Pagi semalam. Sedang enak gua sarapan kek batik sekeras kerikil dengan air suam, gua dengar satu ringtone pelik. Yang datangnya entah dari mana. Gua malas ambil port sebab hati sedikit panas sebab gula kat dapur habis. Penat gua masak air. Tak dapat nak high dengan kopi cap Kapal Api pagi-pagi.
[,]
Balik kerja. Gua ingat nak jogging, tapi hujan lebat. Lantas gua batalkan niat, lalu ke dapur.
Gula sekampit gua tuang perlahan-lahan dalam telap. Kopi yang tadinya panas sudah beransur suam dek lambat sangat gua tunggu gula ni sampai.
"Lu dah dengar cerita gua kena pukau?" Tom (bukan nama sebenar) sapa gua dari belakang.
Sikit lagi nak berterabur gula atas lantai dek terkejutnya gua.
"What the...lu kena? Kat mana?"
"Alliance bank depan IOI Mall." jawapnya ringkas. "Dengan mat Indo." sambungnya lagi.
"Biar betul dude?! Mende-mende antara dua negara ni jangan buat main. Pergolakkan baru nak sejuk ni."
"Betul la Bo. Gua tak tipu. Ni ha bukti!" sambil-sambil angkat telefon Nokia N95 8GB China.
"Ini serius. Macam mana boleh kena?" gua cakap sambil menghala ke sofa skinny warna coklat sambil kacau kopi cap Kapal Api. Bagi sebati gula dengan kopi.
"Entah, gua tak ingat apa-apa beb! Yang gua ingat, mula-mula ada mamat tepuk bahu gua sambil tunjuk telefon Nokia N95 8GB China ini." sambil buat gaya mamat pemukau. "Lepas itu, gua follow dia pergi lorong belakang."
Sluuurrrppp...kopi cap Kapal Api gua hirup perlahan. Berkerut-kerut dahi gua layan stim kopi.
"Pastu?"
"Gua hulur N81 gua, siap buka cover belakang, keluarkan sim kad, masukkan ke N95 China ni. Gua sedar, tapi macam tak sedar."
"Lagi apa lu kena?"
"Gua seluk poket belakang, keluarkan dompet. Siap gua sua kan muka dompet gua suruh mamat tu ambil duit. Ada lah dalam RM35. Dengan beg-beg kerja gua sekali gua bukak kan untuk mamat tu."
"Perggghh...nasib baik gaji lu belum keluar. Kalau tak..."
"Itu la pasal. Sangat nasib baik. Lagi satu nasib baik, keperawanan gua sekali terselamat. Perrrgghh...buat gua kena 'sodom' petang tu, bukan gua sedar pun."
"Habis tu, memang lu tak ingat apa-apa?"
"Langsung tak ingat beb. Muka mamat tu pun gua tak ingat. Kabur je. Yang gua ingat, mulut dia bau beer." terbuntang-buntang mata Tom explain kat gua.
"Beer apa? Ha...ha...ha..."
"Cap dua kapak kot. Ha..ha..ha.."
"Naib baik la tak ada apa sangat. Tak boleh buat apa la dude. Eh, tapi ok la dude, kira macam lu trade in lu punya N81 la, tambah RM 35, lu dapat N95 8GB. China punya pun, China la. Bukan orang tahu pun dari jauh."
"Haah. Cara kepala bana lu! Cuma boleh buat call dengan sms. Wi-fi ke, bluetooth ke, music player ke, video player ke, senang cakap semua option tu tak leh guna. Cara mende gini!. Nasib baik gua jumpa option untuk alarm. Itu pun lepas beberapa ketika gua godek-godek."
"Ha..ha..ha.."senak perut gua ketawa berdekah-dekah."Haih...tak boleh buat apa la dude!"
"Itu la pasal, gua nak return pun tak boleh. Muka dia, baju, seluar dia langsung gua tak cam. Tapi memang dia attack orang baru lepas keluar duit la eh?"
"Tau tak apa." Balas gua sambil habiskan hirupan terakhir kopi cap Kapal Api sebagai minum petang gua semalam.
[,]
Petang semalam, gua baru sedar. Bunyi ringtone pelik pagi semalam itu datangnya dari Nokia N95 8GB China Tom. Padan la pelik bunyinya, China punya.
Please take note. Sila berhati-hati di kawasan ini. Jangan nasi dah bertukar menjadi bubur baru nak sedih-sedih. Jangan bila keranda diusung, baru bercucuran air mata. Perghh... dah macam komik Dewata Raya dah gua.
Poor Tom.
Wednesday, September 30, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Teringat.
Tadi. Lepas gua baca entri member gua ni, baru gua sedar sesuatu. Minggu lepas, hari Ahad, jam 7.45 minit pagi, gua lupa niat mandi sunat Aidilfitri time gua mandi hendak pergi sembahyang raya.
Sebaliknya, gua ingat-ingat balik, itu jam gua tengah fikir betapa bergayanya baju melayu hitam gua dengan kain sampin Motif Tiga Dara daripada pengeluar kain pelekat terkenal cap Wadimor.

Monday, September 28, 2009
Berat hati.
Dari semalam gua berkira-kira waktu yang paling sesuai untuk pulang ke kotaraya. Mula-mula gua budget hendak gerak lepas Zuhur. Gua postpone lagi lepas Asar pulak.
Sekarang dah lepas Asar, gua masih lagi menaip dekat kafe eksklusif Parit Raja. Apa hal berat sangat hati gua nak balik ke kota ni?
Cilakak.

Friday, September 25, 2009
Thursday, September 17, 2009
Macam biasa.
Kebanyakan orang mula dah cuti. Yang selamat sampai kampung tengah meriah buat ketupat la, cari lemang la, daun pisang la, perah santan la, kupas kentang, potong tempe, cuci daging, cabut bulu ayam, perah santan.
Ada juga yang tengah cat rumah, basuh lantai rumah, cuci tingkap, buang sawang, bersihkan kipas, lap mentol lampu, lap kerusi meja, menyapu lantai, mop lantai, tukar air akuarium, susun kasut, tukar sarung sofa, tukar lap kaki, tukar langsir baju, macam-macam kerja nak kena setelkan.
Ini jam biasanya kat dapur dah tersusun air Sarsi, Marinda pelbagai warna, 7-Up, Coke perbagai perisa, Aiskrim Soda, F&N, Root Beer, oren bodoh, macam-macam.
Kuih pula macam-macam dalam balang. Mama Carrie, Almond London, Tempeyek, Tumpi, kerepek ubi perisa kari, kuih sepit, bahulu gulung, tat nenas, sarang semut, Cornflake Madu, batang buruk, dah la. Malas gua nak senaraikan.
Pagi tadi gua macam tak percaya Tol Sunway tak ada orang. Gua ambil masa 5 mint sahaja untuk lepas dari kawasan ngeri itu.
Sekarang, gua rasa macam rugi pula tak cuti esok. Bedebah!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Cheers!

Wednesday, September 16, 2009
Ini entri marah!!
Ok. Here's the deal!
Awal bulan ini, lepas gua dapat segala bapak bil. Dari bil Maxis sampai ke bil Maybank, gua dah tolak sana, tolak sini, campur, darap, bahagi segala persiapan, segala perbelanjaan, gua budget, sumber kewangan gua memang ngam ngam sampai hari Khamis atau paling lama, hari Jumaat minggu sebelum raya.
Sebelum itu, gua memang dah berhempas pulas, membanting tulang, berputus urat settle-kan claim report sebelum due date, dengan harapan serta ikut date serta ikut handbook, sebelum Raya a.k.a minggu ini akan masuk segala claim gua bulan lepas.
Tapi, pagi tadi, gua masuk pejabat, saing-saing dengan accountant gua. Ringan mulut tanya pasal claim. Dia bagitau, big boss belum return check lagi. Itu jam, hati gua membara macam....err...membara la!
Come on, itu kerja kau. Pergi la tanya big boss. Kalau ikutkan, memang gua nak pergi tanya terus big boss. Ambilkan check, bagi dekat lu, tatang lu, dudukkan sebelah seat kereta gua, gua pecut terus ke Maybank dekat SS15 tu. Tapi, nanti apa kata orang lain terhadap lu pulak.
Kau tak tahu ke orang lain ada komitmen hujung minggu ini. Bukan benda kecik-kecik ni. Orang nak beraya ni tau tak. Kalau tak dapat balik macam mana?
Tu, ramai komposer-komposer buat lagu-lagu jadi hit dari benda-benda gini la. Tak dapat balik raya punya pasal.
Lu tak concern, lu bikin hati gua panaaaasss.
Potong stim betul la. Mana gua nak bagi duit raya dekat Si Adam dan Eika dengan Aniq tu, tak kira lagi budak-budak datang marhaban malam raya pertama kang, mana gua nak belikan barang-barang dapur mak gua buat masak-masak bee hun ke, kuew tiau ke, buat hidang sedara mara datang. Belum kira berapa jauh gua nak kena beraya. Perrrghhh....banyak tu.
Nasib baik pagi tadi gua tak tumbuk perut lu terus. Atau, terajang pintu kereta Proton Saga warna silver lu, atau swing kayu golf tepat ke cermin kereta. Dengan erti kata lain, gua masih waras.
Sabar Bo, sabar.
Macam nak isi borang SPA pun ada sekarang ni gua punya perasaan ini jam.

Tuesday, September 15, 2009
Dimensi penukar watak.
Tahun lepas. Waktu balik raya, gua dengan Tom bangun tidur, siap-siap, warm-up kereta, pulang. Settle. Dengan tak service keretanya, selamba balik. Hasilnya, kereta hitam gua kuat meragam tahun ini.
Tahun ini tidak lagi. Awal -awal lagi gua dah settle service kereta. Tukar minyak enjin, oil filter, air filter, diagnos sikit. Baru terangkat! Semalam pula, gua hantar buat alignment. Bagi ketat sikit time masuk selekoh.
Sepanjang penglibatan gua dalam arena lepak ke workshop atau kedai tayar, gua dapati identiti gua yang lain akan muncul. Identiti yang tak tentu. Kadang-kadang sopan, kadang-kadang ego, kadang-kadang cold heart. Secara automatik untuk menyesuaikan keadaan.
Time gua pergi workshop Sabtu lepas. Gua berbual dengan seorang brader-brader kaki golf. Gua tau dia kaki main golf sebab, bila boring, dia buat-buat gaya swing kayu golf. Budaya pemain golf.
Dah, secara tiba-tiba, gua berbual pasal birdie, O.B, bunker, Templer park la, Kinrara punya padang golf la. Padahal haram gua tak pernah turun course. Ada sebatang kayu tu pun letak dalam kereta sebagai alat mempertahankan diri.
Semalam, brader brader business man bahagian advertisement lepak dengan gua time gua hantar kereta buat alignment. Semena-mena gua cakap gua suka dengan kereta BMW 7 series dia. Semuanya baik baik belaka.
Dengan ini gua isytiharkan bengkel atau kedai tayar sebenarnya adalah sebuah dimensi untuk penukar perwatakan diri.
*Satu masa dulu AKAB ada tulis pasal mesin penukar watak.

Friday, September 11, 2009
1 friend request.
Jumaat. Sememangnya hari ini dah macam pre-weekend. Buat kerja pun lemau. Walaupun tak ada kerja sangat. Jadinya, pagi-pagi lagi gua dah buat 'kerja' lazim gua. Check email, buka Facebook, merayap dalam bloghospera, blog hopping, dan banyak lagi.
Biasanya, bila sekali gua dah buka Facebook atau blogspot, gua akan tinggal dia. Biarkan minimize. Duduk diam-diam dalam taskbar. Dalam 5 minit sekali, gua akan refresh.
Biasanya, akan ada kawan-kawan yang murah hati bagi hadiah untuk Mafia Wars la, bagi beer la, bunga la, bagi kuih raya la, kad raya la, komen kat status la, update status guna lirik lagu la, cabar main bola la, upload profile picture la, semua tu kena layankan. Kalau tak orang akan cakap sombong.
10 minit yang lalu, macam biasa, gua klik button refresh. Ada 1 friend request. Gua pun klik.
Hah, nama Mohd Khairi Zainal yang request nak jadi kawan gua! Apa dah jadi abang gua ni? Tak pernah umur ada akaun sosial network, tetiba ada akaun Facebook.
Maka, akan kantoi la segala kegiatan urban gua di kota ini. Ini mendatangkan bahaya.
Jadinya, otak ligat gua sudah ada idea baik untuk tak bagi abang gua berkecimpung dalam arena Facebook secara serius. Gua nak cakap Facebook ni yang create mamat dari Israel pagi hari raya pertama nanti.
Kalau tak jadi juga, menjelang Hari Raya Haji, gua buat akaun lain.
Settle.

Thursday, September 10, 2009
Gua punya nostalgia Ramadhan [7].
Tahun 1999, itu jam gua tingkatan 5. Tahap brader-brader dah dalam sekolah asrama penuh gua. Lagipun, sekolah gua cuma ada tingkatan 4 dengan 5 sahaja. Itu jam, budak-budak kecik belum ada lagi.
Tambahan, gua salah seorang pelajar tingkatan 5 yang ada geng lebih kurang dalam 18 orang. Geng yang nakal. Kalau ada masalah sahaja, mesti kita orang.
Contohnya, bising dalam perpustakaan, main-main loceng kecemasan time prep, conteng muka junior waktu prep, panggil junior nyanyi lagu Dikir Rambung dalam bilik, merompak biskut dewan makan, menyamar jadi orang lain untuk dapat burger kali kedua time supper, hisap rokok dalam tandas adalah kewajiban! Lagi, cabut tiang lampu taman, curi sekotak kek lapis Apollo dalam koperasi, pecah masuk bilik guru untuk tukar jawapan peperiksaan percubaan peringkat negeri paper Sejarah, gaduh dengan cikgu kaunseling. Feh laa...banyak lagi kerja-kerja amal yang kita orang buat. Tak larat gua nak listkan.
Satu hari itu, hujung minggu. Gua lepak bilik 'port' sambil tunggu waktu buka puasa. Sambil-sambil baca majalah hiburan apa gua tak ingat. Tiba-tiba, datang si Tahah, bawak mercun roket sebungkus. Ini mercun roket yang bunyi time dia pergi tak berapa kuat tapi time meletup boleh tahan.
"Pergh, mana lu dapat?!" gua terus campak majalah bawah katil ZM, terus melompat gaya pesilat-pesilat dari kedudukan baring ke berdiri. Macam dalam TV!
"Adala!" Tahah bangga.
"Jom. Attack aspuri! Bagi gegar sikit." gua bagi cadangan baik punya.
"Ok gak tu." Tahah setuju.
Mercun dah setting dalam botol, darjah kedudukan dah tepat ke salah satu bilik kat aspuri. Lighter tak jadi masalah, perokok true mesti ada lighter!
Swiiiiitttttt....boom!
Dari jauh gua dengan Tahah nampak ada budak perempuan selak langsir. Lantas, gua dengan Tahah buat gaya Mr Universe pose untuk keluarkan otot masing-masing. Lepas tu, gelak macam orang gila. Konon-konon enjoy gila. Dua tiga kali juga kita orang bakar, lepas dia orang selak langsir, kita orang pose.
Sampai ke hari ini gua tak tahu bilik siapa yang kena attack dengan gua dan Tahah. Nanti la gua riki-riki balik. Gua tanya kat Facebook ke. Gua tengok budak-budak perempuan yang baik-baik time sekolah dulu ni pun dah pandai main Farmville!

Tuesday, September 08, 2009
Gua punya nostalgia Ramadhan [6].
Zaman puasa zaman remaja gua, di penuhi dengan puasa di asrama. Mula-mula asrama tak penuh, lepas tu dah bujang bergaya sikit, asrama penuh pula.
Asrama tak penuh gua setakat 25 kilometer daripada rumah. Setiap kali hujung minggu, mesti ada slot berbuka puasa bersama keluarga.
Tapi, asrama penuh gua, jauh beratus kilometer daripada rumah. Nak datang asrama gua ni siap naik kereta api. Siap lari-lari kat rel pindah ke kafe daripada gerabak penumpang. Macam cerita Hindustan. Bas memang tak ada dari Batu Pahat. Ada pun, dari JB. Takkan gua nak buat perangai balik berbuka setiap hujung minggu.
Satu pagi Sabtu, gua baru lepas kemas bilik bersedia untuk spot check hujung minggu. Gua tengah baring-baring atas katil gua yang baru 'string', datang seorang member gua, Apek.
Kat tangan dia ada baldi. Dalam baldi ada 2 botol mineral kosong, 2 pek Maggi, satu pisau 20 sen, ada baju dua tiga helai. Buat tutup barang-barang tersebut. Konon-konon baru lepas basuh baju. Cover line.
"Lu nak masak megi kat bilik gua ke apa ni?" Gua tanya.
"Haah. Selamba?"
"Hotak lu! Bau la nanti. Kecoh satu blok kang." gua separa tengking.
"Rileks. Jangan gelabah. Memang bau kalau guna air panas. Tapi, guna air sejuk tak kan?" Apek bagi keyakinan untuk gua.
"Cakap banyak tak nak, lu pergi isi botol mineral ini dengan air paip. Kalau orang tanya nak buat apa, lu cakap nak basuh tingkap. Gua kat sini, potong botol sebagai wadah untuk megi kita." arah Apek.
Selesai tugasan gua, Apek dengan tenang, masukkan megi yang dah pecah-pecah dalam botol mineral. Tuang bumbu perasa kari atas sekali. Goncang air paip dari botol mineral yang gua ambil kemudian tuang dalam botol mineral yang penuh dengan megi.
"Untuk tunggu dia kembang dan jadikan juadah berbuka kita, gua rasa elok kita kena tido dulu. Petang sikit kang cantik dah tu." cadangan Apek.
"Set!"
[,]
Petang itu, jam 2 petang, di blok Al Khawarizmi, bilik nombor 25, dua orang sahabat berbuka puasa dengan megi air sejuk.
"Sekali-sekala sedap juga makan megi sejuk siang-siang bulan puasa ni kan Bo?'
"Sedap kepala hotak lu!" gua cakap sambil suap megi sejuk dalam mulut dengan airmata penyesalan mengalir.

Mata mengantuk, hati panas.
Hari ini gua tak cukup tidur. Dari pukul 1 pagi, sampai ke subuh, gua hanya golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas. Turun bawah, hisap rokok, minum air, tengok tv. Naik bilik semula golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas. Turun bawah, hisap rokok, minum air tengok tv. Naik bilik semula golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas.Turun bawah, hisap rokok, minum air tengok tv. Naik bilik semula golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas.
Kalau gua sambung sambung perjalanan dari bilik gua, turun naik tangga, ke dapur, lepas tu ke living room, gua rasa dah boleh sampai Sunway Lagoon. Tak kira pergi tandas sekali tu.
Gua hanya berjaya tidur selepas sahur. Dan bangun untuk ke kerja pukul 7.45 pagi. Tidur dalam lebih kurang sejam lebih.
Kesannya. Gua panas kepala, panas mata, panas hati.
Pagi tadi Ah Chong buat-buat lawak nak balik pejabat semula lepas ke customer site lepas lunch ni pun gua rasa nak terajang terbang. Balik tidur terus la, nak balik pejabat semula buat apa?! Sengal ke apa lu ni?!
Tambahan, gua langsung tak tahu menahu ada mesin gua problem hujung minggu lepas kat Keramat. Bertambah-tambah panas hati gua ni! Rasa macam nak resign. Tapi memandangkan bonus hujung tahun tinggal beberapa bulan, gua sabarkan hati.
Settle!

Thursday, September 03, 2009
Nota untuk peguam-peguam.
1.
Encik.
Jangan saman kami dulu. Nanti kami bincang dulu dengan tuan rumah pasal bil Indah Water tu.
Alah...bende kecik je ni. Boleh settle. Tak payah la saman-saman.
2.
Cik.
Jangan saman saya. Rasa-rasa macam tak dapat nak tunai janji berbuka puasa sama ni. Tapi tengok dulu. Kot-kot saya balik kampung hujung minggu ini ke, tapi tak janji.
Kalau tak pun, nantila raya kang kita makan kat warung Jeng Kwan tepi sungai Batu Pahat tu. Dengar cerita nasi ayam dia terbaik.
Alah...bende kecik je ni. Boleh settle.

Tuesday, September 01, 2009
Haih...sekali lagi?
Pagi. Dekat-dekat nak ke Subuh. Dalam pukul 4.30 pagi macam itu. Telefon gua berbunyi. Naik nombor Johor. Gua dah berdebar-debar.
"Hello!" ceria bunyinya.
"Err...hello. Cari siapa?" gua tanya dalam nada paling lemah sekali.
"Kenal tak ni?"
Again? hati gua berkata.
"Siapa?" mulut gua buat-buat tanya.
Ternyata gua memang kenal sangat suara dari hujung talian. Budak Comel Dari Kampung Melayu!
"Kenal ke tak ni?" dia ulang soalan lagi.
"Kenal." suara gua terus buat-buat semakin lemah. Semakin lemah gua dengar ada suara lelaki ramai-ramai kat belakang.
"Ada apa eh?" gua cuba buat-buat steady. Padahal peristiwa-peristiwa manis bermula Aidilfitri tahun lepas berulang kembali.
"Simpan nombor ni eh. Lain-lain tu tak pakai dah." ujarnya sambil giggle.
"Ok. Lagi?"
"Apa yang lagi? Owwhh...jumpa Adek tadi, kat Singgah Selalu ni. Baru dapat u punya nombor, then terus call." terang BCDKM.
U? Ber I-U pula dengan gua?
"Owh ok. Nanti I simpan nombor ni." gua cakap. Macam mengolok pun ada gua rasa.
"Ok lah. Later. Daa..."
"Ok. Bye bye." terus gua tekan butang warna merah cepat-cepat.
Lantas gua pandang kipas siling gua. Tenung dalam-dalam. Setiap kali Ramadhan, mesti lu muncul semula. Jangan nanti time raya ketiga, tahu-tahu lu dah ada depan BP Mall dah.
Ishh....budak ni. Bikin jiwa kacau. Gua sedut lidah tu sekali kang baru tahu!
Lantas esok malamnya, gua layan Kami The Movie. Coincidence?

Subscribe to:
Posts (Atom)