Thursday, January 15, 2009

Rebel. Rebel. Rebel.

Awal minggu. Hari Isnin. Gua set minda gua untuk tengok hari-hari gua dalam minggu ini dari sudut yang positif. Semua aspek. Sampai hari ini, Hari Khamis. Gua rasa gua gagal.

Semalam. Budak-budak sepengajian selalu berbual dalam emel. Gua termasuk dalam loop. Biar nak berbual dengan seorang saja pun, semua dapat baca. Gua ok.

Tapi bila bab berbual pasal porn, guna perkataan 'tut'. Gua macam tak boleh terima. Gua fikir kenapa mesti nak guna 'tut'. Kalau guna 'tut' sekali pun orang faham yang diaorang berbual pasal porn atau blue.

Contohnya perkataan DVD 'tut'. Jelas orang faham DVD 'tut' itu adalah DVD porn atau blue. Guna saja la perkataan porn atau blue. Sama saja maknanya. Bila gua suggest guna saja perkataan porn atau blue. Gua kena sindir. Gua nak mengamuk, kawan-kawan. Susah.

Bukti. Semua gua rebel. Rebel Yell.

Sekarang. Sana sini cerita pasal Gaz....err....gua malas nak teruskan. Nanti ada orang bergaduh sana sini. Biar gua simpan dalam hati bab ini. Berbual dan berbincang dengan orang yang boleh gua buat berbincang.

Tengok sahaja Trankuiliti Tronoh. Owh...Hilang Punca pun terkena sedikit tempias.

Kalau nak ikutkan, banyak benda-benda yang tak kena dimata gua. Gua ulang, di mata gua. Pasal boikot la. Manusia atas pentas forum la. Pelancaran la. Itu la, ini la.

Pagi tadi. Gua masuk pejabat pun sudah rasa menyampah. Nampak muka boss gua pun rasa macam nak lempang.

Tengok sana sini rebel. Sana sini tak kena.

Menyesal gua dengar Joy Division sebelum tidur. Bangun tidur gua cuba naturalkan dengan The Cure pun tak berjaya.

12 comments:

Anonymous said...

lu emo ngalahkan pompuan pms

lek lu..sap kok lu...

:D

Rembo said...

huh. klise!

Kill To Dress said...

kau main bundle kan? check page gua. ada barang bundle sikit.

ainfazrin said...

hari ni aku tak rebel. cuba, tapi tak boleh. dah lama tak buat perangai rebel tu pun sebenarnya. sekarang aku zombie. jalan terus tak ada reaksi.

bayang said...

barangkali cetusan dari fenomena lain yang meledak menjadi chain reaction yang drive kita jadi rebel tanpa cause.

contoh isu Gaz.. itu. atau kita ini dari bored generation? rebel without cause?

laki cikgu kimia said...

dah2.. lo kalu nak gi 'rebel' kt kluang tu, gua nak kirim stokin bola.

ilazz said...

cuba ko try mengaji ngn wat semayang mlm. gerenti tenang. setenang2nyer..

Rembo said...

kill - gua kill jugak budak Kill ni kang! woi letak bnyk sikit la baju!

ain - zombie. hmmmm...good idea.

dewajiwa - mungkin. mungkin juga kita ni generasi berfikir.

nas - CNY festive nnti la. gua mmg ada nk cari barang kat kluang.

ilazz - errr....err...i'll try.

FrH said...

ye ke .. aku xbaca mail2 tu .. aku delete jek sbb dah berlambak sgt masuk masa aku g meeting ..

maybe diorang segan nk ckp kot, sbb aku ada .. or awek lain ada dlm loop ..

tp gua dah kawen .. & paham sgt2. haha

iyan said...

org kita nih "prihatin" rambo...

apek terror said...

cibai baju joy divisob gua hilang di bakul moto time masuk 7e....lu ade nampak???

Rembo said...

frh - tak yah segan2 hehehe

yan - prihatin eh hehehe.

apek - ada dalam closet gua.