Tuesday, December 15, 2009

Pemuja Rahasia.

Beberapa tahun lepas, kawan baik gua ada pernah teks gua suruh tengok video klip Sheila On 7, Pemuja Rahsia. Dia kata ada budak sebijik macam gua. Mula-mula macam malas gua nak percaya.

Setahu gua, manusia yang sama rupa dengan gua adalah adik gua. Yang mana orang akan keliru. Kadang-kadang, bila gua dengan adik gua jalan dalam mall sama-sama, orang akan ingat kembar. Kadang-kadang, gua terpaksa berlakon jadi adik gua untuk tidak meghampakan orang. Bila masa ada kawan dia tegur gua dengan semangat. Dan sebaliknya.

Lagipun, mana mungkin muka secomel gua boleh masuk video klip Sheila On 7. Dah la kulit sawo matang, tak cerah mana, hidung tak mancung, misai tak ada, janggut Afdlin Shauki tak ada, apa tah lagi nak janggut macam Sein. Jangan harap.

Petang semalam, seorang brader ada bagitau gua, dalam Facebook, katanya, dia nampak muka gua dalam video klip yang sama. Siap bersumpah. Sambil dia suruh lupakan Summer Fin untuk sementara.

Ini menimbulkan rasa sangsi. Dengan pantas, gua terus klik link, dan button play, lalu keluar bilik sementara tunggu video tu buffering.

Bila gua menghadap PC semula, lantas gua gua tersenyum.



Macam biasa, gua keliru. Yang mana satu ni brader?!

Settle.

7 comments:

dewajiwa said...

weh.
tadi tersenyum tapi bleh keliru plak?
lu yang baju merah la kot. tak senonoh betul perangai. keh keh.

Rembo said...

eh lu, lama tak nampak. Emosi da stabil da?

keh keh keh

Guten Tag said...

jap boss. kalau berdasarkan dari gambar facebook tuh dgn muka budak kecil yang jadi lead singer dlm VC tuh, ada macam iras-iras la.

sorry. heheheh

dewajiwa said...

weh Rem,
lu jangan komen bebanyak. nanti ada budak pompuan (anonymous) tu nyampuk sini. wakaka

Si Fakap said...

Phow, terus bikin entri. :)

Rembo said...

xde idea bos!

jamal said...

idung lu ensem lagi kut.. iras dah ade dah.. tapi terguling gak le gua... LOL