Friday, April 24, 2009

Gua memang tak suka sangat beli hadiah.

Yeay! Malam ini. Malam Sabtu. Malam cuti. Dan tiada apa yang dirancang malam ini. Free. Err...maksud gua malam yang membawa ke pagi.

Biasanya, malam cuti macam ni gua penuhi dengan aktiviti melukis sesuatu. Untuk bekalan masa depan. Bekalan yang serius. Bukan main-main. Projek besar.

Tapi, sudah dua tiga kali malam Sabtu atau malam Ahad gua buat benda lain. Selain melukis sesuatu untuk projek masa depan.

Sibuk dengan crop gambar, ambil ngam-ngam dari dada keatas. Klik sana sini. New layer-lah, pallette-lah, Pen Tool-lah, Make Selection-lah. Macam-macam gua godeh. Untuk tukarkan gambar potret kepada rupa komik.

Siang pula, gua sibuk cari barang-barang. Gam, kertas tebal, kertas warna-warni, pen warna, frame gambar, kotak itu, pensil ini. Macam-macam.

Sudahnya, Ahad lepas, satu gambar potret gua tukarkan kepada bentuk ke arah komik. Gua photo print bersaiz A4, letak dalam frame berlatar belakangkan hitam. Baru 'naik' gambar komik gua.

Balut dalam kotak cantik-cantik, selit satu kad. Gambar robot gua lukis, latar belakang ada bangunan. Robot wish Happy Birthday. Huruf 'Happy Birthday' tu gua potong dari majalah. Satu-satu.

Siap satu hadiah hari lahir. 120% d.i.y. Kecuali frame yang gua beli kan kedai gambar.

Menjelang hari Selasa. Gua dapat satu teks, eh, YM,

"You are so sweet."

"Really? I know, I know." jawap gua.

5 comments:

frH said...

erm. aku pn ada 1 .. ;)
.
.
.
.
.
hari selasa? kau bg hadiah kat bapak aku ke? befday bapak gua pn selasa. mentang2 bapak aku duduk dekat umah kau ...

Rajuna said...

ow i cant imagine hw fast yr heart beating dude

uwch!

ainfazrin said...

rambo, bday aku next month. mesti sempat punya ko nak siapkan satu. haha.

KARKADEWA said...

suuweeettt giiiiillleeeee....
haha...

Rembo said...

frh -rahsia.

juna - eh, tak adalah. ha ha ha

ain - err...err..

dewa - ha ha ha i know i know