Friday, January 30, 2009

3 tahun lepas, shuffle yang gua tahu adalah satu toggle di Winamp untuk shuflle lagu-lagu dalam playlist gua. Sekarang shuffle itu.....?

Dalam kehidupan malar gua sekarang, cuma ada beberapa insan yang mampu beri gua kegembiraan mutlak. Maksud gembira disini adalah ketawa. Yang boleh beri gua ketawa dengan ikhlas. Yang boleh beri gua gelak sambil pegang perut.

Yang beri gua kekusutan, banyak. Bukan insan pun banyak. Contohnya, kereta, kemerosotan ekonomi, kesesakan lalu lintas, cuaca panas, tidur atas sofa keras tak pakai baju sambil kipas pusing laju lalu selsema. Semua ini bikin gua kusut. Masai. Rambut panjang pun jadi tak bergaya.

Beberapa insan itu termasuklah 3 orang anak buah gua. Gambar mereka ada di entri gua lepas-lepas. Gua malas nak link.

Fokus kepada seseorang. Anak buah gua yang paling sulung. Nama dia Adam. Sekarang dia umur 5 tahun. Budak zaman sekarang. Semuanya bijak-bijak.

Cuti hujung tahun lepas, gua dengan adik gua pergi cari baju bundle. Gua pemakai bundle tegar. Merayau daripada bandar Batu Pahat sampai lah ke Bandar Muar. Dari petang sehingga malam. Si Adam sibuk telefon gua. Tanya bila nak balik.

Itu jam, gua sudah dalam perjalanan balik ke Batu Pahat. Sudah agak lewat. Dekat-dekat pukul 11 malam. Gua dengan adik gua singgah makan mee bandung terbaik bagi gua. Mee Bandung Parit Bulat. Restoran Manisah.

"Pak Ngah kat mana?" suara Adam hujung talian.

"Jap lagi Pak Ngah balik. Dah dalam perjalanan." biasanya bila gua jawap macam ni, manusia hujung talian akan faham yang gua dalam perjalanan pulang.

"Adam tanya Pak Ngah kat mana, bukan bila nak balik." jawap Adam.

"Ha ha ha." gua gelak tak henti. Ikhlas. Sambil pegang perut.

See. This is what I mean. Bijak. Tepat.

Minggu lepas. Gua pulang ke rumah orang tua gua. Adam menetap sekali di rumah orang tua gua. Sesekali bergurau. Buat-buat nak campak. Manja-manja. Adam memang manja dengan Pak Ngah dia.

Gua suruh dia pijak-pijak badan gua. Sengal-sengal badan akibat memandu sepanjang jalan dengan kereta cap ikan adik gua. Tiba-tiba, gaya pijakkan Adam berubah. Seakan-akan ditarik-tarik langkahnya. Semakin laju. Semakin sakit badan belakang gua.

"Pijak la betul-betul Adam. Sakit badan Pak Ngah ni Adam buat macam itu."

"Ala Pak Ngah ni kecoh la. Adam tengah shuffle ni!" ujar Adam.

WTF?!! Anak saudara gua berumur 5 tahun sudah tahu shuffle. Celaka punya neo sub-culture. Kau telah meracuni fikiran anak saudara gua. Tak apa. Tunggu Adam faham Bahasa Inggeris. nanti gua racun fikiran dia dengar Iggy Pop. Tak pun Joy Division atau Killeur Calculateur.

Dalam hati gua, " I wish you never grow up kid!" sambil mata gua tenung Adam sibuk menunjukkan langkah shuffle dalam bilik gua dalam gua geleng-geleng kecil.

Thursday, January 29, 2009

Nota pendek untuk diri sendiri.

Pedulikan apa orang kata.

Jangan lembut sangat hati itu. Sesekali kena kejam. Selalu kejam lagi bagus.

Jangan patahkan harapan-harapan perempuan.

Ego jangan tinggi sangat.

Esok pergi telefon Along, ok?!

Wednesday, January 28, 2009

Gua separa risau tapi Robert Smith kata "big boys dont cry."

Gua. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Orang tua kata, (balik-balik orang tua kata) anak nombor dua ni, suka bawa diri sendiri. Gua sendiri tak pasti. Tapi gua memang suka bawa diri.

Bila masa gua sedih, gua sakit hati, gua layan diri gua sendiri.

Dulu, masa gua budak kecik, bila masa gua sedih, sakit hati, gua naik basikal BMX gua, kayuh sorang-sorang dalam kebun sawit. Gua akan berhenti bila gua jumpa busut. Duduk atas busut sambil termenung. Sambil peluk lutut. Sambil kuis-kuis tanah busut guna ranting. Memujuk hati. Bila masa gua rasa dah terpujuk dengan sebelah lain diri gua sendiri, gua balik rumah.

Dulu, masa besar sikit (baca: muda belia), bila masa gua sedih, sakit hati, gua suka kurung diri gua dalam bilik. Sendiri. Sambil baring tenung siling, sambil dengar Winamp. Sambil gua pujuk diri gua sambil Keepsake ke, From Autum To Ashes ke, Her Grey Earth ke, wa'ima Hetty Koes Endang pujuk gua sekali dengan lagu-lagu mereka.

Gua jarang bercakap dengan ahli keluarga gua bila masa gua sedih, sakit hati. Biar mak gua skali pun.

Sama dengan percutian hujung minggu gua, hujung minggu lepas ini. Cuti Tahun Baru Cina ini. Gua sudah sedih, sakit hati, hati bengkak bila gua balik kampung. Bila gua balik rumah dari melepak, terus gua masuk bilik. Bila gua balik dari minum-minum, terus gua masuk bilik. Bila gua balik dari cari barang, terus gua masuk bilik. Tumpang sekaki tengok TV pun tak dengan siapa-siapa yang tengah layan TV itu jam.

Tak layan sesiapa. Tak bercakap dengan sesiapa. Kalau ada orang tegur pun, gua jawap sepatah-sepatah.

Semalam. Pagi. Gua bangun tidur, cepat-cepat gua kemas barang-barang. Baju gua lipat kemas-kemas. Seluar, short, boxer gua gulung elok-elok. Masuk dalam beg and ready to go. Lepas makan tengah hari, gua start kereta cap ikan adik gua. Salam mak ayah gua lebih kurang, dengan pantas gua dah masuk lebuhraya ke arah Kelumpo.

Separuh perjalanan. Baru gua sedar sesuatu. Baru gua terfikir sesuatu. Apa perasaan mak ayah gua eh bila gua tak banyak cakap macam tu? Gua dah separa derhaka ke?

ERK!!!

Thursday, January 22, 2009

Petang-petang sikit ke, malam-malam sikit ke, mesti gua kena bising-bising.

Jadi, awal-awal lagi gua dah siapkan alasan. Amacam??

"Ni semua salah
Endy Yang. Dia yang tag I. Kang kalau I tak buat, kawan pulak. Tersepit I ni sekarang. Sorry ye. Nanti I belanja Haagen Dazs ice-cream ye. Senyum sikit. Alalalala..."


1. The age of next birthday.

Tua? Bukan tua. Berpengalaman. Ingat tu!!


2. Place I'd like to travel.

Venice. Tetap nak iklan Enchanteur gak.

Kota Bandung. Music city. Cuba tengok betul-betul penjuru kiri bawah ada apa? Poster Robert Smith. Itu pasal la gua nak pergi.


3. A favourite place (for time being).

Gua try google Ampang Noisy Studio, tak jumpa. Ini je yang gua jumpa. Kang gua letak Putrajaya kang, favourite thing gua pulak bukan DSLR. Konflik pulak nanti.


4. Favourite food.

Ini baru namanya Beehoon Goreng. Setakat warna hitam penuh kicap, ayam seketul dua tu, jangan sekali sua kat gua! Pergh! meleleh dah air liur gua.


5. Favourite thing.

Jam Casio Kalkulateur classic.

Vans High-Cut dengan Converse All-Star Leater gua.Short Volcom gua.


6. Nickname I had.

Macam tak biasa. Panggil je gua Rambo. Semua orang panggil gua Rambo. Kalau telefon rumah gua, tak payah fikir lama-lama nak cakap nama apa. Cakap Rambo saja. Mak ayah gua kenal Rambo tu anak dia. Sekarang ni, gua risau, satu Parit Raja macam dah tahu nama gua Rambo.


7. Favorite color.

Dulu gua suka warna hitam. Tapi dah 6-7 tahun gua pakai hitam, almari baju gua pun nampak gelap kala siang. Pening gua nak cari baju.


8. College Major.

Ok. Gua tipu.


9. My love name

Gua tipu lagi. Tapi nanti kalau gua ada makwe, panggil gini pun cara jugak ni. Pipi, lu jangan nak mengada simpan nama makwe lu Lady Gaga dalam phone lu.


10. Hobby

Apa lagi. Blogging la. Baru cool masa kini. Nak cool masa kini dengan DSLR gua tak mampu, apetah lagi gua berhobikan kereta turbo. Nak main muzik pulak, belum jumpa drummer. Haram betul!


11. A bad habit

Gua tak suka benda leceh-leceh. Sebab itu hobi gua bukan memancing. Kalau time gua blogging pun internet lembab, gua karate je server office gua tu. Esok-esok bos gua beli router baru.


12. Wish list (tahun ini)

Gua nak ada gitar/bass siap dengan amp sendiri.

Form satu band. Rock band.

Expresskan segala yang terbuku dalam hati dekat gig. Macam dulu-dulu.

13. 7 tagged people

Boo! gua tak mahu tag sesiapa. Biar gua je manusia last tanggung beban tag ini.

Mula-mula gua pandang ringan je nak buat tag ni. Rupanya, macam haram dia punya lama. Sampai gua nak hisap rokok pun tak sempat. Balas teks mesej pun lambat-lambat. Nasib baik gua, tengah top form sekarang ni. Idea datang mencurah-curah. Selamba gua buat guna sebelah otak. Sebelah lagi gua buat matematik.


Tuesday, January 20, 2009

Selamat tahun baru & dimurahkan rezeki.

Sekarang, bak kata orang kampung..errr...taman gua, "Chinese New Year is round the corner." Apa yang round the corner pun gua tak tahu. Mula dah nampak warna merah sana sini. Tanglung merah, bunting merah, banner merah. Semua merah. Meriah.

Lagu raya jangan cerita-lah. Asal masuk mall, mesti ada "sin nien quai ler" sana sini. Bukan gua racist, jangan risau. No child was born as racist ok?!

Asal mahu Tahun Baru Cina saja, gua teringat satu situasi gua dahulu. Itu jam awal tahun 2007. Zaman gua hidup lepas belajar. Zaman-zaman gua mula hidup berdikari. Lebih kurang waktu-waktu begini lah.

Itu jam gua bekerja sebagai Pembantu Jualan di butik paling mahal di BP Mall. Lu orang datang sendiri tengok butik apa paling mahal di BP Mall. Kalau di bandingkan dengan mana-mana Mall di Kelumpo ni memang jauh tinggal la.

Itu jam, hari-hari gua dengar lagu raya. Gua tengah susun seluar, lagu raya. Gua tengah iron baju, lagu raya. Gua tengah serve customer, lagu raya. Wa'ima gua dalam toilet pun lagu raya lagi. Naik hafal gua lagu raya. Biasalah. Nak raya.

Bila habis waktu bekerja. Masa untuk pulang. Biasanya, gua pulang waktu malam. Gua ride gua punya VS 150, balik rumah. Ride relax-relax. Maklumlah, penat. Ride laju-laju pun, bukan boleh lawan naik kereta pun.

Sepanjang perjalanan gua tibai lagu "sin nien quai ler". Siap teleng-teleng kepala ambil feel.

Monday, January 19, 2009

Hidup dalam past time memang menyakitkan...dan oowh ZF, gua sangat rindukan erangan kamu.

Semalam. Gua pergi acara muzik-kuat-hujung-minggu di Ampang. Atas desakan nafsu gua sendiri. Nafsu untuk konon-konon kembali ke acara mingguan yang sudah agak lama gua tinggalkan akibat hidup melarat satu masa dahulu.

Satu lagi. Melihatkan flyers yang mempamerkan kugiran-kugiran yang namanya semakin besar dalam muzik mellow kemudian laju dan kembali mellow semula serta suara vokal yang menjerit penuh perasaan membuatkan gua semakin bersemangat. Ini mengingatkan zaman muda.

Gua. Baju putih, trucker putih, bermuda, Vans high-cut serta beg kecil cap Deuter di pinggang gua. Cukup bergaya. Gua rasa.

Dulu-dulu, seingat gua. Zaman-zaman gua pergi acara muzik-kuat-hujung-minggu di Johor Bahru, gaya macam ini memang biasa-biasa. Maklumlah, mana boleh pakai selipar nak moshing. Kang, selipar kemana, muka cium lantai simen.

Kasut kena ada. Baju paling kurang pun, rata-rata pakai jenama skate. Pig wheel ke? Ini selalu gua nampak, budak-budak Singapore selalu pakai. Globe ke? DC ke? Ok, DC tak sangat. DVS ke? Kalau agak otai-otai sikit, boleh pakai baju band. Baru nampak orang lama sikit.

Tapi, gua rasa, semalam, gua sorang saja dress macam tu. Nampak sangat gua still living in a past time. Lain dah sekarang ni.

Celaka.

Friday, January 16, 2009

Gua nak lullaby Lovesong. Lu nak?



Ini versi live entah kat mana entah.

Hari Rabu. Gua bosan. Lalu gua ambil tindakan jalan ke Subang Parade. Tenangkan fikiran. Bila gua tengok ramai orang, macam lagak. Gua suka. Gua tenang. Macam macam. Bagai.

Ada yang nak pergi gym. Ada yang smart baru balik kerja. Ada yang tak smart balik kerja. Ada yang pakai seluar cerut bawah. Ada makwe gitu. Ada makwe gini. Seronok gua tengok gelagat manusia ni.

Destinasi gua ke Subang Parade hanya 2...err...mungkin tiga. MPH, dulu member gua pernah cakap. Blogger tak true kalau tak pergi toko buku. Kedua, Rock Corner. Gua kalau masuk Rock Corner memang habis. Bukan habis apa, habis duit gua.

Kali terakhir gua masuk Rock Corner, gua borong CD band Dream Theater. Dari album pertama sampai ke latest. Untuk along gua.

Kali ini, gua dah pusing-pusing, gua jumpa satu packaging cantik punya. The Cure Greatest Hit. Ada 3 CD dalam itu packaging. 1 CD akustik, 1 CD biasa dan satu lagi DVD.

Dan malam tadi ada satu lagu tidurkan gua. Tajuk dia Lovesong. Gua nak lullabykan lagu ni, gua single lagi, ada sesiapa nak gua lullaby kan?

Mula-mula gua dengar lagu ini dalam cerita 51st Date. Adam Sandler dengan Drew Barrymore. Mula-mula gua ingat original dari band 311. Rupa-rupanya 311 cover The Cure. Ciss!! Tertipu gua 3 tahun.

Thursday, January 15, 2009

Rebel. Rebel. Rebel.

Awal minggu. Hari Isnin. Gua set minda gua untuk tengok hari-hari gua dalam minggu ini dari sudut yang positif. Semua aspek. Sampai hari ini, Hari Khamis. Gua rasa gua gagal.

Semalam. Budak-budak sepengajian selalu berbual dalam emel. Gua termasuk dalam loop. Biar nak berbual dengan seorang saja pun, semua dapat baca. Gua ok.

Tapi bila bab berbual pasal porn, guna perkataan 'tut'. Gua macam tak boleh terima. Gua fikir kenapa mesti nak guna 'tut'. Kalau guna 'tut' sekali pun orang faham yang diaorang berbual pasal porn atau blue.

Contohnya perkataan DVD 'tut'. Jelas orang faham DVD 'tut' itu adalah DVD porn atau blue. Guna saja la perkataan porn atau blue. Sama saja maknanya. Bila gua suggest guna saja perkataan porn atau blue. Gua kena sindir. Gua nak mengamuk, kawan-kawan. Susah.

Bukti. Semua gua rebel. Rebel Yell.

Sekarang. Sana sini cerita pasal Gaz....err....gua malas nak teruskan. Nanti ada orang bergaduh sana sini. Biar gua simpan dalam hati bab ini. Berbual dan berbincang dengan orang yang boleh gua buat berbincang.

Tengok sahaja Trankuiliti Tronoh. Owh...Hilang Punca pun terkena sedikit tempias.

Kalau nak ikutkan, banyak benda-benda yang tak kena dimata gua. Gua ulang, di mata gua. Pasal boikot la. Manusia atas pentas forum la. Pelancaran la. Itu la, ini la.

Pagi tadi. Gua masuk pejabat pun sudah rasa menyampah. Nampak muka boss gua pun rasa macam nak lempang.

Tengok sana sini rebel. Sana sini tak kena.

Menyesal gua dengar Joy Division sebelum tidur. Bangun tidur gua cuba naturalkan dengan The Cure pun tak berjaya.

Wednesday, January 14, 2009

Gua cuba. Lu?

Sejak beberapa bulan lepas. Maknanya tahun lepas. Timbul satu kesedaran dalam diri gua. Kesedaran tentang kepentingan 3R. Bukan rancangan TV3 tu. Ini 3R. Recycle Reduce Reuse.

Bukan muncul macam itu sahaja. Cuma pemangkin sebenar, gua sudah lupa. Mungkin lepas gua terima satu emel yang mengandungi PDF files yang ada muka penyu mati tertelan beg plastik.

Sejak beberapa bulan lepas. Maknanya tahun lepas. Gua sudah mula 'fuck' beg plastik. Bukan satu perbuatan yang gua lakukan secara intimate dengan beg plastik atau dalam beg plastik atau serta beg plastik. Tapi, menolak penggunaan beg plastik selagi boleh.

Selagi air, roti, kacang yang gua beli dari kedai Mesra di mana-mana Petronas atau Shell gua boleh pegang, gua pegang. Tolak penggunaan beg plastik. Bila mana-mana pekerja kaunter Petronas atau Shell mula cari plastik nak letak barangan gua dalam plastik, cepat-cepat gua cakap.

"Tak payah plastik eh." tegas.

"Err..ok. Kenapa?" soalan biasa pekerja kaunter Petronas atau Shell.

"Plastik membunuh." gua jawap.

Atau pun gua akan jawap,

"Save the plastic, save the world."

Yang biasanya gua cakap bila ada makwe-makwe comel dekat sekitar kaunter itu. Nampak educated sikit. Padahal dengar daripada radio. Biasa la. Manusia. Akan rasa cool bila baca atau dengar sesuatu yang lain dari lain.

Bila agak-agak gua hendak shopping banyak benda. Gua sandang gua punya cloth bag. Ye, cloth bag. Warna ungu lagi. Kinky kan?

Semalam, belanja barang dapur di Pasar Borong Selangor pun gua guna cloth bag gua. Angkut segala, minyak, tepung, susu, gula, sardin dalam cloth bag gua.

Macha jaga kaunter tu mula-mula buat muka pelik. Lepas tu senyum-senyum sambil cakap bahasa Tamil dengan pembantu dia. Puji lah tu. Gua tahu. Sudahnya, bahu gua berparut luka dalam sampai hari ni. Tapi tak apa, gua dah buat sesuatu untuk bumi.

Gua dah 27 tahun (baca: 22 tahun) hidup atas bumi ini. Nanti anak-anak gua entah sempat ke tidak. Takpun cucu cicit gua.

Sekarang. Bos kecik gua sudah purpose gua jadi 3R leader dalam pejabat gua. Dan bos-bos besar gua terima. Maknanya, gua kena handle segala aktiviti yang melibatkan 3R dan juga gua kena pantau. Nak marah, marah lah. Manager gua sekali pun boleh.

Hah, ini the best part of my new sub-job. Boleh marah Managing Director. Amacam?

CPDN Returns

Dia sudah kembali menulis. Sila beri standing ovation. Dia adalah satu dalam beribu. Dia juga sebab muka surat ini kembali tertulis.

Tak kenal dia? Isk...isk...isk

Tak faham? Jangan risau, gua pun bukan faham sangat apa dia tulis. But you will learn something in his ink. Believe me.

Amacam Abang Nerake? Oke ke?

Saturday, January 10, 2009

Memandu seorang diri di lebuhraya PLUS adalah lebih bosan daripada membaca buku motivasi diri.

Gua sudah berada di kampung. Again. Perjalanan yang sepatutnya 2 - 3 jam, gua dapat buat 2 jam. Masuk lebuhraya tepat 2030 dan bayar tol 2230. Ngam-ngam 2 jam.

Owh, bukan gua nak cerita kereta cap ikan gua tu laju. Laju macam kereta-kereta pasang turbo atau VTEC atau Soft Turbo whatsoever.

Tapi...entah. Mungkin gua nak cepat sampai ke rumah. Sebab. Gua memandu seorang diri. Mungkin. Bila gua penat ditambah dengan nasi lemak kukus sebagai hidangan makan malam. Plus. Tongkat Ali dalam tin. Plus 2 tin kopi cap Boss. Intoksikasi.

Cukup. Cukup untuk gua dapat sikit intoksikasi atas sedar. Cukup untuk gua melupakan faktor jarak dan masa. Owh, terima kasih kepada papan-papan tanda penunjuk Kilometer. Anda adalah motivasi.

Bila gua teks Tom, gua dah lepas Ayer Keroh dalam masa sejam, dia balas teks gua dengan perkataan 'gila'. Bila gua teks dia gua dah masuk Johor dalam masa sejam setengah, dia balas dengan perkataan 'waris'. Ya, waris macam dalam drama Kekasih Ku Seru maksud Tom.

Gua balas, gua suspect jarak dari Selangor ke Johor semakin pendek. Dia, senyap. Inilah dia. Bila gua cuba buka topik berfikir, masing-masing malas nak layan.

Satu lagi. Perbuatan ber'SMS' ketika memandu adalah merbahaya. Gua lain. Terpaksa.

Friday, January 09, 2009

Kalau pergi kerja, jangan biarkan hanya beberapa RM kecil dalam dompet. Pergi minum takpe.

Dua hari lepas. Gua pergi kerja pakai kemeja checkered. Warna biru tua sulam dengan warna putih dan biru muda. Kat rumah. Bila gua pandang cermin sebelum turun sarapan. "Hmmm...bergaya!", bisik hati kecil gua.

Bukan apa. Konon-konon gua bersemangat. Gua tahu persoalan-persoalan dalam kepala customer gua masih perlu gua jawap. Masih perlu gua support segala masalah mereka. Jadinya, gua bagi diri gua sedikit kredit untuk melaksanakan tugas. Akibat daripada langsung gua tak ada kerja sejak masuk 2009.

Segala persoalan customer gua, gua jawap dengan tenang. Segala kemungkinan yang berlaku, sudah gua agak. Segala root cause masalah itu adalah yang dalam kepala gua.

Selesai masalah. Gua teruskan kerja gua. Tiba-tiba boss-kecik-group-lain bersuara;

"Hey guys. As you all know, our beloved colleague's brother had passed away. So, if you want to give a some note to donate, put in this envelope and write your name."

Gua yang tengah leka sedikit terkasima. Terkejut menerima berita kematian.

Perlahan-lahan gua angkat bontot kanan gua. Keluarkan dompet gua. Gua bukak. Bertambah terkasima gua bila gua tengok dalam dompet gua tinggal RM 15 ringgit. Yang beribu-ribu lagi dalam bank.

Lantas minda gua pantas berfikir. Takkan gua nak donate RM 5 ke RM 10 ke. Macam tak patut je. Nak gua donate RM 15, tak sedap hati pulak gua sebab langsung tak ada duit dalam dompet gua.

Gua nekad. Gua berdiri. Jalan perlahan-lahan ke meja boss-kecik-group-lain tersebut. Gua tanya seakan berbisik.

"Boss. Credit card can aaaa?"

"Hah?! credit card? Tiunaiseng lu. Bla..bla....bla....macau hai....cong ceng ceng..."

Beberapa perpuluhan saat lepas tu.

Makin lama makin perlahan suara dia gua dengar, sebab gua dalam perjalanan turun ke bawah untuk ke mesin ATM kat Esso beberapa ratus meter sebelah pejabat gua.

Thursday, January 08, 2009

I am in hate. Fucking hate!

Tengok tajuk je dah tau gua dalam mode emosi.

8 Januari. Setiap kali 8 Januari gua akan feel something. Gua tak pasti. Samaada kesal, gembira, suka, duka, kecewa, teruja, sedih. Nak nak 8 Januari 2009. Gua tak pasti mana satu perasaan yang patut gua rasa.

,

Sejak 2003. Sampai sekarang. 8 Januari gua tak pernah lupa. Cuma kadang-kadang gua buat lupa. Cuma kadang-kadang ego sang jantan buat-buat tak tahu. Cuma kadang-kadang ego sang jantan macam gua menafikan. Dan akhirnya, macam selalu selalu, terbit satu rasa yang akan kalahkan segala ego. Segal nafi. Segala lupa. Ok...segala buat-buat lupa.

Dulu. Sejak 2003. Bila 7 Januari, atau sebelum itu lagi, gua mula sibuk. Sibuk ke emporium sana. Sibuk masuk kedai sini. Lari ke pusat membeli-belah sana. Memandu ke Summit Parade sini. Semata untuk cari hadiah. Hadiah hari lahir.

Apa yang tak pernah gua bagi sebagai hadiah? Semua pernah...errrr...semua barang yang tipikal untuk hadiah. Minyak wangi, beg, baju. Semua gua pernah bagi. Tinggal lagi lingerie dengan G-sting jenama La Senza atau Victoria Secret je gua belum pernah bagi.

Sebab tak sempat. Time gua sudah mula kaya, dia makin hilang. Macam kabus pagi. Hilang perlahan-lahan bila matahari semakin meninggi.

,

Malam tadi. Gua tak boleh tidur. Menjelang tengah malam, baik-baik gua dah tutup lampu, golek-golek atas katil, dah selimut sampai leher, gua turun bawah semula. Capai Dunhill Light. Nyalakan. Tarik dalam-dalam. Frekuensi minda gua pantas berpusing.

Fikir. Fikir. Fikir. Selepas apa yang sudah berlaku.

Nak buat-buat lupa ke? Nak buat-buat tak tahu ke? Nak buat-buat sibuk ke? Gua ambil keputusan untuk buat-buat tak tahu.

Macam selalu selalu untuk diri gua. Terbit satu rasa yang akan kalahkan segala ego. Segala nafi. Segala lupa. Ok...segala buat-buat lupa.

Sudahnya, hari ini. Pagi ini. Gua tak tahu apa yang gua rasa. Kesal, gembira, suka, duka, kecewa, teruja, sedih lepas gua dapat balasan teks yang berbunyi;

"Salam...Thanks."

[Sigh]

Wednesday, January 07, 2009

Bukan senang jadi manusia asyik takde kerja ni!

Petang semalam. Waktu tempatan menunjukkan jam 5 lebih. Hampir 530 petang. Gua kategorikan waktu macam ni waktu-waktu hujung tanduk. Sepatutnya gua sudah boleh siapkan mana yang patut. Save segala report. Kemas manual. Kemas procedure. Pangkah fail excel. Susun pensel dan pen dalam laci. Cuci mug gua. Segala.

Gua cuma tinggalkan paparan Microsoft Outlook kat monitor komputer riba gua. Sambil gua berangan-berangan nak makan malam apa, gua klik button Send/Receive untuk download email-email yang ditujukan kepada gua.

Sedar-sedar ada satu email customer gua dari Batam. Mengatakan mesin gua di sana tak boleh nak power on. Dalam hati gua panas semacam. Dah waktu-waktu hujung tanduk gini baru nak email gua. Dari tadi taknak email.

Gua tenang-tenang gelabah. Bos kecik gua entah kemana. Gua call, caller ringtone dia bunyi semacam. "Ini bukan dalam negara ni." bisik hati gua.

Setelah gua berbincang lebih kurang, gua balas email customer gua. Troubleshooting mesin bukan boleh buat guna email ke telefon ke. Kena nampak mesin baru ngam. Baru senang gua nak adjust mana-mana yang rosak. Nampak macam senang.

Waktu tempatan dah pukul 6 suku macam tu. Gua tengah tunggu respon dari customer gua. Samaada cara yang gua cakap tu berhasil atau tak. Kalau tak, gua fikir cara lain.

5 minit gua tunggu. Senyap. 10 minit gua tunggu. Senyap juga.

Lantas gua call ke Batam.

"Good evening. May I talk to Pak Ali please?"

"Who is this?" suara perempuan.

"Khairul here. Calling from ACC Malaysia." jawap gua.

"Errr...Pak Ali was going back home." balas perempuan.

"Aik? Going home already? Errr...that down machine is not urgent or what? Can we discuss about it tomorrow?" gua tanya bertubi dengan sedikit panas hati.

"Yeah. Not so urgent. Tomorrow still ok."

"Owh ok. Thank you then. Bye."

"Welcome. Bye."

Gua rasa macam nak karate bangunan pejabat gua itu jam. Punya la gua berusaha bersungguh-sungguh dengan dedikasi bagi support, dia boleh tinggal gua macam tu je. Lantas gua kemas-kemas beg. Pulang dengan hati yang membara.

"Kalau gua tau tadi, awal-awal lagi gua balik rumah. Ptuihh!"

Lantas malam tadi gua tak makan apa sebab penat redah jammed selama sejam. Minum air sejuk pun takde mood.

Tuesday, January 06, 2009

Pengalaman hari pertama gua masuk kerja lepas cuti panjang.

Semalam. Gua masuk pejabat dengan kadar semangat kerja yang tinggi. Maklumlah hari pertama masuk pejabat selepas 10 hari cuti. Konon-konon rindu dengan karpet. Rindu dengan bau pejabat. Rindu dengan meja gua. Konon-konon.

Semua perasaan ini sama time hari pertama gua masuk Tingkatan 5 dulu. Time perhimpunan, punya semangat gua nyanyi Negeri Sembilan dengan lagu sekolah gua. Bila cikgu tanya, gua paling tinggi angkat tangan. Semangat juang tinggi. Ingin lebih produktif dan proaktif. Konon-konon.

Time pergi kerja. Relax-relax jalan jammed, gua redah dengan senyum. Relax-relax kereta pangkah depan gua, gua senyum. Siap dalam hati gua; "takpe. Pangkah la. Gua ok je." Maklumlah, semangat.

Melangkah masuk pejabat pun ucap "Good Morning" separa jerit. Senyum je gua. Ceria je hari gua.

Sampai kat meja gua, gua turn on PC gua. Perkara pertama, check email pejabat. Urusan kerja mesti didahulukan. Lepas tu, gua check email Hotmail gua. Kot-kot ada makwe hantar bunga ke hati ke kat Facebook gua. Boleh gak gua layankan.

Lepas tu email Yahoo pulak. Lepas tu gua check blog plak. Balas komen sana. Klik sini. Lompat sana. Lompat sini. Sedar-sedar masa untuk makan tengah hari. Banyak lagi gua tak check. Mana gua nak check akaun Facebook, Friendster, Myspace semua.

Sudahnya, sampai ke jam 1745 gua internet je. Kerja gua entah kemana, spirit gua entah kemana. Macam haram!

Sunday, January 04, 2009

Hi Jungle, gua sudah pulang!

Dulu. Satu masa dulu. Lepas raya Aidilfitri 2008, seingat gua. Lepas cuti panjang. Waktu tengah hari. Pertama kali memandu di kawasan sekitar Lembah Klang selepas cuti panjang. Selepas pulang daripada kampung halaman gua yang terkenal dengan Beriyani Gam.

Gua merungut sana sini. Itu tak betul, ini salah. Pemandu tu macam celaka, pemandu ni lembab. Semua gua maki. Semua gua amuk. Nasib baik gua tak ada keris, kalau ada mahu mahu gua hunus tinggi-tinggi.

Satu ayat Tom;

"Lu pernah dengar Gun 'N' Roses punya lagu?"

"Mende?"

"Welcome to the jungle."

Gua senyap. Gua tersedar. Gua faham. Gua bukan lagi di kawasan kampung yang aman damai menenangkan. Situasi ayem atau tenang bertukar. Huru hara, hingar bingar, simpang siur. Macam hukum rimba. Lemah kena makan dengan kuat. Settle. Lu lemah, lu kena pijak.

Sekarang, gua sudah kembali. Isnin bakal tiba. Isnin bakal gua tempuh. Isnin bakal gua harung. Gua awal-awal dah set minda gua. Welcome to the jungle.

Walaupun untuk minggu ini gua menggunakan kereta Malaysia jenama ikan, tak bermakna lu orang boleh pijak gua, makan gua.

Dah, sekarang sudah lewat pagi. Gua mahu tidur puas-puas setelah 2 malam gua terakhir gua di kampung mendapat gangguan. Tidur gua tak lena. Sikit-sikit terjaga. Dan dia datang lagi lalu ubah gua dalam mode sedikit sayu berbaur rindu. Celaka!!

Thursday, January 01, 2009

Hai, selamat datang my dear!

Sekarang. Dah malam pun. Maknanya, 1 Januari bakal berakhir. Beberapa jam saja lagi. Muncul 2 Januari. Malam 1 Januari yang di raikan akan semakin dilupakan. Segala bunga api terus jadi kenangan. Segala jenis sambutan terus tinggal ingatan.

Hidup terus. Keseimbangan kosmos berjalan.

Malam tadi, sekadar menjerit "happy new year" dalam kereta. Perjalanan pulang dari bandar Batu Pahat. Gile relax. Tak ada bunga api, tak ada orang ramai, tak ada mengira turun. Yang ada hanya segerombolan anak muda lepas melalak dengan air malt dan sedikit cikedis. Lepas tu lepak kedai Badut. Minum teh. Balik rumah layan Pirates Of The Carribean punya trilogi. Gila relax.

Tahun depan gua rasa macam malas nak balik kampung time hujung-hujung tahun. Sebenarnya, gua rasa rugi kalau gua tak tulis entri pada hari permulaan tahun baru. Macam tak bermula je nanti gua rasa.

Owh, terima kasih kepada yang setia membaca tulisan gua dan selamat datang yang baru datang jenguk.

Gua nekad mahu kasi cerita baik punya tahun ni. Idaman gua, gua nak kitai cerita King Of Letup!