh lagi giliran gua.

Sudahnya gua tabah tunggu sambil usha manusia berbagai warna dan juga pakaian. Ada amoi pakai baju kurung, ada makwe pakai baju kurung pink, kasut tinggi stail tumit besar dari belakang sampai depan warna putih. Hmmm...kinky!

Macam-macam.

Sampai giliran gua, lepas buat pembayaran, kakak (kot) kaunter bagitau.

"Pukul 1.40 petang kang, pergi kaunter 16, tunjuk resit ni, amik nombor giliran. Lepas tu baru boleh dapat passport awak ye."

"Ok. Terima kasih." jawap gua berbudi bahasa.

Nombor giliran lagi. Jangan sampai gua mimpi suara robot "dua...satu..dua..lapan, kaunter tiga belas" malam karang dah la. Boleh tahan annoying juga suara robot ni!

Ada gua terus ke rumah lepas ambil passport ni kang.

4 comments:

dewajiwa said...

dah ngam aa tu cabut balik tido.
kalau boss tanya, tunjuk je resit. tapi kena ambil dulu resit lain yang dekat-dekat nak tutup kaunter punya waktu. baru kalis peluru. ngam?

mimpi robot. keh keh keh.
ayu gila suara awek robot tu

FrH said...

eh jauhnye kau g buat kt jln reko .. xde yg lebih dekat ke?

puasa aritu aku buat utk anak aku kt jln reko tu gak. kejap giler. xde org. terbaekkk.

i'm the girL said...

mimpi je takpe bo, jangan ko dok ngigau si robot tuh suda.. :p

Rambo said...

dewa jiwa - nasib baik gua tak mimpi robot.

Frh - tapi sekarang ni tidak lagi.

Arjee - perghh...nasib baik tak ngigau.