Gua tengah hilang punca. Hilang mood. Hilang akal. Sedikit. Sekejap lagi nanti hilang mata pencarian pulak. Macam celaka.
Gua baru habis meeting. Pembentangan satu idea baru oleh MD gua untuk menjana duit perolehan lebih daripada Service Engineer.
Bagi gua. Kedudukan gua. Keadaan kumpulan gua. Idea ini gagal. No win-win situation.
Dan idea ini, ia bakal menjadikan manusia dalam syarikat gua tamak. Tamak dengan duit. Tamak dengan nama. Dua benda atau perkara yang setiap manusia inginkan. Mati-mati pun nak dua benda ini.
Gua. Hardcore. Idealogi-idealogi masih lagi utuh gua pegang. Unite, Equality dan Anti-Racist. 3 perkara yang kuat bersarang dalam hati gua. Dan idea MD gua ini akan menghalang atau bertentangan dengan idealogi yang bersarang dalam diri gua.
Macam gua cakap, no win-win situation.
[,]
Sekarang, gua sudah rasa macam tawar hati. Macam suami dah tawar hati dengan isteri. Sebab gua tahu, melalui idea baru ini, gua tak boleh blah. Team gua tak boleh survive. Lain la kalau ada cerita lain.
Macam gua cakap dulu-dulu, kejatuhan ekonomi buat semua orang jadi gila. Dan andai kejatuhan ekonomi ini adalah objek hidup, pasti gua tangkap dan sumbat dalam ISA. Mengganggu ketenteraman awam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ni apa carut2 nih? dosa tauu. nnti masuk nuraka ngkauu..:P rileks la bro. bawak2 semayang mlm. kompem jiwa tenang.
Gua henggat PPYapong je yg hilang punca...
:p
jangan le carut... adeh~
uit??? nape ne??
rasanya dalam dunia kini, ayat tu bukan mencarut tapi satu istilah untuk situasi "yang gagal, kantoi ataupun salah buat plan".
rasanya semua company hampir sama situasi macam nie. zaman "defrag cluters". hehe
thanks mojojiwa kerana menjawap. ha ha ha
Post a Comment