Thursday, December 17, 2009

Nervous breakdown.

Dada gua macam nak pecah. Jantung gua berdegup kencang. Segala pembuluh darah gua sesak dengan darah yang dipam dari jantung dengan tekanan yang tinggi. Terus laju meluncur ke otak dan anggota badan yang lain.

Titik titik peluh dah mula terbit kat dahi licin gebu gua. Yang jantan, yang betina, pondan, khunsa, semua ada. Berlumba, berlari-lari anak keluar menembusi kulit. Terbit macam matahari terbit pagi hari.

Air liur gua pula manjang nak lalu tekak. Sepuluh saat sekali. Naik kering mulut gua. Manjang rasa nak minum.

Sekarang ini, gua cuma ada masa lebih kurang sejam untuk sediakan ayat kalis. Kalis daripada pertanyaan berbisa bos bos besar gua. Kalis daripada serangan mental bos bos besar gua. Kalis daripada amarah bos bos besar gua.

Mana tahu, segala perbuatan 'maksiat' dalam pejabat gua dapat dikesan. Masak juga gua nak menjawap. Setakat dia orang tanya pasal Youtube ke, Facebook ke, boleh lagi gua kalis.

Tapi kalau dah masuk bab blog, bab Rapidshare, Mediafire, Hotfile yang gua guna untuk muat turun medium untuk melampias nafsu telinga gua, payah juga tu. Tu belum cerita kes curi-curi tengok Suicide Girl ke, Playboy Playmate ke.

Sambil-sambil tu, akal licik gua terpaksa bekerja keras untuk bagi atau buat ayat ayat power untuk 'up' diri sendiri sebagai benteng pertahanan diri dan juga membina keyakinan bos bos besar gua.

Untung-untung increment tahun ni, boleh lepas untuk beli teddy bear bersaiz gua.

Gua cukup tak suka appraisal!

Settle.

4 comments:

.Gha A. said...

gua baru lepas. lega! fuhh.

Rembo said...

sama la!!

Wohooo!!

Anonymous said...

so camne? agk2 dpt beli mr. teddy x?

minbachok said...

perasaan jek sumer tuh. :p

bang rockku,
kemaskini link orang. ni dah ader daerah baru. jemput2 datang yer..

mynn~