Tuesday, December 22, 2009

Tak habis habis lagi dengan impian nak jadi Rockstar.

Minggu lepas. Gua sibuk dengan persiapan untuk present time annual review syarikat gua. Hari-hari gua ngadap Powerpoint. Powerpoint dan Powerpoint. Naik muak gua.

Minggu ini pula, gua sibuk dengan persiapan untuk persembahan time dinner. Dari semalam gua berlatih main gitar dengan Brader Rosli. Naik kematu hujung-hujung jari gua.

Gua cover lagu The Beatles. Hey Jude. Time raya hari itu gua tengok Faizal Tahir dengan Lan MUH bawak lagu ni macam cara je. Gua try malam Sabtu ni nanti. Kasi gegar itu stage.



Tema dinner syarikat gua kali ini, Blue Jeans and Fancy Shirt. Gua dengar ni ada hadiah untuk dressing paling wow. Memang gua pakai T-shirt Hellowen gambar perempuan separuh bogel tengah masak labu dengan jaket jeans potong lengan. Baru Kid Search!

Tak menang juga, tak tahu gua nak cakap apa.

Settle.

6 comments:

Lil^GriZzLe A said...

confirm lu tak menang! :P lu sure ke stage boleh gegar?

laki cikgu kimia said...

lu memang ada potensi. x sabar gua tunggu result menang x

Cik-Gie said...

woi tak fancy langsung!
letak bulu merak barulah amboi amboi amboi

Rembo said...

jiha - kompem bleh gegar. Gua dah practice lama dah.

nas - rileks. tunggu je. cuak juga kot tak menang.

Cik gie - bulu merak jadahnya!!

Guten Tag said...

good luck untuk persembahan nanti.

Rembo said...

owh ha. he he eh. thnx.