Hari Jumaat pagi, sampai-lah ke Sabtu tengah hari. Gua dan juga rakan-rakan sepejabat berada dalam hutan yang tak berapa hutan sangat tapi ada banyak tasik bekas lombong dan juga padang golf yang cantik dan juga chalet yang cantik depan tasik yang ada banyak bunga teratai di area Batu Gajah.
Annual review dan juga so called team building syarikat gua bekerja. Masa ini-lah, pihak management a.k.a MGMT akan bentang tentang apa yang syarikat dah achieve, forecast untuk tahun depan dan juga update salasilah syarikat.
Dah alang-alang kat outdoor, tak sah tak ada aktiviti ala-ala Explore Race. Setakat canoeing, selamba. Dulu gua siap naik batang pisang, kayuh lawan arus dalam parit depan rumah. Setakat canoe fiber ni apalah sangat.
Setakat berlari-lari sana sini, ok lagi. Masa gua fit main rugby dulu, paling kurang 5 kilometer lari atas treadmill setiap petang.
Apatah lagi menyelam cari guli dalam swimming pool. Ini memang favorite gua. Bab bab masuk dalam air, menyelam sana sini memang A.
Ada pula acara memanah. Memang dah kerja gua kan? Panah bom memang dah standby dalam bonet kereta. Setakat bulls eye warna merah tu, panah celah kangkang pun boleh tepat sambil menonggeng pun boleh.
Tapi, gua jadi keliru, otak gua tak dapat terima. Puas dah otak gua bagi signal 'boleh' pada badan gua. Hati gua pula tak habis-habis kata 'kau boleh Bo, boleh ni.' Tapi tetap gagal untuk gua buat dengan indie tanpa bantuan rakan sepasukan. Bagi acara rope climbing.
Ciss! Start hari ini, gua berhenti makan tengah hari. Gua dah kira-kira, menjelang tahun depan, campur bonus, dah tolak sana sikit, sini sikit, cukup gua nak beli Wheeler.
Tak pun, malam ni, gua mula gantung stokin bawah jam dinding atas TV. Favorite spot semua orang. Termasuk Santa Claus. Kompem.
Mulai malam ini gua letak wish list gua dalam stokin. Ada empat hari lagi ni. Sempat lagi. Dari nombor 1 sampai 10, semua gua tulis jenama Mountain Bike terkenal dan termahal. Body alloy pun ok. Tak payah body carbon.
Berat gua makin menjadi-jadi naik ni. Mana boleh jadi!!!
Settle.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
KAH KAH KAH KAH
ehh sorry, terrrgelak plak :P
xpe bo, tu penangan "bahagia" namanya ... (saje sedapkan hati)
bukan. gua quitting smoking.
hehehe...klakar!
bo,
nasi kandaq kayu kat sunway dmanasar, kene dengan cili goreng, burung puyuh goreng, pergh! jam 12 malam pun gua layan macam makan tengahari.
marilah!
..ahh..badan naik skit, memang 'in' sekarang. gadis mana suka lelaki kurus. takda duit katanya.
kekeke
Life - eh, lama tak nampak. baby sehat?
Ji - lu ni mmg King of Denial. nanti gua minta Pipi daftarkan nama lu dalam List of King dia.
Post a Comment