Monday, December 07, 2009

Karma. Owh, mungkin juga tentang bola.

Sabtu tengah hari. Ketika gua tengah sedap layan Malam Sehati Berdansa (Dira beb!) punya replay show, Tom yang tengah mamai-mamai, duduk di sofa skinny sambil merokok beritahu gua. Bahawa malam nanti ada futsal.

"Owh ok. Puchong?" gua tanya.

"Yup. Tapi ala-ala friendly ni kata Vee."

"Friendly pulak." gua balas separa mengeluh. Menyembunyikan perasaan excited.

Lantas, itu jam, sebagai manusia yang minat bersukan, bila terdengar perkataan friendly, gua akan set dalam minda gua untuk bermain dalam skala bersungguh-sungguh dari biasa. Bukan stail main petang-petang.

[,]

"Kalau gua jalan henjut-henjut sikit time masuk dalam area futsal dengan pakaian gua sekarang ni amacam?" gua tanya Tom secara sarkastik setelah keluar dari kereta.

Itu jam, gaya tak ingat. Dengan sleeveless Nike, seluar Adidas 3/4 yang baru beli, siap dengan cekak rambut.

"Gua sepak muka lu pakai kasut Adidas ni kang."

"Ha ha ha." Gua gelak kuat.

[,]

Dalam gelanggang, satu team brader-brader Puchong tengah lawan dengan team budak-budak Puchong. Orang dah brader-brader, nak lawan dengan angin budak-budak baru habis sekolah. Memang tak terlawan.

Budak-budak punya laju...ish...ish...ish..

"Faktor umor la tu Vee!" gua jerit dari luar memandangkan Vee yang terkial-kial nak lepaskan diri dari benteng pertahanan.

[,]

Tengah sedap gua buat gerakan satu-dua dengan Tom, time gua nak ambil semula hantaran Tom, ada seorang budak sudah terjah gua secara aggresive.

Pada masa yang sama, keseimbangan badan gua hilang, step gua entah kemana, bola entah kemana. Maka, hero team brader-brader #2 terbaring atas gelanggang.

Gua bangun. Terasa sakit di ankle kiri gua. Picit-picit sikit, lari-lari anak sikit gaya Van Persie lepas kena 'sebat', ok. Boleh main lagi. Itu jam, team brader-brader #2 dah teruk juga kena dengan team budak-budak. Kalau gua tak main, nak harap siapa jaringkan gol.

Setelah tamat permainan. Gua duduk picit-picit ankle kiri gua sambil berfikir. Karma la ni. Faktor umur.

Sudahnya, sampai ke minit ini ankle gua sikit bengkak. Buat selamba jalan macam biasa sudah. Takut nanti ada mulut jahat kata gua cari perhatian dalam pejabat pula.

Karma.

[,]

"Itu lah, minggu lepas main kasar sangat lawan Arsenal, kan dah kalah dengan team pakar seri." Kodeng berkata-kata merujuk ke Chelsea yang kalah dengan Manchester City.

Ooops. Karma.

Settle.

4 comments:

laki cikgu kimia said...

gua pon dah 'act like your age' sekarang ni..

Rembo said...

tapi gua Dorian Gray. Kekal umur pada tahun ke 24.

*angan angan

Rajuna said...

renti2kan la perbuatan tak berfaedah tu.

Rembo said...

kau apa tau?

nak main basikal pun nak beli yang fixie. ikut sangat brader Neo tu.