Sejak akhir-akhir ini, jiwa rebel gua memang agak sentimental. Jiwa gua penuh dengan warna-warna pastel. Warna-warna asas yang melambangkan keganasan, pemberontakan gua separuh lenyap. Silap-silap gua tengok anak kucing mengiau cari emak dia pun gua boleh tersentuh.
Gua tak tahu apa puncanya. Tapi, life cycle itu gua pasti.
[,]
Sabtu lepas. Gua baru bangun tengah hari. Bersiap nak pergi kerja. Telefon putih gua berbunyi. Ayat pertama yang gua dengar;
"Anyah ile nak alik?" pelat suara kecil berfrekuensi tinggi daripada anak buah gua. Eika.
"Err...nanti Pak Ngah balik la."
"Ile? etang ni ke?"
"Bukan la petang nanti. Hujung bulan la."
"Ujung ulan ile?"
Gua dah separuh bingung nak jawap apa. Budak Eika ini bukan boleh buat berjanji. Nanti dia tuntut macam Sales Engineer gua chase payment daripada customer.
"Hmmm...akak pergi sekolah dulu, nanti bila mama dengan ayah cuti, Pak Ngah balik. Ok?"
"Ok!" separuh gembira.
"Ni ha, si Eika ni, baru baik demam. Pastu asyik tanya bila kamu nak balik. Rindu la tu kot." telefon bertukar tangan dari Eika ke emak gua.
"La..padan la pun. Nanti la. Hujung bulan kang la Angah balik."
"Ha yelah. Baik-baik."
Jiwa gua dah tak tenteram. Sayu. Ikut hati gua, mahu saja gua lari terus ke kampung. Kalau gua ada kebolehan berlari tanpa penat. Macam Daphne Millbrook.
[,]
Ahad. Gua bagi hadiah untuk diri gua sendiri dengan menonton wayang. Setelah berpenat lelah bekerja. Gua pilih Talentime. Bukan Fast And Furious. Sebab gua sangat pasti, air tangan Yasmin Ahmad tak akan mengecewakan gua.
Sudahnya, sepanjang filem berjalan, gua hanya cakap dua ayat dengan Tom. Yang lain gua speak in silent. Biarkan mata dan muka gua yang jawap. Berpuisi dalam hati. Menyanyi dalam sepi. Sampaikan, dalam perjalanan balik rumah pun kami berdiam diri. Langsung tak berbual. Kesan air tangan Yasmin Ahmad.
Dan, setiap kali gua tengok wayang dengan Tom di Alamanda, mesti gua dengan Tom yang takkan ketawa bila orang lain ketawa. Dan ketawa bila orang lain diam. Untuk sesetengah kes sahaja. Sarkastik.
" If the moon can linger in daylight, why not sun do it at night?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
aku pon rindu nak balik kg....
tp ko lagi best sebab ade ieka yang nak anyah die balik......
koi syak dah kena kawen ni..
tul kata alif. ko kawen ler cepat3 bro.
gua sebulan 2 kali balik KP.
baru tenteram jiwa.
Tengok wayang kat Alamanda tak gegar aku. Blah lu Bo...blah la...blah la...
ajee - tapi kau ada parent lagi kan? he he he
alif - kawen? ha ha ha
ilazz - hah ni pun tak habeh2 kawen. ingat idup ni untuk kawen je ke? ha ha ha
ji - aman ke kat chaos KP tu? ha? ha?
ami - err..salah orang ke? ha ha ha
komen tadi tak appear. anyway, dah tgk Talentime gak :) jom, second round tengok.hehe
aku ajak awek opis aku nengok talentime derang tak nak...
alasan: tak nak tgk wayang pakai baju kurung. apekehenye pakai baju kurung x bule tengok wayang ke?
kalo taknak tengok tu cakap je la taknak kan?
lu pon bo, tak gegar aku gak. ape le sangat 5 minit ke rumah aku tu..
Post a Comment