Monday, August 18, 2008

"Gua bertaruh lu kelihatan cantik di atas lantai dansa itu" - Arctic Monkeys

Hari ini gua ada satu tugasan di kilang customer gua. Berkedudukan di kawasan Naga Keramat. Pagi gua pergi pejabat dulu. Isnin pagi. Rutin mingguan. Mesyuarat servis.

Selepas rehat tengah hari gua bergerak ke Naga Keramat. Masa gua start enjin kereta gua, minda gua memetakan jalan yang perlu dituju, jalan paling banyak tol tetapi cepat sampai. Boleh gua dapat duit raya sikit bulan depan.

Lantas minda gua beritahu anggota yang lain. Dari Sunway, masuk Jalan Lagoon Selatan, bayar tol rm 1.60 di tol Sunway, masuk lebuhraya KESAS, keluar MRR2. Terus sampai kawasan Naga Keramat. Apa yang keramat pun gua tidak pasti.

Almaklumlah, selepas makan, mata pasti mengantuk. Gua punya pelatih warganegara Nippon pun mengantuk selepas makan. Apatah lagi gua yang warganegara Malaysia Boleh ini?

Gua pun pulun sikit agar hilang mengantuk. Minda gua cuba mengingatkan berapa had laju lebuhraya ini. Gagal. Ngantuk menguasai minda. Frekuensi otak menjadi perlahan. Gua agak-agak dalam 110 km/j.

Relax-relax lepas gua bayar tol kedua, gua pecut 110 km/j. Yakin. Tiba-tiba, gua nampak Kenari dari arah bertentangan flash lampu.

Biasalah, polis la apalagi. Gua tenang masuk barisan. Yakin had laju 110 km/j. Gua bawak tadi ngam-ngam. Tak lebih, tak kurang.

Tiba-tiba gua sudah berada di tepi lebuhraya.

"kena gua ni!" fikir gua dalam hati.

"Laju bang. Macam ada hal penting je? Sini 90 bang, bukan 11o km/j." encik baju putih itu terangkan gua.

Minda gua tiba-tiba jadi aktif. Memikirkan ayat paling manis dan masuk akal. Owh! gua teringat. Nombor pendaftaran gua, nombor Johor.

"Aiseyman encik. Saya baru sampai dari Johor ini. First time lalu lebuhraya....apa ni?" soal gua.

"KESAS!" jawap encik baju putih itu.

"ha..lalu KESAS ini. Inipun saya kena attend meeting dengan customer kat Keramat." jelas gua jujur.

"owh iye ke? takpelah bang, jalan je lah. lain kali ingat, masuk KESAS 90 bukan 110km/j. Bukan macam PLUS." bebelnya.

"baik. terima kasih encik. Assalamualaikum" gua jawap penuh sopan.

Masuk kereta, gua pakai semula Ray-ban gua dengan gaya Horatio, kuat kan semula volume Arctic Monkeys gua, berlalu meninggal encik baju putih itu.

Sambil gua sengih-sengih sambil melirik cermin pandang belakang, dalam hati gua melonjak gembira. Ada suara kecil dalam hati gua berkata, "hmm...boleh tahan!"

Kawan-kawan, ingat. KESAS 90 km/j bukan 120km/j ok??

12 comments:

Anonymous said...

aper la pakcik baju putih tue''' baper no hp die?

S.YanaZ said...

Rambo,
bkn sbb plat keta.
Sbb lu bloga.Bila bukak spek enche' polis terus cam...oh,Rambo!

*ahaks*

Anonymous said...

ahahaha. aku pon buleh pakai the same reasons lorr .. plat johor!

H said...

macam biase la.
rambo kan licik!!
hehe.
kan rambo? kan? kan??

Eamy said...

heh!
sgt licik..
ni blom nek solid snake lg neh
hahahahaha

Rembo said...

lol - ntah la. 999 kot. cuba lu try.

yanaz - ape ni...manade. gua bese2 je.

frh - amacam? sebab tu lah gua beli kete plate Perok.

ciki - hehehehe

eamy - dah2. nti karma pulak. muahahahaha

Anonymous said...

btol la no yang kau bg tu!! die kata nk jumper kau... biler free?




*hehehe takut x?

apek terror said...

see what i mean....licik2....

laki cikgu kimia said...

licik itu benar skali..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ah pundek laa..gua pantang betul orang bila kena tahan polis jadi sopan..buat garang laa macam gua..!!baru true..

Cik-Gie said...

ceh!
tade makne nye licik

dalam hati pak pulisi tu,


*alaahaaiii tomelnyeerrr kuci kuci kuci*

Rembo said...

lol - ish. dia watpe. anak dia leh la. dua la cakap kt dia. satu gua, satu lu. amacam?

apek - sifu. sehat sifu eh?

crtclthnkr - kan? gua dah lain skang ni beb!

pp - beb. sebenarnya lepas je. gua drive zigzag. tp mls la gua nk tulis. xmanis pulak di pandang orang ramai nnti.

cikgie - la la la. *siul2 kecil hehehe