Thursday, April 02, 2009

Penjelmaan semula.

Minggu lepas. Hujung minggu lepas sebenarnya. Gua bercadang untuk melawat bengkel kereta. Kereta gua agak sakit.

Perjalanan yang akan gua lalui agak berliku. Ok, gua tipu. Tak-lah berliku sangat sebenarnya, cuma perlu buat U-turn dikala traffic sibuk macam jalan dari Tanjung Agas nak ke seberang jambatan Sultan Sultan Ibrahim. Sibuk macam Tol Sunway. Ok, gua tipu lagi.

Dek gua baru bangun tidur, gua perlu singgah ke Petronas. Kedai Mesra Petronas lebih tepat. Pekena Nescaffe dalam tin. Baru segar mata gua memandu serta fokus yang penuh.

Dengan pantas, gua berjalan masuk Kedai Mesra. Terus ke peti sejuk. Cari rak yang terletak Nescaffe dalam tin yang gua idamkan.

[,]

"Ini je bang?" tanya si penjaga kaunter.

"Yup" sambil gua tunduk. Bukan sebab gua malu. Tapi silau pancaran cahaya daripada arah luar. Sambil tangan kanan gua seluk poket belakang seluar gua.

"Dua ringgit je bang."

Itu jam, baru gua tenung muka penjaga kaunter. Lantas, dalam hati gua, Oh My God!

Macam dalam komik Jepun. Atau Anime. Atau filem-filem Hong Kong Stephen Chow. Keadaan kaku seketika (sekali lagi). Atau dalam mode slow-mo.

Muka penjaga kaunter itu terang dan berseri-seri sambil senyum. Menampakkan barisan gigi yang putih teratur. Rantai emas dengan lambang salib bersinar-sinar. Tambah sinar dengan dada putih gebu separuh terbuka. Latar belakang bercahaya, ada kelipan-kelipan yang datang entah dari mana. Macam labuchi kena cahaya.

Tiba-tiba ada angin sepoi-sepoi bahasa. Tiup ke arah muka penjaga kaunter. Rambut lurus yang jatuh didahi terusik sedikit dek tiupan angin.

Gua. Terpana. Kaku. Sekali lagi. Not RM 5 gua pegang tak terlepas walaupun tangan si penjaga kaunter juga pada not RM 5. Sedikit bersentuhan.

Macam magnet. Melekat. Melekat sambil mengalirkan kuasa. Kuasa yang bawa gua terbang. Gua rasa melayang. Melayang ke angkasa melepasi bumbung Kedai Mesra. Terbang melayang sambil berpimpinan tangan memerhati segala tindak tanduk manusia dari celah awan. Sambil burung-burung terbang riang mengiringi terbangan kami.

Sambil terbang sambil gua bacakan puisi indah daripada penyair-penyair agung. Dan sedikit pengolahan dari gua sendiri. Sambil gua nyanyikan lagu romantis eternity gua. I Dont Wanna Miss A Thing. Atau mungkin Gelombang Cinta dari Butterfingers. Indah. Terbang sambil berpuisi. Terbang sambil menyanyi riang.

"Errr...bang" tegur gadis penjaga kaunter dengan sedikit loghat Sabah mungkin.

"Eh. Sori." gua tersipu malu. Malu dengan tindakan gua.

"Kenapa? Ada yang tak kena dengan muka saya ke?"

"Tak ada apa. Cuma muka awak macam member saya."

Kalau gua sebut muka awak macam Budak Comel daripada Kampung Melayu sekalipun, bukannya dia kenal.

"Owh.." sambil buat gaya untuk melayan pelanggan seterusnya.

Perbualan kami tamat di situ. Full stop.

Mungkin akan ada kali kedua. Mungkin tidak. Mungkin ada. Mungkin tidak.

Gua belalu dari Kedai Mesra sambil tersenyum dan geleng kepala. Penjelmaan semula.

14 comments:

iyan said...

lu lainkali tido cuci kaki...
takde la mengigau mcm nih...

ainfazrin said...

aku senyum sambil angguk.

ko ni boleh tahan romantik tuuuuuuuu. takpelah, mesti ada 'angel comel' yang menjelma utk ko nnt. lagi mesra dan comel drpd budak comel kg melayu tu. :)

ciKenit said...

hehe.
rembo ni macam2 la.
:)

selamat mengurat...
caiyok, caiyok!!

j or ji said...

beli air tin kat kedai runcit biasa.jgn support sangat stesen minyak ni...

hehe

Anonymous said...

phew!!! mcm dlm tb. kira jodoh ke pe ni? berani jom ah return..hehe bagitau gua kedai mesra mane pn ok

i'm the girL said...

aku suke...
macam love at first sight je...
chaiyok rambo........

ophy said...

=)

mariati83 said...

bo, ko layan wonderpet lg bagus...

mynncinonet said...

mls bace pjg sgt!!! haha...
nk pekse da, penin pale bace law lg byk2.. petua nenek..

Rambo said...

iyan - hoi! ini bukan ngigau la. ha ha ha

ain - i know, i know. he he he

ciki - tak ngurat kot. tgk je.

ji - kedai biasa lagi susah nak smpi dari petronas. camno tu jang?

anon - how can i know thats my jodoh. I am not a God.

arjee - err..tak tak. jangan risau.

ophy - ape senyum2? he he he

mariati - wht the...?

mynn - haip. jgn malas2!

alif-mikail said...

aok mimpi basah ke? gaga

iyan said...

lu jaga2 rem...
MU da ada secret weapon...
gua harap kita dapat bertemu di separuh akhir liga juara-juara..
tunggu.....

Rambo said...

alif - eh, mana ada gua serita pasal mimpi ni.

iyan - menang nasib pun kecoh. ha ha ha

Rambo said...
This comment has been removed by the author.