Friday, December 04, 2009

Gua dan muzik.

Gua dengan muzik memang tak boleh berenggang. Tanpa muzik, gua rasakan hidup gua macam tak berapa lengkap.

Kalau tidak, masakan setiap pagi kena layan MTV atau Channel [V] dulu sebelum kerja instead of layan My Name Is Earl kat channel Star World.

Nak dengar The S.I.G.I.T dari CD, wish list nombor 16 gua belum lagi dapat dipenuhi. Beli mini compo cap JVC untuk letak dalam bilik. Sambil-sambil bersiap nak pergi kerja dengar lagu-lagu rock kuat-kuat. Baru semangat menaik, bak kata budak-budak Lipis.

Kalau dalam kereta, mesti tune in Hitz.FM. Ini untuk dengar lagu-lagu terkini. Kadang kadang benci juga dengar lagu terkini ni. Rasa macam moden sangat. Pilihan lagu kalau manjang R&B tak pun pop punk. Alahai, mau bernanah telinga. Nak nak lagu dari Pussy Cat Doll. Lagu When I Grow Up. Macam hampeh musik!

Kadang-kadang gua tune in Mix.FM. Ini untuk mood separa moden. Lagu-lagu empat atau lima tahun lampau. Kira stesyen radio alternatif gua. Kadang-kadang menyampah juga bila terdengar lagu Backstreet Boys.

Macam pagi tadi, gua sangkakan gua tengah layan Hitz time lagu Show Me The Meaning Of Being Lonely dari BSB, rupanya Mix. Sudahnya, melekat juga lagu tu dalam kepala gua untuk beberapa saat. Nasib baik gua dapat tahan diri gua dari sing a long. EUURRGGHH! Meh sini gua sepak sekali. Nak tahu sangat makna lonely.

Nasib baik lepas lagu tu, lagu Mr. Big, Wild World. Terus lupa BSB ni.

Selalu juga gua tune in BFM. Frekuensi 89.9 area Lembah Klang. Station ini memang rockin' punya station. Tapi tengok time. Kadang-kadang terselit juga lagu Dayang Nurfaizah yang 'Dayang sayang kamu' tu.

Untung nasib ada lagu Smashing Pumpkins. Yang paling best, Radiohead. Gila rare pilihan lagu. Nak lagi rare, lagu The Rolling Stone. Pergghh...memang cara! Sikit lagi mesti ada lagu Search.

Nasib baik, kalau pagi-pagi, Hitz memang terbaik. Dalam kebosanan gua melayan jalan jammed akibat hujan pagi tadi, keluar lagu Empire State of Mind dari Jay Z. Mamat ni memang cara. Sudahnya, dari tadi gua ulang lagu Empire State of Mind ni.

Walau tak dapat gua nak follow rapping si Jay Z, dapat ikut Alicia Keys time awal korus time dia sebut New York tu pun jadi-lah.

Settle.

Owh ya, tahniah kepada band HUJAN, walau gua tak minat. Gua dapat tahu ada brader dari New Zealand beli CD lu orang letak dalam kereta dia.

Settle sekali lagi.

7 comments:

Plain Jane said...

dengar radiohead pagi2 bole buat kepala melayang ah
rasa nak tido balek

btw hujan sucks
oke, bye

Rajuna said...

gua ingat lagi sewaktu awal kemunculan Hujan ada seorang Rembo melompat ke atas para hadirin.

bukan dulu lu claim lu budak indie ke? lu pun ada baju 'shuffle itu seni' kan?
haha

Lil^GriZzLe A said...

gua suka Backstreet Boys. Layan beb! dari zaman Nick Carter rambut belah tengah. hehe

Rambo said...

jane - hujan mana satu? a) band, b) cuaca?

juna - hotak lu!!!!

jiha - perrghhhh...tak boleh blah gua.

Plain Jane said...

hujan band la
indie konon
hahaha

Mikhail Yusof said...

jgn marah hujan :)

hujan best aper,boleh tido :)

eh-eh,aku nih komen band hujan ke cuaca hujan :)

Rambo said...

jane -owh. mmg indie pun dia.

Mikhail - dua dua hujan wa tak marah.