Friday, July 25, 2008

Mencari Lailatul Qadar di bumi asing. Peh! apsal macam tajuk drama Hari Raya pulak tajuk entri gua hari ini??

Semalam. Tengah relax-relax dalam pejabat. Melahu sana sini. Rayau sana sini. Tiba-tiba bos aku bersuara.

"Khairul!"

Seriau gua sekejap. Apakah kegiatan gua sudah terbongkar. Itulah siapa suruh tidak bagi gua kerja. Kan gua dah melahu sana sini.

"Yup! Ada apa bos?"

"Prepare yourself for Japan trip maybe in Sept. Pergi buy-off with customer."

Peh! gua kata okay. Tapi hati gua rasa berat je. Bukan gua tidak suka. Suka. Cuma...

Ada satu customer gua di Pulau Pinang. Mahu beli satu machine daripada company gua. Sekarang masih dalam perbincangan. Budak-budak sales tengah bertungkus-lumus untuk dapatkan P.O ini.

Kiranya sekarang, pembelian itu sudah mencapai tahap lebih 90% bersetuju. Kalau budak-budak sales berjaya. Maknanya company aku akan jual machine itu. Kalau company berjaya jual, gua kena pergi Japan. Dan seterusnya gua kena station di P.Pinang selama paling sekejap 3 bulan selepas machine sampai.

Ok. Macam ini. Dia punya time line. Ogos, purchasing order keluar. Bila dah keluar P.O ini, kena buy-off dulu selepas sebulan P.O keluar. Maknanya dalam September. 2 minggu selepas itu, gua kena install dengan set-up di P.Pinang. Bulan Oktober.

Julai = Rejab, Ogos = Syabaan, September = Ramadhan, Oktober = Syawal.

...mana gua hendak cari air tebu, murtabak dan ayam percik dekat Japan??

9 comments:

nizo said...

kalo ko mau... aku kirimkan ikut pos laju

amacam?

Qider said...

"...mana gua hendak cari air tebu, murtabak dan ayam percik dekat Japan??"

pergh..bila aku baca..aku pon rasa sedih gile..tapi,aku kat malaysia..muahahaaha..

Unknown said...

[quote]...mana gua hendak cari air tebu, murtabak dan ayam percik dekat Japan??[/quote]

aku rindu pasar ramadhan parit raja weh!!

apek terror said...

aku rase musafir tidak perlu berpuase kerana perjalanan yang jauh membawa kesan lapar..
minum sake byk2 ok punyer....

Eamy said...

hahahaha
POS MALAYSIA kan ade
ada beran?

Rembo said...

nizo - fuh!. xleh caya la perkhidmatan itu.

qider - relex. baru ura-ura sahaja. tapi kalo kene, mampos gua!

oro - peh! ikan pari bakar cecah kuah asam beb!! amacam!

apek - sake rasa tapai. Uweekk!

eamy - huh! POS MALAYSIA ekh. haih!

laki cikgu kimia said...

bagoz lo gi kuar.. byk buku lua sana.. amik ilmu lua masuk mesia.. gua rase lo mmg selected.. smoga lo tros d depan.. jupe d depan sane ok!

Unknown said...

peh.. terliur aku beb ikan pari bakar cecah kuah asam... makan kat epan tv ramai2 sambil bersila.. uish.. nikmat hidup student yg tak mungkin dinikmati lagi... uhuhuhu :-(

Rembo said...

crtclthnkr - lu nk kirim?

oro - tau takpe. peh....mmg terliur!