Thursday, December 24, 2009

The 'Boss'.

Tengah sedap gua 'jalan' dalam dunia maya, gua singgah sini sekejap. Terkesan sekejap. Walau instinct seorang ayah mungkin tak setajam emak, tapi bagi gua, 'boss' gua ini pun boleh tahan juga dia punya instinct.

[,]

Bulan Ogos lepas, gua ada satu jemputan kahwin. Di JB. Rumah rakan rapat. Gua dari Kelumpo, pergi satu kereta. Empat orang. Full. Boleh tahan sempit Satria Neo kalau naik empat orang.

Sebelum sampai JB, akan ada exit Ayer Hitam. Exit yang buat gua hela nafas lega setiap kali sampai. Exit ke heaven gua sendiri. Rumah dan juga cinta. Cerita lain.

Jadinya, gua masih belum mengambil keputusan untuk singgah rumah atau tidak time dalam perjalanan ini. Ini semua bergantung kepada masa dan juga duration bila di JB. Maklum-lah, menumpang. Kena buat cara menumpang walaupun hati berbelah bagi.

Dalam perjalanan, tiba-tiba tertera 'Ayah' pada skrin N95 gua,

"Hello Yah." gua jawap.

"Ha...tak balik." jawap gua. "Minggu depan la kot." sambung gua lagi.

"OK." gua cakap sambil tekan button warna merah.

Itu jam, gua terpaksa menipu. Gua tak nak 'boss' gua tahu gua ada di JB atas alasan gua masih belum tahu untuk singgah ke rumah atau tidak. Buat-nye dia tahu gua kat JB tapi tak singgah rumah, kecil hati orang tua gua.

Beberapa jam lepas tu, dah settle semua, gua dah terpacak depan rumah.

"Kata tak balik? Ayah dah rasa dah tadi you are around." ayah gua cakap sambil gua salam cium tangan. Muka 'boss' ada riak lega.

"He he he. Saja nak buat suprise. Lagipun singgah sekejap je ni. Dari JB tadi. Ada kenduri kawen." jawap gua sambil tersengih macam kerang busuk.

[,]

'Boss' gua memang macam tu, bila ada sesuatu, mesti dia dapat rasa dengan cepat. Tahu tahu je. Tak kira-lah gua ke, abang gua ke, adik gua ke. Kadang-kadang gua rasa 'boss' gua ni macam ada supernatural pula.

Eh, esok Krismas. Apa pasal gua tulis macam ke arah Father's Day ni?

Settle.

5 comments:

minbachok said...

manis kan ade ayah. =)

siggplus said...

instinct

balqissy said...

haha.. same2. aritu teringat ayah gak. =D

Rembo said...

mynn - sabarla dear.

siggplus - yup.

balkis - bukan ayah i kan?

frH said...

hurm. speechless, sbb xpernah experince yg mcm tu. :(

mak punye bole kan?