Monday, August 04, 2008

Tolong ingatkan gua 26 Ogos ini tentang Panasonic Lumix, boleh?

Petang semalam, gua nekad. Gua, Tom,Takat dan seorang lagi entah siapa nama... Redah Petaling Jaya. Semata untuk satu gig...errr...ke konsert? Hmm...gig kot....err...konsert kot. Ah! apa-apa saja lah!

Gua dah lama tunggu ini event, sebab ini band. TOE. Gua mula dengar ini band pun time Zaman Gelap gua. John Hafiz post dekat entri dia. Memang ngam. So, time gua mengembara ke Jepun dulu, gua sempat sambar CD. Memang gua jatuh cinta terus.

So, gua malas hendak buat scene report untuk event ini. Kalau lu orang hendak tau, bulan depan la gua rasa, lu orang dah boleh pergi cari Majalah Junk. Takpun Klue, sure ada review ini event. Tapi untuk cepat punya review, lu orang klik sini.

Ini ialah Amberhaze dalam keadaan yang sangat jauh.

Ini pula adalah Nao.

Siapa lagi kalau bukan Killeur Calculateur.

Ini pula B-Quartet.

Hah! Toe lah ni. Siapa lagi?

Bila masa turn Toe beraksi, phone camera gua habis battery. Gua kecewa. Gua pandang siling hall. Dalam hati gua berkata, "kenapa ini jam baru habis? extend sikit tak boleh ke?"

Mula-mula gua nak marah. Tapi gua dengar vocalist Toe pesan, "dont take too much photo. See, listen and feel."

Lantas sepanjang hampir sejam, gua tutup mata sambil goyang-goyang comel setempat. Kepala gua hayun kiri kanan ikut alunan muzik. Memang gua feel good!

7 comments:

deaf-angel said...

bro, gini nye show, berapa rm eh harga tiket dia?

apek terror said...

haha...lu nie licik... manusia licik rambo...

The Freshie Beaute by Nikky said...

bagaimane kah rupenyer goyang-goyang comel setempat????
eheee~~~

Eamy said...

tuh da ada 4 comment tuh
hahahahah

H said...

*goyang2 comel juge*
pegi tak ajak...
huh!

Jsmn said...

kawan gua ada ajak, tapi gua ada date ngan bonda so terpaksa tak pegi. explosion gua miss sbb takde duit. mono gua miss sebab terlampau bz. demmit

Rembo said...

deaf - xsmpi seratus la. tengok organizer gak.

apek - kecoh! mana can gua?

nikky - ala mcm orang tgh wirid tu. tapi tgh berdiri smbil hentak2 kaki. amcam?

eamy - nk kene nih! hehehe

ciki - manatau nak ikot?

jasmin - sbb explosion ngn mono gua tak pergi la gua nekad pergi mono nih!