Friday, December 11, 2009

Ini bukan pasal 1 Malaysia.

Gua baru 5 minit lepas tengok cerita ini. GADOH.

Lantas, segala neuron dalam otak gua menjana sesuatu lalu memberikan kekuatan pada gua untuk terus cucuk telefon kepada PC, capai N95, ambil gambar, buka Photoshop, crop, adjust shadow dengan highlight punya level, post terus dalam blog.

Ada masa pergi cari DVD ini. Biasa ada jual kat Pekan Frinjan. Setiap Sabtu pertama setiap bulan bertempat di Dataran Shah Alam. Kalau tak ada, maknanya dah habis.

Ini cerita memang wajib untuk semua orang tonton. Tak kira waktu. Waktu tengah gawat ke, waktu tak ada duit ke, waktu tengah falling in love kaw-kaw ke, waktu tengah lapar ke, waktu tengah kenyang gila sampai tak larat jalan ke, tak kisah.

Ada masa, tengok. Hayati jalan cerita dia. Ini penting!

Gua tak kira lu siapa. Menteri ke, anak menteri ke, kerja satu level bawah pengarah kementerian ke, anak menteri ke, penjawat awam ke, penjawat swasta ke, kerja bisnes sendiri ke, freelancer ke, photographer ke, tukang jaga studio jamming ke, engineer ke, lawyer ke, penggiat teater ke, NGO ke, student ke, tukang tarik kereta ke, kerani ke, pergi tengok cerita ini.

Tengok. Hayati jalan cerita dia. Ini penting!

Kalau tak dapat juga DVD dia. Pergi cari. Pinjam siapa-siapa yang ada. Nak burn ke, nak copy ke, kalau kena tangkap dengan KOMAS jangan salahkan gua. Nak curi ke. Eh...curi jangan. Tak baik. Nak pinjam senyap-senyap lepas itu pulang balik senyap-senyap ke. Itu lu orang punya pasal. Yang penting kena dapatkan cerita dia.

Tengok. Hayati. Tengok dengan mata hati. Bukan mata yang ada ni. Buka minda.

Lepas tengok cerita ini. Renung balik dalam diri. Lu mana punya orang. Budak-budak yang gaduh pasal bangsa ke, yang asyik nak salahkan Cina atau asyik nak salahkan Melayu. Atau, cikgu-cikgu yang manjang nak gaduh bila mesyuarat tapi akal pendek, atau cikgu yang duk cium bontot guru besar siap kipas baaaaaiiikkk punya, atau orang-orang 'besar'. Atau penggiat teater. Atau seorang ah long. Atau makwe yang kena rompak.

Tengok. Hayati. Tengok dengan mata hati. Buka minda.

Tapi, kalau lu tengok, penuh dengan bunyi komplen, itu tak kena, ini tak kena, itu salah, ini salah, baik tak payah. Namron mesti jaki tengok muka lu.

Semuanya masih belum terlambat untuk ubah cara kita berfikir dan pandang 'orang' lain.

Perrghh...semangat betul gua!!

Settle.

6 comments:

Ibu Ammar said...

GADOH?...dulu org kata citer ni kontroversi..


erm, baiklah,akan ku usahakan cari, dan tengok dgn mata hati.

Mus said...

Bo.. Gua dtg Equine nk amik DVD tu dgn lu boleh? Lu 1 rumah dengan jali (Bob) dulu kan?

Rembo said...

sara - gi cari. he he he

Mus - haah. skang jali tak duk situ dah. aku ada le. boleh.

Hujan Malam said...

dh tgk dh cite ni..okla..open tp tula realiti sebenar..

Rembo said...

hah kan? jujur dan telus. ini baru cara!

ainfazrin said...

penat aku tulis komen pepanjang. tak tau appear ke tak.

by the way, in short, i love Gadoh. ada entri dekat blog aku pasal ni :)