Tuesday, December 29, 2009

Tutup buku.

Annual review, checked. Annual dinner, checked. Bonus announcement, checked. Salary increment, checked.

Ini menandakan hidup bekerjaya dalam tahun 2009 dah hampir tamat. Hari ini last day gua kerja. Esok sampai 4 Januari, dah start cuti. That's it. Tutup buku 2009.

Sesekali gua toleh belakang, banyak juga yang gua dah capai. Tapi, boleh tahan juga menda-menda yang gua tak capai-capai lagi. Duk takat tuuu je. I mean in a career matter.

Bila mana ekonomi jatuh kaw-kaw dari bulan Februari sampai ke bulan Ogos hari itu, buat gua hampir jadi gila. Sikit lagi gua gadaikan kerjaya gua ni dengan kerjaya yang lebih punk rock. Jual pisang goreng misalnya. Atau air tebu depan masjid time Jumaat tengah hari.

Personal life pula, ada dua tiga perkara yang gua dah capai. Wish list gua yang berlambak lagi tak capai pun bertimbun-timbun lagi. Antaranya, banyak duit macam sultan Brunei. Jadi rock macam Dave Grohl atau pun Noh Hujan. Ok, bab Noh Hujan, gua tipu.

Bila masa gua selak balik page-page gua awal tahun hari tu, perasan sedih dan hiba bercampur baur. Idaman nak ada band entah kemana. Dulu ada kutu tu bersungguh-sungguh. Sekarang, band entah kemana, gitar bass entah kemana.

Banyak juga benda-benda berlaku. Yang pergi terus pergi. Semoga aman di alam sana. Lahir pula manusia lain yang menggantikan. Keseimbangan kosmos.

Apsal gua rasa dah macam wartawan 360 melaporkan dari tempat kejadian. Haram betul.

Dalam kepala gua sekarang tengah tersusun beberapa agenda untuk di kampung. Mungkin paling hebat selain belanja sate untuk seisi keluarga, gua akan bagi 12 kuntum ros merah dan juga satu kotak Ferrero Rocher berbentuk hati untuk Tiny Dancer time dia tengah kerja. Biar merah muka time masuk pejabat sambil peluk benda-benda tu.

Itu pun bergantung kepada gaji gua masuk bila. Haih.

Settle.

9 comments:

laki cikgu kimia said...

gua pernah silap spelling 'career'. dalam resume plak tu. lu pon same daa..

FreDDy O7eRmaRS said...

bo..

selamat tahun baru

semoga tahun baru ini akan jadi milik arsenal he he

Dewajiwa said...

ari tu projek band memang dah letup. ntah takde sambungan plak eh?

satay Majidee lah ngam. jom?

Rembo said...

nas - haram. padan gua rasa lain tadi.

freddie - selamat. ha ha ha. We'll see.

dewa - tu lain. tu bukan band. cara gak tu.

Rajuna said...

bo.
untuk gua bo?
tak ada ke?

balqissy said...

tmbah teddy bear cute satu lagi ;) senang nk peluk =D

frH said...

happy new year bro :)

minbachok said...

abg saye ni mmg seorang fantasier.=D

um.mynn nak satu cawan kopi je. jenama old town cafe. bole?=P

Rembo said...

juna - lu goreng pisang Badut dah la! bukan gua boleh cium pun. Grrrr!!

balkis - owh, teddy. ha ha ha

frh - no bukan entry happy new year. he he he

mynn - boleh. takde hal.