Thursday, January 22, 2009

Petang-petang sikit ke, malam-malam sikit ke, mesti gua kena bising-bising.

Jadi, awal-awal lagi gua dah siapkan alasan. Amacam??

"Ni semua salah
Endy Yang. Dia yang tag I. Kang kalau I tak buat, kawan pulak. Tersepit I ni sekarang. Sorry ye. Nanti I belanja Haagen Dazs ice-cream ye. Senyum sikit. Alalalala..."


1. The age of next birthday.

Tua? Bukan tua. Berpengalaman. Ingat tu!!


2. Place I'd like to travel.

Venice. Tetap nak iklan Enchanteur gak.

Kota Bandung. Music city. Cuba tengok betul-betul penjuru kiri bawah ada apa? Poster Robert Smith. Itu pasal la gua nak pergi.


3. A favourite place (for time being).

Gua try google Ampang Noisy Studio, tak jumpa. Ini je yang gua jumpa. Kang gua letak Putrajaya kang, favourite thing gua pulak bukan DSLR. Konflik pulak nanti.


4. Favourite food.

Ini baru namanya Beehoon Goreng. Setakat warna hitam penuh kicap, ayam seketul dua tu, jangan sekali sua kat gua! Pergh! meleleh dah air liur gua.


5. Favourite thing.

Jam Casio Kalkulateur classic.

Vans High-Cut dengan Converse All-Star Leater gua.Short Volcom gua.


6. Nickname I had.

Macam tak biasa. Panggil je gua Rambo. Semua orang panggil gua Rambo. Kalau telefon rumah gua, tak payah fikir lama-lama nak cakap nama apa. Cakap Rambo saja. Mak ayah gua kenal Rambo tu anak dia. Sekarang ni, gua risau, satu Parit Raja macam dah tahu nama gua Rambo.


7. Favorite color.

Dulu gua suka warna hitam. Tapi dah 6-7 tahun gua pakai hitam, almari baju gua pun nampak gelap kala siang. Pening gua nak cari baju.


8. College Major.

Ok. Gua tipu.


9. My love name

Gua tipu lagi. Tapi nanti kalau gua ada makwe, panggil gini pun cara jugak ni. Pipi, lu jangan nak mengada simpan nama makwe lu Lady Gaga dalam phone lu.


10. Hobby

Apa lagi. Blogging la. Baru cool masa kini. Nak cool masa kini dengan DSLR gua tak mampu, apetah lagi gua berhobikan kereta turbo. Nak main muzik pulak, belum jumpa drummer. Haram betul!


11. A bad habit

Gua tak suka benda leceh-leceh. Sebab itu hobi gua bukan memancing. Kalau time gua blogging pun internet lembab, gua karate je server office gua tu. Esok-esok bos gua beli router baru.


12. Wish list (tahun ini)

Gua nak ada gitar/bass siap dengan amp sendiri.

Form satu band. Rock band.

Expresskan segala yang terbuku dalam hati dekat gig. Macam dulu-dulu.

13. 7 tagged people

Boo! gua tak mahu tag sesiapa. Biar gua je manusia last tanggung beban tag ini.

Mula-mula gua pandang ringan je nak buat tag ni. Rupanya, macam haram dia punya lama. Sampai gua nak hisap rokok pun tak sempat. Balas teks mesej pun lambat-lambat. Nasib baik gua, tengah top form sekarang ni. Idea datang mencurah-curah. Selamba gua buat guna sebelah otak. Sebelah lagi gua buat matematik.


22 comments:

Si Jambi Darat said...

wakluu..hahahaha!

Rembo said...

lu waklu kan yang mana satu ni?

Rajuna said...

dramer kenduri kawen nak ke?

alif-mikail said...

gila babas jawab tag..

full form rupenye.. ahhahaha

FrH said...

MPH??? haih, sejak bile..? lu dah berubah bo ...

t-shirt putih? haih, kau dah berubah bo ...

form band? zero february lg ke?

wish list - tambah laa nak ada steary awek utk thn ni .. tetinggal ke ...

Rembo said...

rajuna - ha ha ha. boleh.

alif - ha amacam? Menarik kan?

frh - mph = sejak gua ada duit lebih sikit. dulu melarat.
tshirt = bru screamo beb. ha ha ha
band = ZF is dead beb :(
makwe = errr...later lah.

H said...

erk!
nak drummer eh?
drummer band metal agak2 bleh join tak?
haha.

ainfazrin said...

beehon goreng.

masa order mintak 'mee siam' goreng dekat cafe kolej dulu, aku kena gelak dek orang. ceh. apa ada pada nama, beehon dengan mee siam tu benda sama je kot. kan? hehe.

Rembo said...

ciki - err..boleh kot. hehee

ain - bese la tu. try mintak neskepe o kt sini dgn kt johor. lain beb.

KARKADEWA said...

gile mencabar buat matematik smbil isap rokok weyh...
tak terjwb soklan tu nnti...

apek terror said...

27 hah...sure nie...x more or less ker? hahah....

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ah takde masa gua nak letak nama tu..bunyi macam panggil ikan kaloi..

Eamy said...

hahahaha (gelak utk pipi)
ini kerja b4 cuti eh?

laki cikgu kimia said...

gua baru perasan lu rupenye banyak tak tipu bila lu tulis aku tipu.

Rembo said...

dewa - gua ok je. he he he

apek - ye 27 (baca: 22 thn). Aku hidup dlm vaccum 5 thn. he he he

pipi - cilakak, kata yapong.

eamy - shhhh! shhhh! jgn la wat kenyataan terbuka macam ni.

nas - ha ha ha

Anonymous said...

suci betul fevret kaler ko...

eyh ajar aku math nnt, aku bengap math (jujur)....

en_me said...

hi abang rambo.. salammmz

Rembo said...

akim - heh. screamo beb! math? boleh je. kdang2 gua lupa. kdg2 gua terus tak tahu. hahaha

en me - hi. knal ka?

hegira said...

haha. cuma nak ketawa.

Rembo said...

ha ha. sama sama ketawa.

Anonymous said...

di kalangan aku, rambo skrg glemer giloshh..sumpah,,,aku x tipu...sakit perut aku gelak...siap kna sound dgn dak cina opis aku..."happy nmpak"....cilakooo...

Rembo said...

owh terima kasih, terima kasih. he he he