Hari ini gua habis kerja awal. Dalam pukul 3 lebih dah settle. Lepas makan tengah hari, gua start kereta, gua usha jam digital dekat dashboard kereta hitam gua.
"Ahh..awal lagi. Balik pun baca Ayat-Ayat Cinta je kang ni." bisik hati gua.
Tiba-tiba gua teringat nak beli mesin basuh. Dari minggu lepas gua usaha. Manjang tak ada dalam stok je Carrefour Alamanda ni. Itu la, buka kat Putrajaya lagi, memang 'tenang' la. Segala-gala tenang.
45 minit kemudian, gua dah sampai Carrefour Alamanda. Keadaan tenang. Staf-staf kerajaan belum balik kerja. Yang ada ni pun mesti yang rehat tengah hari belum masuk-masuk pejabat lagi.
Sebeleum tuju tempat jual mesin basuh, gua singgah dulu kedai majalah. Ada satu majalah gua nak cari. Gua tengok dekat web bicyclebuysell tu, dengar cerita dah keluar dah majalah Cycle ke apa nama dia. Mana tau nasib gua baik. Boleh gua belajar sikit-sikit dari majalah ni.
Pusing pusing dalam kedai majalah ini tak ada. Gua tak puas hati. Majalah Auto Trader dengan Kereta banyak la. Buat apa. Tak guna untuk gua.
Gua cuba nasib pula dalam MPH. Pusing pusing pun tak ada juga. Sama juga. Yang banyak majalah Auto Trader dengan Top Gear. Padan la Malaysia penuh dengan kereta. Sana sini kereta. Hati gua dah panas sikit-sikit.
Gua terus lupakan majalah, gua terus ke bahagian mesin basuh dalam Carrefour. Tuju mesin basuh yang gua dah usha minggu lepas. Ambil tag dia, tuju terus ke meja perkhidmatan pelanggan. Untung untung ada, esok petang gua terus boleh basuh baju dengan hati yang gembira. Asyik hantar dobi manjang, kecik hati baju baju gua.
Sampai di kaunter perkhidmatan pelanggan, gua terus tanya brader rambut pacak. Memang gua confirm brader ini person in charge. Tengok gaya dah tahu dah.
"Stok ini belum sampai lagi la bro. Semalam yang sampai pun LG. Toshiba esok kot sampai." terang brader rambut pacak.
"LG je? Tapi, minggu lepas brader sorang lagi tu cakap hari ini dah ada dah." gua macam tak puas hati.
"Memang time time gini la sampainya. Tapi hari ini memang tak sampai lagi."
Tanpa menoleh muka brader rambut pacak, gua terus blah. Hati panas. Semua benda gua cari tak dapat hari ini. Bukan rezeki gua. Nasib baik gua tak niat nak cari makwe. Kalau ada, mesti tak dapat juga.
Lantas gua masuk Watson, beli satu tube macam ubat gigi warna biru cair. Mana boleh masuk mall keluar tangan kosong.
Nasib baik ada. Lega.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sakit mata la baca blog lu ni..background gelap..tak lama gua kena pakai spek la mcm ni
Post a Comment