Wednesday, December 16, 2009

Pilihan.

Gua pernah terbaca satu quote. Dari siapa, gua tak ingat. Mungkin Faisal Tehrani, mungkin Andrea Hirata, mungkin Robin Sharma, mungkin orang lain. Dari mana pun gua tak ingat. Mungkin buku atau blog atau Facebook atau jaringan web. Tak ingat.

Gua jenis senang. Gua baca, make sense, terus gua simpan dalam hati dan otak. Tapi kadang-kadang terlupa juga.

Life is about options. Once you decided to choose one thing, you will close another opportunity.

Lebih kurang macam ini quote tu.

Jadinya, sekarang ini, gua lebih fokus ke Tiny Dancer. Kadang-kadang dalam gua resah, nak juga suruh Tiny Dancer ni menari atas tapak tangan gua untuk bagi gua tenang. Manjang fokus ke dia, banyak pula yang gua terlupa nak jenguk.

Itu kan normal. Manusia.

Gua teringat sesuatu. Lantas, tanpa buang masa, gua capai telefon, dail nombor rumah gua kat Parit Raja.

"Mak, sihat ke?"

Dekat sebulan juga gua tak call rumah.

Settle.

10 comments:

Rajuna said...

kita ni bo, besok kalau jadi suami kena seimbang.

mana masa untuk anak bini
mana masa untuk orang tua.


budak nak cakap gua mengada balik kampung tiap minggu gua peduli apa.
sekurang-kurangnya gua ada orang tua.

Rembo said...

sejak bila gua jadi suami, jahanam!

jamal said...

dah dekat2 nak jadi suami dah tu bo..

dewajiwa said...

pesan kat Penari Kecil:
minta tolong ingatkan ai pasal mak ai selalu bleh? jadi, bila ai ingat yu, ai ingat mak ai sekali.

fazleena said...

kena kahwin. :)

Guten Tag said...

alhamdulillah...ada hikmah juga tiny dancer tuh.

Rembo said...

jamal - erk!!

dewa - kau dah ingatkan dia secara tak langsung.

faz - u camne? hua hua hua

guten - err....

laki cikgu kimia said...

roy.. roy.. hati kau keras.

Rembo said...
This comment has been removed by the author.
Rembo said...

kau cakap sambil geleng-geleng kepala?