Monday, December 14, 2009

Mungkin.

Mungkin satu hari nanti gua akan ajak lu baring tengah-tengah Jalan Rahmat time pagi pagi buta. Kita sama-sama tenung lampu traffic bertukar warna. Dari merah ke hijau, hijau ke kuning dan kuning ke merah semula.

Feel free bak kata orang taman gua.

Mungkin satu hari nanti gua bawak lu naik sampan. Dan gua akan mendayung, mengemudi, mengharungi kawanan angsa yang banyak yang tengah lepak atas tasik. Tengah rileks-rileks, gua terjun dari sampan. Berenang sekali dengan kawanan angsa. Itu pun, kalau angsa tu tak lari la.

Mungkin satu hari nanti gua akan ajak lu lepak IKEA atau mungkin Red Apple atau mungkin Carvenzi atau Court Mammoth sekali pun. Duduk atas display sofa dan berlakon TV rosak sambil tekan-tekan remote control untuk TV.

Kemudian berlari ke bahagian dapur. Duduk di meja makan. Berlakon untuk makan malam. Sambil gua tengah buat-buat makan, lu duduk sebelah gua sambil perhatikan gua makan. Adegan suap menyuap berlaku.

"Lu bila nak kawen?" tiba-tiba suara mamat satu opis gua terlintas dalam kepala. Persoalan secara spontan yang dia tanya time lunch minggu lepas.

Lantas, segala fantasi gua hilang. Lampu traffic entah kemana, IKEA entah kemana, angsa entah kemana.

Ini semua salah The Notebook dan 500 Days of Summer!

13 comments:

Guten Tag said...

2 cerita yang sememangnya meletup.

Jsmn said...

padan muka.

phish said...

notebook terbaekkkk

rene said...

ye, bila nak kawen??

Rambo said...

Ten - kan? eh, cerita ni mesti sebelah lain lu yg layan kan? kan?

Jsmn - padan muka untuk...? he he he

phish - scene atas katil yg last tu paling baik!!

rene - LOL!!!

FrH said...

skang smua cite nak floating jekkkkkk

Rambo said...

frh - ha! ha! ha! baru sedar ke'romantik'an gua ke ape?

fazleena said...

helo, i summer fin. ok? hehe

cool movies babe!

Plain Jane said...

jom kawen!

Rambo said...

faz - Hi summer!! he he he

jane - LOL!!

Rajuna said...

ni yang aku benci bila tulis macam nak tersama tune dengan ko ni!
cuma aku berat ke sunny day real estate lah.

Rambo said...

lu la tiru gua.

eamy said...

lu mmg sweet Bo. Bab lepak IKEA buat gua senyum mcam haram sepanjang malam. hahahaha!