Tuesday, April 14, 2009

Balasan kepada guna wireless Old Town tanpa minum di dalamnya sambil memerhati amoi berseluar ketat.

"You will never know you miss something until it's gone."

Macam gua. Dah dari hari Sabtu sampai hari ini. Selasa. Gua betul-betul rindukan internet. Dahagakan kasih sayang segala isinya. Membelai-belai mata hati gua lalu mengukir senyum dengan kata-katanya.

Biasanya, dahaga, rindu dan belaian ini, memuncak beberapa minit selepas turun daripada kereta hitam gua untuk ke Jusco. Membuak-buak. Macam seorang mamat yang sedang dilamun cinta. Perasaan membuak-membuak, butterfly in stomach bagai, teruja, senyum sampai ke telinga bila tiba masa nak jumpa makwe.

Macam itu lah gua.

[,]

Sabtu. Gua habiskan masa ke Ipoh. Manjoi lebih tepat. Sahabat gua kahwin. Seorang lagi pahlawan bujang tewas dengan kehendak nurani. Akur dengan kehendak diri sendiri. Atau keluarga. Atau budaya. Atau agama.

"Tahniah. Lawa orang rumah lu!" sapa gua sambil merenjis air mawar.

"Lu bila lagi?" soalan lazim daripada pahlawan bujang yang tewas...errr...pengantin maksud gua, bila di majlisnya sendiri.

Gua cuma mampu balas pertanyaan dengan senyum.

[,]

Ahad, gua sibukkan diri gua dengan tidur. Nak nak satu hari hujan. Gua bujang. Hari hujan merupakan hari tidur yang paling nikmat. Macam orgasme. Gua bangun. Tidur. Bangun dan tidur semula sampai Maghrib. Setel satu hari. Simple. Tak payah fikir nak makan apa, minum apa. Yang penting tidur tidur tidur tidur.

Isnin sampai hari ini. Gua di kawasan Keramat. Customer site. Urusan mencari rezeki. Mana ada masa untuk internet.

Sekarang, setelah lebih setengah jam. Duduk pada satu bangku panjang. Bersebelahan pintu masuk utama Jusco yang keberapa gua tak tahu.

Dan sebelah gua seorang pakcik, old-timer. Bergurau senda dengan cucu-cucunya. Tak lama tadi, mak budak-budak kecil itu muncul berserta adik perempuannya barangkali. Ngam. Macam Irma Hasmie.

Si old-timer, sibuk bagi cucunya minum air tin.

"Nak sikit." gua cuba tegur setelah lebih 15 minit bermain depan gua. Biasanya menjadi. Tak mak budak itu tegur gua, si old-timer yang akan tegur gua. Dengan harapan, terbuka hati Si Makcik budak-budak ini.

Rupanya sangkaan gua meleset. Langsung tak layan. Seorang pun tidak.

"Ok, nice try Rambo. Cepat-cepat habiskan penulisan lu lepas tu blah!" ejek Rambo sebelah gua yang lain.

Haram! Percubaan gua untuk buat Si Makcik budak-budak ini rindu pada gua bila gua hilang, gagal. Next time maybe. Always gotta be somebody.

5 comments:

Dewajiwa said...

hehe. cuba lagi bro.
mungkin boleh berjaya kalau ajak old-timer tu layan kopi sekali pada awalnya. hehe

iyan said...

lps nih nak main internet dtg umah gua...
bwk kabel lebih...
da mcm ape gua tgk duduk dpn old town....
gua tegur pun blur2 td...
cilakak!

Rembo said...

mojo - malas. sebab tu gua duduk luar.

iyan - ha ha ha. sial. itu masa untuk diri gua.

FrH said...

haha. cuba lg. okeh ;)

pehh tidur sepanjang hari. dah gaya ala-ala student dah.
percayalah, bile dah jadik pahlawan, pulak di gelanggang sendiri, tidur xpernah cukup. bukan sbb bertarung, tp sbb byk giler keje nak kene buat.
so utk sementara, enjoy your sleeping time fren :)

Rembo said...

ha ha ha. penat dan orgasme beb. tidur dalam hujan. lu tau kan? ha ha ha