Tuesday, July 01, 2008

Aku sekali lagi keliru.

Aku rasa aku ada sakit. Penyakit yang bernama “Giovanini”. Atau lebih dikenali sebagai ‘Mirror Disease’. Pembaca dari bidang perubatan sila betulkan aku andai kata aku salah.

Pesakit yang mengidap penyakit ini akan meniru aksi, gaya, percakapan atau karekter seseorang yang dia rasakan lebih berkuasa. Tapi, aku hanya meniru sesuatu yang aku rasakan cool atau hebat. Dalam konteks sosial, perwatakan percakapan atau fesyen.

Tidak pada sesuatu yang aku fikir bodoh. Seperti sub-budaya yang banyak menyemakkan kepala. Seperti percakapan atau kata-kata yang aku rasa tidak hebat atau cool.

Dalam sebelah aku yang lain berkata, aku hanya terperangkap dalam suatu dimensi. Dimensi peredaran arus masa kini. Sebagai contoh, sekarang aku suka dengar music Post-Rock. Satu masa dahulu aku kurang berkenan dengan musik yang Instumental.

Ini mungkin aku rasakan pemuzik atau artis muzik ini kelihatan cool dengan cara penyampaiannya dalam muziknya. Atau ianya hanya satu ikut-ikutan semasa. Tidak mahu di cap sebagai ‘cavemen’ kerana tidak mengikuti peredaran arus semasa.

Begitu juga dengan cara pemakaian. Dalam hati masih mahu memakai seluar skinny dan kelihatan bergaya dan cool. Tapi saiz pinggang aku adalah 34 inci atau 36 inci atau mungkin lebih daripada itu. Selain daripada skinny jeans, aku juga mahu pemakaian aku seperti Amy Search bukan Faizal Tahir. Sebab Amy Search hebat dan cool dimata aku. Jeans lusuh, bersinglet dan All Stars.

Sama juga dengan penulisan blog ini. Pernah berhenti menulis hampir setahun. Atas banyak faktor. Pada awalnya hanya sebagai medium melampias emosi dan bersuara.

Kembali menulis setelah membaca Semusim Di Neraka. Ter’inspirasi’ atau meniru. Untuk apa? Untuk kelihatan cool? Atau memang sudah berpenyakit?

Pernah melupakan Bermuda setelah membaca Tuhan Manusia dari Faizal Tehrani.

Pernah ingin mereformasi setelah membaca Perempuan, Internet dan Keganasan dari Hishamudin Rais.

Pernah melupakan Nostalgia setelah kenal kepada Keepsake, Poison the Well, From Autumn to Ashes, Standfast dan Zero February (hodohnya nama!).

Pernah ingin mencari tulisan Albert Camus, Jean-Paul Sartre dan Shakespeare serta Hikayat Hang Tuah setelah membaca Mencari Jalan Pulang-Daripada Sosialisme kepada Islam tulisan Kassim Ahmad.

Sekarang aku mula keliru lagi. Sejak kebelakangan ini aku mudah keliru.

Aku keliru, adakah ini penyakit atau pun inspirasi?

Aku mudah ter’inspirasi’ lalu meniru atau aku mudah meniru lalu menjadikan inspirasi.

Adakah hampir semua orang memang seperti ini atau aku sahaja?

Tolonglah kata aku seorang sahaja!

4 comments:

Eamy said...

Usia lewat remaja
mmg macam tu
kita mula membezakan
ape yg kita mahu
ape yg kita ikut
dan segalanya
saya juge sama


*angkat tgn tinggi2

Anonymous said...

bila gua ingin menulis blog, gua akan mengelak daripada membaca blog orang lain dalam sehari dua. jika tidak, gua akan dibayangi bahasa orang. tapi masa remaja dulu, paling berkesan kalau nak pegi main bola atau pun skateboard, kena layan PlayStation dulu baru high.

Anonymous said...

jumpa HOUSE la wei!....mintak ubat

Rembo said...

eamy - usia lewat remaja ye? mcm dah lama tak remaja je saya ni. boleh consider lewat usia remaja lagi kah? hehehe

baba - betul. kira kalo nak lagi 'in' sebelum main futsal kene main PS2 game freestyle dulu la?

tom - nk jumpa mana? kalo ada kat taman lestari putra tu ok gak!