Tuesday, April 28, 2009

Siapa kata rock bawa elemen negatif?

Malam tadi. Sebelum gua tidur. Gua serahkan keputusan gua samada nak ke pejabat atau tidak pada hari ini. Pagi ini. Bergantung kepada keadaan badan gua.

Ternyata, panadol soluble dan juga minyak urut Wak Dakam itu mujarab. Sudahnya, gua tak jadi MC ini hari.

[,]

Dua hari ini bos besar gua memang tiada di pejabat. Seorang cuti, seorang lagi ke Philipines. Urusan pejabat. Kiranya, kalau gua MC sekalipun, tak ada orang nak persoal. Rileks-rileks.

Dari pagi, gua cari Data Recovery punya software. PC gua belum baik demam. Segala dokumen gua masih tak boleh gua retrieve, walau pun bila gua search, ada lagi. Belum terdelete. Macam celaka.

Masuk lepas makan tengah hari, gua mula rasa bosan. Bila gua cuba retrieve segala dokumen gua, tak juga dapat-dapat. Bosan gua dah bercampur hangin. Rasa macam nak penyepak PC gua ni pun ada. Gua ambil keputusan untuk biarkan dulu. Nanti-nanti gua hantar mana-mana kedai komputer, ok la kot.

Gua buka laman web untuk video sedunia. Setelah bosan dengan laman web-penjualan-barang-walau-duit-satu-sen-zaman jepun.

Rayau punya rayau, gua teringat nak cari video-video idola gua. SEARCH. Mula-mula gua layan Fantasia Bulan Madu secara akustik. Part Kid goreng solo, gua dah meremang tahap 3. Lepas itu, gua beralih arah ke konsert 2004. Gua tengok Amy dengan singlet, dengan All-Star, dengan tindik kat kening gua dah macam nak melompat dari kerusi.

Makin lama, gua makin naik hantu. Gua pergi lebih dalam. Gua jumpa Konsert Selepas Banjir. Konsert yang gua turun. Makin gua layan, makin gua meremang. Kali ini, gua siap tutup-tutup mata. Sambil geleng-geleng kepala, tarik 'feel' orang kata. Layan lagu Pelesit Kota. Meremang gua dah meningkat tahap 9.

Tengah gua layan, tiba-tiba bahu gua kena tepuk. Mana gua nak dengar apa-apa. Telinga gua sumbat guna earphone. Baru true. Dah alang-alang bos tak ada.

"What are you doing Rembo-san?" tanya bos Jepun gua sambil muka kemerah-merahan. Gua tak tahu merah panas atau merah tahan marah.

"Errr...he he he...feeling bos. This band possess me. Malaysian rock band." gua dah separuh mati takut.

"Rock band? What kind of rock band?"

"Hmmm...they play like Loudness. You know Loudness? Rock band from Japan?"

"Ah so."

"Yup." jawap gua ringkas dan meyakinkan.

Bos gua berlalu sambil senyum-senyum.

Gua andaikan Loudness menyelamatkan gua. Dan bila gua fikir balik, muzik rock menyelamatkan gua sebenarnya. Selamatkan gua daripada malu dan juga dibuang kerja.

3 comments:

Rajuna said...

minyak wak dakam memang rules!
penenang badan ketika badan lenguh-lenguh di ibu kota. tukang-tukang urut kebanyakan datang dari senggarang, kota tinggi dan ulu klang.

Rembo said...

juna - owh. gua tak tau itu? wak dakam tu dak senggarang eh?

Anonymous said...

Umah Wak Dakam kat Medan la bro