Wednesday, April 29, 2009

Ironi.

Malam tadi. Lepas balik kerja. Tengah gua rileks-rileks kat rumah, gua teringat sesuatu. Minyak kereta hitam gua semakin berkurangan. Berada pada paras terakhir. Perlu diisi untuk perjalanan esok.

Selesai tanggungjawap gua terhadap kereta, perut gua pula lapar-lapar buah. Macam lapar tak berapa lapar sangat, tapi minta di isi. Tanggungjawap terhadap perut. Gua cadang singgah ke kedai runcit Baiduri.

Dalam perjalanan gua tune in album Gothik Malam Edan. Memoria Anna berkumandang. Dalam kepekatan malam, bunyi kereta hitam menderum, bercampur dengan suara lunak basah.

"Anna...anna...ku mengaku ada syurga..Anna" jerit gua sambil pejam-pejam mata.

Keluar kereta, pergi rak sardin, gua siul-siul girang. Tak puas lagi menyanyi Memoria Anna.

"Kawan Ana pun selsema tadi ayah. Tak tau la selsema babi ke apa ke." budak kat kaunter tu berbual dengan bapak dia sambil masukkan sardin cap ayam gua dalam plastik.

Gua tersenyum simpul. Ironi.

"Hanya kerana diriku lelaki. Ku pun madu, sampai jari. Ku terbayang, kamu Anna." nyanyi gua dalam mode perlahan yang boleh didengar.

Ana kedai runcit Baiduri buat muka tegak. Gua tekan romote kereta hitam gua cepat-cepat sambil melangkah laju. Gua nampak macam bapak Ana dah mula cari barang kat bawah kaunter. Elak-elak keluar parang kang, saja gua kena tebas.

Gila tak Amy Search bapak Ana ni! Menyirap gua.

Demam.

Bila cerita tentang cita-cita, gua teringatkan Ku Taklukkan Dunia.
Bila cerita pasal makwe, gua teringatkan Laila, Nigina, Rozanna. Lebih-lebih lagi Isabella.
Bila malam, Malam yang terngiang-ngiang kat telinga. Gothik Malam Edan pun sama.
Bila senja, gua nampak Mentari Merah Di Ufuk Timur.
Bila aku rindu, teringat Fenomena.

Teruk sangat demam gua ni.

Tuesday, April 28, 2009

Siapa kata rock bawa elemen negatif?

Malam tadi. Sebelum gua tidur. Gua serahkan keputusan gua samada nak ke pejabat atau tidak pada hari ini. Pagi ini. Bergantung kepada keadaan badan gua.

Ternyata, panadol soluble dan juga minyak urut Wak Dakam itu mujarab. Sudahnya, gua tak jadi MC ini hari.

[,]

Dua hari ini bos besar gua memang tiada di pejabat. Seorang cuti, seorang lagi ke Philipines. Urusan pejabat. Kiranya, kalau gua MC sekalipun, tak ada orang nak persoal. Rileks-rileks.

Dari pagi, gua cari Data Recovery punya software. PC gua belum baik demam. Segala dokumen gua masih tak boleh gua retrieve, walau pun bila gua search, ada lagi. Belum terdelete. Macam celaka.

Masuk lepas makan tengah hari, gua mula rasa bosan. Bila gua cuba retrieve segala dokumen gua, tak juga dapat-dapat. Bosan gua dah bercampur hangin. Rasa macam nak penyepak PC gua ni pun ada. Gua ambil keputusan untuk biarkan dulu. Nanti-nanti gua hantar mana-mana kedai komputer, ok la kot.

Gua buka laman web untuk video sedunia. Setelah bosan dengan laman web-penjualan-barang-walau-duit-satu-sen-zaman jepun.

Rayau punya rayau, gua teringat nak cari video-video idola gua. SEARCH. Mula-mula gua layan Fantasia Bulan Madu secara akustik. Part Kid goreng solo, gua dah meremang tahap 3. Lepas itu, gua beralih arah ke konsert 2004. Gua tengok Amy dengan singlet, dengan All-Star, dengan tindik kat kening gua dah macam nak melompat dari kerusi.

Makin lama, gua makin naik hantu. Gua pergi lebih dalam. Gua jumpa Konsert Selepas Banjir. Konsert yang gua turun. Makin gua layan, makin gua meremang. Kali ini, gua siap tutup-tutup mata. Sambil geleng-geleng kepala, tarik 'feel' orang kata. Layan lagu Pelesit Kota. Meremang gua dah meningkat tahap 9.

Tengah gua layan, tiba-tiba bahu gua kena tepuk. Mana gua nak dengar apa-apa. Telinga gua sumbat guna earphone. Baru true. Dah alang-alang bos tak ada.

"What are you doing Rembo-san?" tanya bos Jepun gua sambil muka kemerah-merahan. Gua tak tahu merah panas atau merah tahan marah.

"Errr...he he he...feeling bos. This band possess me. Malaysian rock band." gua dah separuh mati takut.

"Rock band? What kind of rock band?"

"Hmmm...they play like Loudness. You know Loudness? Rock band from Japan?"

"Ah so."

"Yup." jawap gua ringkas dan meyakinkan.

Bos gua berlalu sambil senyum-senyum.

Gua andaikan Loudness menyelamatkan gua. Dan bila gua fikir balik, muzik rock menyelamatkan gua sebenarnya. Selamatkan gua daripada malu dan juga dibuang kerja.

Monday, April 27, 2009

Gerhana.

Dunia realiti gua hujan lebat. Sekitaran gua semakin sejuk. Tambah lagi pening kepala sebab berjalan dalam hujan tutup sunroof kereta.

Dunia fantasi gua kosong. Harapkan Dream Girl muncul. Sambil gua baring atas ribanya. Sambil dream girl usap dan urut kepala. Sambil mintak suapkan sup Cambell. Tapi perempuan lain yang muncul, acu pistol betul-betul antara dua mata. Amy Search tengah menyanyi lagu Nyata dan Maya.

Entah apa gua bebel. Nampak macam tengah high Panadol. Esok, MC. Sambung terus sampai 4 May.

Karma

Malam tadi. Tengok Arsenal sambil minum air malt berkarbonat tanpa alkohol. Macam minum soda. Macam dekat stadium perasaan gua. Nak-nak menang. Dua biji Fabregas score.

Dua-dua gol gua julang mug atas kepala. Macam kat London.

[,]

Pagi ini, gua bangun dengan sakit segala sendi. Kepala berat. Hidung tersumbat. Pening-pening lalat. Rasa macam nak demam.

Buka PC, folder My Document gua hilang. Cannot find specific path kata Vista. Macam haram! Bertambah-tambah blues hari Isnin gua.

Friday, April 24, 2009

Gua memang tak suka sangat beli hadiah.

Yeay! Malam ini. Malam Sabtu. Malam cuti. Dan tiada apa yang dirancang malam ini. Free. Err...maksud gua malam yang membawa ke pagi.

Biasanya, malam cuti macam ni gua penuhi dengan aktiviti melukis sesuatu. Untuk bekalan masa depan. Bekalan yang serius. Bukan main-main. Projek besar.

Tapi, sudah dua tiga kali malam Sabtu atau malam Ahad gua buat benda lain. Selain melukis sesuatu untuk projek masa depan.

Sibuk dengan crop gambar, ambil ngam-ngam dari dada keatas. Klik sana sini. New layer-lah, pallette-lah, Pen Tool-lah, Make Selection-lah. Macam-macam gua godeh. Untuk tukarkan gambar potret kepada rupa komik.

Siang pula, gua sibuk cari barang-barang. Gam, kertas tebal, kertas warna-warni, pen warna, frame gambar, kotak itu, pensil ini. Macam-macam.

Sudahnya, Ahad lepas, satu gambar potret gua tukarkan kepada bentuk ke arah komik. Gua photo print bersaiz A4, letak dalam frame berlatar belakangkan hitam. Baru 'naik' gambar komik gua.

Balut dalam kotak cantik-cantik, selit satu kad. Gambar robot gua lukis, latar belakang ada bangunan. Robot wish Happy Birthday. Huruf 'Happy Birthday' tu gua potong dari majalah. Satu-satu.

Siap satu hadiah hari lahir. 120% d.i.y. Kecuali frame yang gua beli kan kedai gambar.

Menjelang hari Selasa. Gua dapat satu teks, eh, YM,

"You are so sweet."

"Really? I know, I know." jawap gua.

Thursday, April 23, 2009

Satu kepala.

Tengah gua sibuk buat kerja. Phone gua bunyi. Teks masuk.

"Bz?" teks dari MFG.

"At office. Kinda. What's up?" gua tanya.

"Hmmm...kinda miss you."

Gua tengah huru hara banyak kerja. Dia nak manja-manja. Malam sikit la, baru ada feel. Gua balas cepat-cepat sambil mata tengok skrin komputer.

"Kiss the rain."

"Macam Billie Myers." dia kata.

Dalam hati gua cakap, sebab itu lu MFG gua.

Wednesday, April 22, 2009

"I see dumb people." kata Bart Simpson.

Pagi tadi. Gua bangun lambat. Paling lambat dalam sejarah bekerja gua. Apa yang syok sangat gua tidur pun gua tak tahu. Mungkin penat berulang ke Shah Alam untuk majlis tahlil.

Gua lakukan rutin harian gua dengan kadar yang ekspress. Tolak masak air, tolak duduk 7 minit atas toilet bowl, akhirnya gua sempat catch up timing biasa-biasa gua. Lewat dalam 5 minit.

Hampir tiba dipejabat, dalam satu kilometer lebih lagi. Lampu trafik merah. Semua kereta berhenti. Depan gua petak-petak kuning. Gua berhenti. Sebelum petak kuning.

Satu kereta Malaysia buruk hon gua dari belakang. Panjang. Berterusan. Gua panas hati.

"Fuck you old dirty b**tard!!" sambil gua acungkan jari tengah. Tepat. Ketika old dirty b**tard potong gua sebelah kiri.

Kereta Malaysia buruk berhenti depan gua. Old dirty b**tard keluar. Menuju kereta gua. Gua tenang. Orang tak bersalah buat apa nak gelabah. Sambil gua nyalakan Dunhill Light, gua turunkan tingkap.

"What the fuck are you doing?" dia tanya.

"What? Me? Stop before yellow box before I get into it? You have a problem with it?"

"There still have half space in front of you. I am running out of time." dia jawap.

"That's not my fucking problem old man. It's yours. I am doing right things, if you cannot accept my smartness, find your own dumb world." gua jawap sambil senyum-senyum, gelak kecil.

"Son of a b**ch." dia sambil berlalu dengan muka merah padam.

Well, smart people always win. Lambat atau cepat, itu saja.

5 minit lepas tu, gua siap sempat pekena karipap sardin dengan pulut panggang dengan air nescaffe tarik dekat warung makcik CIMB sebelum masuk pejabat. Rileks-rileks. Pengurusan masa itu penting.

Tuesday, April 21, 2009

In matter of live and death.

Dulu. Beberapa bulan lepas. Mungkin tahun lepas. Gua tak berapa ingat. Tika itu, gua baru-baru sampai Kelumpo. Memandu di sini merupakan pengalaman baru. Hidup di sini juga pengalaman baru.

Gua mula jumpa macam-macam perangai. Perangai manusia yang berfikiran singkat. Semua nak cepat. Menjengkelkan. Macam, parking sesuka hati, masuk simpang tak bagi signal, masuk lif sebelum orang keluar, pintu tulis TARIK tapi di TOLAK, potong barisan, buang sampah keluar kereta, juga Manchester United.

Manusia macam ini gua kategorikan musuh gua.

Jadi, gua pasang satu impian kejam (baca: dendam). Gua nak seksa mereka ini sampai mati. Dan gua nak tengok anak mata mereka ketika mati dengan perlahan. Bermula dari kaki, abdomen, dada dan akhir sekali kepala. Satu persatu menjadi kaku. Sejuk. Terkulai.

Tapi, setelah apa yang gua alami Ahad malam. Berdepan dengan satu kematian secara perlahan-lahan. Depan mata. Bermula dari kaki, satu persatu jadi kaku, sejuk dan terkulai, nafas turun naik dengan kadar yang tersekat-sekat. Amat terseksa pada pandangan gua. Dan akhir sekali, senyap. Flat line.

Seluruh isi rumah senyap. Persekitaran menjadi sunyi. Hanya esakan kecil dari anak-anak saudara. Kadang-kadang dari esakan menjadi tangisan yang menyayat hati. Masing-masing gamam. Tak tahu nak buat apa. Hanya berserah pada ketentuan.

Keadaan berubah. Tangisan semakin kuat. Ada yang berpelukan antara satu sama lain. Sama-sama menenangkan.

Malam itu, tiada senyuman ikhlas. Hanya, airmata, mata bengkak dan hidung merah. Sugul. Tak meriah. EMOSI.

Malam itu juga, on the spot, gua padam impian kejam gua dalam hati. Shift + Delete. Permanent delete. Remove forever. Ambil dari dalam hati, masuk dalam botol, terbang ke angkasa, campak dalam black hole.

Melihat kematian secara perlahan depan mata adalah sesuatu yang sangat dahsyat. Serious.

May you rest in peace there Kak Ngah. Al-Fatihah.

Thursday, April 16, 2009

Fucked up!

Gua tengah hilang punca. Hilang mood. Hilang akal. Sedikit. Sekejap lagi nanti hilang mata pencarian pulak. Macam celaka.

Gua baru habis meeting. Pembentangan satu idea baru oleh MD gua untuk menjana duit perolehan lebih daripada Service Engineer.

Bagi gua. Kedudukan gua. Keadaan kumpulan gua. Idea ini gagal. No win-win situation.

Dan idea ini, ia bakal menjadikan manusia dalam syarikat gua tamak. Tamak dengan duit. Tamak dengan nama. Dua benda atau perkara yang setiap manusia inginkan. Mati-mati pun nak dua benda ini.

Gua. Hardcore. Idealogi-idealogi masih lagi utuh gua pegang. Unite, Equality dan Anti-Racist. 3 perkara yang kuat bersarang dalam hati gua. Dan idea MD gua ini akan menghalang atau bertentangan dengan idealogi yang bersarang dalam diri gua.

Macam gua cakap, no win-win situation.

[,]

Sekarang, gua sudah rasa macam tawar hati. Macam suami dah tawar hati dengan isteri. Sebab gua tahu, melalui idea baru ini, gua tak boleh blah. Team gua tak boleh survive. Lain la kalau ada cerita lain.

Macam gua cakap dulu-dulu, kejatuhan ekonomi buat semua orang jadi gila. Dan andai kejatuhan ekonomi ini adalah objek hidup, pasti gua tangkap dan sumbat dalam ISA. Mengganggu ketenteraman awam.

ON dan OFF

Sejak akhir-akhir ini, gua cuba turn ON balik suis untuk soal hati gua semula. Sebelum ini gua OFF sementara. Malas gua nak fikir.

Tapi, apa yang gua dapat bila gua turn ON. Sakit. Perit. Kusut kepala.

Sekarang gua turn OFF balik. Esok-esok gua ON balik.

Maaf makwe-makwe.

Wednesday, April 15, 2009

Kahwin.

Memandangkan gua baru lepas pergi majlis kahwin kawan gua, topik yang hangat diperkatakan sekarang adalah kahwin.

Gua masuk pejabat, tengok email kawan-kawan pun berkisarkan kahwin. Tarikh lah, tempat lah, itu lah, ini lah. Bosan gua.

[,]

Sebelum itu, gua ada bual-bual dengan rakan sekerja gua. Chinese guy. Pasal kahwin. Dia cakap, belanja kahwin orang Cina lebih kurang RM 80000. Siap segala. Dari mula sampai habis majlis. Tak masuk bulan madu.

Sebelum ini, bila orang tanya gua pasal bila nak kahwin, gua akan jawap;

"Rileks. Gua saja bagi kawan-kawan lepas dulu. Nanti datang majlis gua dengan anak-anak. Gua kan suka budak-budak."

Tapi, lepas ini, bila ada orang tanya gua pasal kahwin, gua akan jawap;

"Gua nak kahwin dengan Amoi, tapi duit belum cukup. Sebab itu gua bujang lagi."

"atau macam amoi."

Settle.

Tuesday, April 14, 2009

Balasan kepada guna wireless Old Town tanpa minum di dalamnya sambil memerhati amoi berseluar ketat.

"You will never know you miss something until it's gone."

Macam gua. Dah dari hari Sabtu sampai hari ini. Selasa. Gua betul-betul rindukan internet. Dahagakan kasih sayang segala isinya. Membelai-belai mata hati gua lalu mengukir senyum dengan kata-katanya.

Biasanya, dahaga, rindu dan belaian ini, memuncak beberapa minit selepas turun daripada kereta hitam gua untuk ke Jusco. Membuak-buak. Macam seorang mamat yang sedang dilamun cinta. Perasaan membuak-membuak, butterfly in stomach bagai, teruja, senyum sampai ke telinga bila tiba masa nak jumpa makwe.

Macam itu lah gua.

[,]

Sabtu. Gua habiskan masa ke Ipoh. Manjoi lebih tepat. Sahabat gua kahwin. Seorang lagi pahlawan bujang tewas dengan kehendak nurani. Akur dengan kehendak diri sendiri. Atau keluarga. Atau budaya. Atau agama.

"Tahniah. Lawa orang rumah lu!" sapa gua sambil merenjis air mawar.

"Lu bila lagi?" soalan lazim daripada pahlawan bujang yang tewas...errr...pengantin maksud gua, bila di majlisnya sendiri.

Gua cuma mampu balas pertanyaan dengan senyum.

[,]

Ahad, gua sibukkan diri gua dengan tidur. Nak nak satu hari hujan. Gua bujang. Hari hujan merupakan hari tidur yang paling nikmat. Macam orgasme. Gua bangun. Tidur. Bangun dan tidur semula sampai Maghrib. Setel satu hari. Simple. Tak payah fikir nak makan apa, minum apa. Yang penting tidur tidur tidur tidur.

Isnin sampai hari ini. Gua di kawasan Keramat. Customer site. Urusan mencari rezeki. Mana ada masa untuk internet.

Sekarang, setelah lebih setengah jam. Duduk pada satu bangku panjang. Bersebelahan pintu masuk utama Jusco yang keberapa gua tak tahu.

Dan sebelah gua seorang pakcik, old-timer. Bergurau senda dengan cucu-cucunya. Tak lama tadi, mak budak-budak kecil itu muncul berserta adik perempuannya barangkali. Ngam. Macam Irma Hasmie.

Si old-timer, sibuk bagi cucunya minum air tin.

"Nak sikit." gua cuba tegur setelah lebih 15 minit bermain depan gua. Biasanya menjadi. Tak mak budak itu tegur gua, si old-timer yang akan tegur gua. Dengan harapan, terbuka hati Si Makcik budak-budak ini.

Rupanya sangkaan gua meleset. Langsung tak layan. Seorang pun tidak.

"Ok, nice try Rambo. Cepat-cepat habiskan penulisan lu lepas tu blah!" ejek Rambo sebelah gua yang lain.

Haram! Percubaan gua untuk buat Si Makcik budak-budak ini rindu pada gua bila gua hilang, gagal. Next time maybe. Always gotta be somebody.

Friday, April 10, 2009

Ok. Lu tak rock? Tak apa. Gua ok. Ok?!

Hari ini. Gua tinggalkan jauh segala romantis. Tinggalkan ayat berbunga-bunga. Tinggalkan fantasi indah. Tinggalkan Marquez, tinggalkan Gaiman, tinggalkan Imaen. Untuk sementara waktu. Adrenalin dalam diri gua meningkat.

[,]

Rabu. Sedang gua rileks-rileks depan tv sambil baca suratkhabar yang ayah gua tinggal dalam kereta gua. Gigit Chacos sekali, selak suratkhabar sekali. Syncrhonize. Macam kerja antara omboh dan juga injap.

Secara lazimnya, gua memang malas baca suratkhabar. Selalunya, gua rasa macam baca iklan. Cerita bukan-bukan. Langsung tak informatif. Kadang-kadang. Jadinya, gua biasa mula baca suratkhabar dari belakang. Baca bahagian sukan dahulu. Baru ke bahagian depan perlahan-lahan.

Tiba-tiba, bila sampai muka surat kedua terakhir bagi gua, terpampang sesuatu yang buat gua terpana. Kaku. Pegun. Mulut gua berhenti gigit Chacos, tangan gua kaku nak selak suratkhabar.
Totally freeze. Bukan muka makwe Petronas yang mukanya mirip Budak Comel dari Kampung Melayu, bukan kereta hitam model baru. Bukan ini lain. Lagenda.

[,]

2007. Gua bekerja di butik mahal BP Mall.

"Ashlyn, gua mahu cuti Sabtu ini. Boleh?"

"Mahu buat apa? Mahu dating ke?" Ashlyn balas sambil lenggok gaya bahasa Mandarin.

"Bukan la. Wa mahu pergi JB. Ada sepupu gua kahwin la. Lagipun gua mana pernah ambil cuti maa."

"Ok lah kalau itu macam woo. Janji Ahad lu datang kerja. Full day. Boleh?"

"Cantek! Kiss sikit. Muah. Ha ha ha"

Hari Sabtu yang dijanjikan. Gua, Along gua dengan seorang member abang gua nama Molor gerak ke JB. Petang. Bukan ke majlis kahwin sepupu gua, tapi straight ke Stadium Tertutup MBJB. Gua lengkap, jeans koyak dari peha ke lepas lutut, baju hitam tulisan Caliban, kasut All-Star hitam.

Mula-mula gua rileks-rileks duduk tempat paling atas. Maklumlah, lepak dengan brader-brader, kena act macam brader-brader jugak-lah. Tapi, bila tune dia gua dah dapat, tak ingat apa. Lantas gua turun ke depan pentas. Itu jam, gua memang dah masuk hantu.

Gaya Amy, Hillary dengan Joe Wings buat gua jadi gila. Kerasukan. Itu jam, last song. Gothik Malam Edan. Macam dalam CD suara Amy tarik. Gua. Orgasm. Sing-a-long sambil berlengging, sambil baju gua kat tangan. Banging sambil pusing-pusing baju ke udara. Macam orang selalu selalu buat kat Woodstock.

Konsert Search Selepas Banjir. Terbaik. Seminggu gua sawan Search.

[,]

Sekarang. Ada masa lagi. Sebulan. Itu pun kat Penang. Gua tunggu yang dekat Kelumpo. Ogos. Untuk maklumat lanjut, google sendiri. Banyak blog dah tulis detail konsert ni. Tapi, ini memang gua suka. Sikit. Sibuk rehearsal dan training kot.

Sekarang baru April. Ada masa empat bulan lagi untuk gua kecikkan peha gua, cari seluar kulit, ketat, baju tak payah kisah sangat, pakai singlet pun ok. Kasut Aliph high cut. Rambut kasi panjang lagi. Apa nak jadi, jadilah. Gua tak peduli.

Amacam? Ada berani? Last konsert ni. Esok esok tak ada dah. Bersara dah diaorang ni semua.

Wednesday, April 08, 2009

Seorang diri.

Gua benci bila duduk di rumah seorang diri. Kadang-kadang gua suka, aman, damai, boleh bagi masa untuk feel myself..err...maksud gua masa untuk diri sendiri. Tapi, kadang-kadang gua benci. Sebab tak ada orang nak ajak bercakap. Macam sial. Well, human is complex.

Bila gua duduk seorang diri di rumah seorang diri, segala jenis Lucifer akan datang dekat. Siap bawa kawan-kawan lain. Dah la iman gua lebih nipis dari kulit bawang besar. Bergayut kat telinga gua. Suruh itu, ini. Berbisik. Meracuni fikiran gua.

Sudahnya, gua hilang arah. Prejudis. Fikir bukan-bukan. Monolog mengarut bagai. Baca teks mesej pun tak betul. Baca lain, balas lain. Siap gaya marah-marah. Maaf.

Ketahuilah wahai perempuan, gua langsung tak ada niat untuk melukakan hati lu walau satu per empat milimeter panjangnya. Ok, gua percaya. Tapi, tolong cepat sikit eh? Time is running out. Remember?

Hah, puas hati kau Lucifer?

Bukan ke bagus andai ada satu dewi yang datang bila gua tak kerja.

Datang untuk berbual. Duduk sebelah gua, bicara tentang masa depan. Keindahan masa depan. Atau, cukup sekadar duduk dihadapan gua sambil bertentangan mata dan tiada kata-kata yang perlu diucapkan sambil tangan tergenggam erat. Mengamati saat-saat indah itu.

Atau tolong gua masak kat dapur. Buat jemput-jemput ke apa ke, lalu terus bergurau senda sambil baling tepung antara satu sama lain, conteng muka antara kita lalu ketawa berdekah-dekah. Comot dan comel.

Fantasi itu memang indah. Celaka!

Tuesday, April 07, 2009

Sentimen-tel

Sejak akhir-akhir ini, jiwa rebel gua memang agak sentimental. Jiwa gua penuh dengan warna-warna pastel. Warna-warna asas yang melambangkan keganasan, pemberontakan gua separuh lenyap. Silap-silap gua tengok anak kucing mengiau cari emak dia pun gua boleh tersentuh.

Gua tak tahu apa puncanya. Tapi, life cycle itu gua pasti.

[,]

Sabtu lepas. Gua baru bangun tengah hari. Bersiap nak pergi kerja. Telefon putih gua berbunyi. Ayat pertama yang gua dengar;

"Anyah ile nak alik?" pelat suara kecil berfrekuensi tinggi daripada anak buah gua. Eika.

"Err...nanti Pak Ngah balik la."

"Ile? etang ni ke?"

"Bukan la petang nanti. Hujung bulan la."

"Ujung ulan ile?"

Gua dah separuh bingung nak jawap apa. Budak Eika ini bukan boleh buat berjanji. Nanti dia tuntut macam Sales Engineer gua chase payment daripada customer.

"Hmmm...akak pergi sekolah dulu, nanti bila mama dengan ayah cuti, Pak Ngah balik. Ok?"

"Ok!" separuh gembira.

"Ni ha, si Eika ni, baru baik demam. Pastu asyik tanya bila kamu nak balik. Rindu la tu kot." telefon bertukar tangan dari Eika ke emak gua.

"La..padan la pun. Nanti la. Hujung bulan kang la Angah balik."

"Ha yelah. Baik-baik."

Jiwa gua dah tak tenteram. Sayu. Ikut hati gua, mahu saja gua lari terus ke kampung. Kalau gua ada kebolehan berlari tanpa penat. Macam Daphne Millbrook.

[,]

Ahad. Gua bagi hadiah untuk diri gua sendiri dengan menonton wayang. Setelah berpenat lelah bekerja. Gua pilih Talentime. Bukan Fast And Furious. Sebab gua sangat pasti, air tangan Yasmin Ahmad tak akan mengecewakan gua.

Sudahnya, sepanjang filem berjalan, gua hanya cakap dua ayat dengan Tom. Yang lain gua speak in silent. Biarkan mata dan muka gua yang jawap. Berpuisi dalam hati. Menyanyi dalam sepi. Sampaikan, dalam perjalanan balik rumah pun kami berdiam diri. Langsung tak berbual. Kesan air tangan Yasmin Ahmad.

Dan, setiap kali gua tengok wayang dengan Tom di Alamanda, mesti gua dengan Tom yang takkan ketawa bila orang lain ketawa. Dan ketawa bila orang lain diam. Untuk sesetengah kes sahaja. Sarkastik.

" If the moon can linger in daylight, why not sun do it at night?"

Monday, April 06, 2009

Transporter.

Minggu lepas. Hari Rabu untuk lebih tepat. Gua mendapat tugasan. Bukan tugasan biasa-biasa. Kali ini lain sikit. Bukan kerja-kerja menyelenggara mesin, bukan kerja-kerja upkan mesin yang tengah down.

Kali ini, tugasan gua, mudah. Pergi KLIA, jemput salah seorang jurutera Jepun. Gua sangat teruja. Ada dua sebab...err...mungkin lebih.

Satu. Dah lebih setahun gua tak jumpa jurutera Jepun ini. Lama tu. Pulak, perangai memang 'in'. Tak kutuk orang tak sah. Melawak macam kumpulan Sepah. Mahu tak teruja gua.

Dua. Gua dah jadi macam Jason Statham dalam The Transporter. Kena transport orang. Dari point A ke point B. Gua dengan Frank Martin tu bagaikan pinang dibelah dua. Sama. Bergaya. Suka pakai suit hitam, kecuali gua dah berubah hati dengan warna kegemaran sekarang ini.

Tough pun tough. Tangkas, bijak, licik, semualah. Cuma dia botak dan gua berambut panjang. Dan kami memandu kereta buatan Eropah. Warna hitam. Cap je lain.

Tiga. KLIA. Gua sangat suka ke KLIA. Dengan bersebab. Gua suka tengok orang macam-macam. Dari segala benua. Benua Afrika, Eropah, Amerika, Asia, Asia Barat. Macam-macam warna ada. Fesyen. Kasut, seluar, baju. Ada yang macam balik haji, macam artis Amerika nak pergi anugerah Academy, ada yang rileks-rileks. Macam-macam. Seronok gua.

Dan yang paling penting, perangai orang. Memang senorok dapat observe perangai orang. Mana yang educated, mana yang selamba, mana yang manjang nak control ayu. Kalau parking KLIA ini murah macam pergi main badminton kat Subang punya court, 50 sen sekali masuk, memang setiap malam gua tenangkan perasaan kat KLIA.

Sambil gua tunggu jurutera Jepun sampai, gua sandar pada tiang hadapan dengan Dewan Ketibaan. Dengan kaki sebelah kanan gua tapakkan sekali pada tiang yang sama. Sambil baca Art of War, sambil tengok orang lalu lalang. Bergaya. Macam Takuya Kimura pun ada.

"Excuse me. I think i do know you." tegur seorang gadis. Muka biasa biasa tapi comel. Dressing pun rileks-rileks. Basic tee dengan jeans dengan All Star. Sandang Deuter bersaiz sederhana.

"Hmm...really? I dont think so. I am not an actor or something. How can you know me? Salah orang kot."

"Err....I know that eyes, with half covered. Just curious. Bukan awak ke yang gambar muka half covered dengan CD The Cure? Somewhere in blog or something."

"Hmm..yes I am."

"See. I told ya"

Lepas borak lebih kurang, kenalkan diri lebih kurang. Dia beredar. Wanna catch the bus katanya. Dan name card dia berserta no telefon kat tangan gua.

[,]

Dalam perjalanan untuk ke Ampang, gua buang name card itu. Mungkin perangkap. Well, I am on the job. Transporter, remember?

Sampai rumah, menyesal. Entah apa gua fikir gua fikir pun gua tak tahu.

Thursday, April 02, 2009

Penjelmaan semula.

Minggu lepas. Hujung minggu lepas sebenarnya. Gua bercadang untuk melawat bengkel kereta. Kereta gua agak sakit.

Perjalanan yang akan gua lalui agak berliku. Ok, gua tipu. Tak-lah berliku sangat sebenarnya, cuma perlu buat U-turn dikala traffic sibuk macam jalan dari Tanjung Agas nak ke seberang jambatan Sultan Sultan Ibrahim. Sibuk macam Tol Sunway. Ok, gua tipu lagi.

Dek gua baru bangun tidur, gua perlu singgah ke Petronas. Kedai Mesra Petronas lebih tepat. Pekena Nescaffe dalam tin. Baru segar mata gua memandu serta fokus yang penuh.

Dengan pantas, gua berjalan masuk Kedai Mesra. Terus ke peti sejuk. Cari rak yang terletak Nescaffe dalam tin yang gua idamkan.

[,]

"Ini je bang?" tanya si penjaga kaunter.

"Yup" sambil gua tunduk. Bukan sebab gua malu. Tapi silau pancaran cahaya daripada arah luar. Sambil tangan kanan gua seluk poket belakang seluar gua.

"Dua ringgit je bang."

Itu jam, baru gua tenung muka penjaga kaunter. Lantas, dalam hati gua, Oh My God!

Macam dalam komik Jepun. Atau Anime. Atau filem-filem Hong Kong Stephen Chow. Keadaan kaku seketika (sekali lagi). Atau dalam mode slow-mo.

Muka penjaga kaunter itu terang dan berseri-seri sambil senyum. Menampakkan barisan gigi yang putih teratur. Rantai emas dengan lambang salib bersinar-sinar. Tambah sinar dengan dada putih gebu separuh terbuka. Latar belakang bercahaya, ada kelipan-kelipan yang datang entah dari mana. Macam labuchi kena cahaya.

Tiba-tiba ada angin sepoi-sepoi bahasa. Tiup ke arah muka penjaga kaunter. Rambut lurus yang jatuh didahi terusik sedikit dek tiupan angin.

Gua. Terpana. Kaku. Sekali lagi. Not RM 5 gua pegang tak terlepas walaupun tangan si penjaga kaunter juga pada not RM 5. Sedikit bersentuhan.

Macam magnet. Melekat. Melekat sambil mengalirkan kuasa. Kuasa yang bawa gua terbang. Gua rasa melayang. Melayang ke angkasa melepasi bumbung Kedai Mesra. Terbang melayang sambil berpimpinan tangan memerhati segala tindak tanduk manusia dari celah awan. Sambil burung-burung terbang riang mengiringi terbangan kami.

Sambil terbang sambil gua bacakan puisi indah daripada penyair-penyair agung. Dan sedikit pengolahan dari gua sendiri. Sambil gua nyanyikan lagu romantis eternity gua. I Dont Wanna Miss A Thing. Atau mungkin Gelombang Cinta dari Butterfingers. Indah. Terbang sambil berpuisi. Terbang sambil menyanyi riang.

"Errr...bang" tegur gadis penjaga kaunter dengan sedikit loghat Sabah mungkin.

"Eh. Sori." gua tersipu malu. Malu dengan tindakan gua.

"Kenapa? Ada yang tak kena dengan muka saya ke?"

"Tak ada apa. Cuma muka awak macam member saya."

Kalau gua sebut muka awak macam Budak Comel daripada Kampung Melayu sekalipun, bukannya dia kenal.

"Owh.." sambil buat gaya untuk melayan pelanggan seterusnya.

Perbualan kami tamat di situ. Full stop.

Mungkin akan ada kali kedua. Mungkin tidak. Mungkin ada. Mungkin tidak.

Gua belalu dari Kedai Mesra sambil tersenyum dan geleng kepala. Penjelmaan semula.

Wednesday, April 01, 2009

What happen next?

Sekarang. Gua terasa macam dalam filem. Filem-filem Amerika. Yang moden-moden. Satu scene yang mana gua seorang saja yang statik. Sekeliling gua bergerak pantas. Meninggalkan gua seorang diri. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.

Tika ini. Jam ini. Gua seorang yang duduk pegun. Orang sekeliling gua bergerak. Berbual. Bising. Sekejap-sekejap, bangun. Pergi printer. Print dokumen itu dan ini. Ada yang sekejap-sekejap, angkat telefon. Bincang itu ini. Ada yang menghadap komputer. Sekejap-sekejap, klik file itu ini. Sibuk. Macam pasar borong Selangor waktu peak hour.

Gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.

[,]

Dua malam lepas. Gua dapat teks mesej daripada adik gua. "Bo...wa accident. Tapi wa ok."

Gua tak tahu nak buat apa. Terkejut. Macam nak luruh jantung gua. Bila gua baca balik, sedikit lega bila gua nampak perkataan 'OK'. Gua call. Dia cakap dia terlanggar tiang batu shopping mall semasa turun untuk keluar. Brek tak berfungsi. Radiator pecah, bumper depan pecah, bonet depan kemek. Gua tepuk dahi. Tak tahu nak buat reaksi macam mana.

Gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.

[,]

Semalam. Kereta hitam gua pula buat hal. Itu jam, gua berhenti sarapan pagi belakang pejabat gua. Bila masa gua gerak nak gerak ke pejabat, kereta hitam gua tak mahu hidup. Pusing kunci berkali-kali pun sama. Macam mesin rumput habis minyak. Tapi bila gua mengerling kearah meter minyak gua, penuh. Pelik gua.

Gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.

Sekarang. Keadaan masih sama. Semua orang keliling gua sibuk bergerak. Dan gua. Duduk diam. Termangu. Pegun. Statik. Hopeless.

So, what happen next?! gua menjerit dalam hati dengan gaya Ein Second Combat.