Jumaat. Malam tu annual dinner syarikat tempat Rembo bekerja. Banyak juga makanan sedap-sedap. Dari yang berunsur barat sampai yang berunsur ketimuran.
Steak, stew, garlic bread, sate ayam dan lembu, spaghetti, kentang bakar, buah-buahan tempatan, mee hoon goreng. Semua ada. Complete.
Tapi, bagi Rembo, semua makanan itu belum mampu buka seleranya. Untuk jam yang pertama, dia cuma menjamah spaghetti dengan steak. Itu pun tak habis. Di tinggalkan sisa terbiar atas meja.
Cawan Rembo yang penuh dengan air sparkling perasa anggur pun tidak terusik. Masih penuh. Ada tak ada, dia jamah untuk basahkan tekak.
Hadiah lucky draw sudah dalam genggamam. Tertampal tulisan 'Travel Backpack' pada luar kotak. Tinggal lagi jenama apa yang belum Rembo tahu. Itu pun masih belum dapat menghilangkan kegusaran hatinya.
"Now, it's time to rockin' with Mr. Rembooooo." jerit Mr M.C malam tu. Terasa macam M.C wrestling pula gaya panggil tu.
Dengan T-shirt Led Zeppelin, jeans ketat, kasut putih high-cut, jaket jeans lusuh, Rembo melangkah naik pentas. Sekali pandang, macam gaya Kid Search bersaiz pinggang 34. Gayanya bersahaja. Tenang. Penuh keyakinan.
Alunan bunyi gitar jenama Yamaha yang lunak menenggelamkan bunyi sumbang gitar jenama Osmond. Gabungan bunyi antara gitar Yamaha dan Osmond menghasilkan satu bunyi harmonik yang memukau para hadirin.
Campur dengan garau serak Rembo meniti lirik Hey Jude, membuatkan semua orang terpaku. Dalam hati Rembo berkata, "macam Faizal Tahir lah!"
Selesai dapat tepukan gemuruh, selesai rockin', Rembo letak gitar tepi meja, terus lari ke meja buffet.
Selagi ada dalam dulang buffet tu semua Rembo kaut. Udang, steak, sate, salad, buah-buahan tempatan. Semua settle. Sparkling pula bukan setakat perasa anggur. Epal, peach, semua Rembo sebat.
Boleh tahan juga perangai si Rembo ni kalau nervous breakdown.
Settle.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
nasib baik settle ;)
takkan takde bidio?
up kat Youtube laa. baru rock.
2 thumbs up laa bro ..
mcm performance grad nite kita dulu ke ..?
bak sket video perform .. nak tengok kid search pinggang saiz 34 tu ..
ending kisah 34 plus2 tak?
ok. lepas nih pekan frinjan eh!!!
hahax. kiut.
balkis - tu la tu. he he he
dewa - ada kot. wa tgh berusaha cari ni.
frh - lu pun tau cita2 wa dari dulu lagi kan? he he he
nas - err...err...err...
alina - mak aih. mana layak lina. setakat cover lagu orang. besar jugak tu nak main kat frinjan.
mynn - i always do kan? :p
Post a Comment