Wednesday, December 31, 2008

Meh sini sayang. Duduk atas riba gua. Ada benda gua nak cakap.

Sekarang. Lebih kurang 4 jam dari sekarang. Dari saat ini. 2008 akan gua dan semua orang tinggalkan.

Lebih kurang 4 jam dari sekarang. Semua orang akan terpaku melihat jam. Dan mula berkira. Daripada angka 10 hingga 1, lalu menjerit Happy New Year!! Ada bunga api sana sini. Langit malam jadi terang. Itu cerita di ibukota.

Cerita lain tempat? Lain negara?

Lebih kurang 4 jam dari sekarang. Sebuah lembaran baru bagi gua dan semua akan bermula. Mulai esok, gua percaya peratus jualan rokok akan menurun. British American Tobacco akan mengalami kerugian. Mungkin beribu-ribu ringgit. Tapi peratusan akan naik semula bila masuk minggu kedua.

Gua berada di kampung. Gua memilih untuk berada di kampung. Mungkin tiada acara mengira turun. Mungkin tiada bunga api. Biasa-biasa je. Tapi, gua dengar dengar Majlis Perbandaran Batu Pahat ada beli bunga api. Tunggu dan lihat.

Nanti kalau jalan ke bandar Batu Pahat jammed, ada lah tu sesuatu kat Dataran tu. Biasalah, tahun baru. Tak best la kalau tak ada bunga api.

Selamat tinggal sayang. Selamat datang sayang.

Rata-rata gua tengok cerita pasal 2008. Bermacam gaya. Gaya emosi, gaya bersemangat, gaya buat-buat gembira, gaya memang gembira. Semua ada. Berbagai.

Gua. Bila melibatkan pandang masa lampau, gua memang kalah. Manjang sayu. Manjang emo-emo sikit. Nak-nak Camera Obscura tengah temankan gua.

Tapi senyum-senyum sendiri pun ada jugak. Mende-mende yang gua suka, confirm kena senyum.

Azam. Gua malas nak cerita pasal azam. Kalau azam gua tu boleh bercakap, mesti-mesti gua kena maki. Berazam bagai, sudahnya azam entah kemana, mende yang gua buat entah kemana. Susah-susah, gua tak payah ada azam tahun ini. Senang.

Yang pasti, tahun ini, tahun 2008. Banyak perkara dan perubahan demi perubahan yang dah gua capai. Perubahan dari segi positif ada, negatif pun boleh tahan banyak. Biasalah, hidup.

Gua macam nak tulis banyak. Tapi gua fikir-fikir, nanti jadi macam satu rancangan TV3 yang review apa dah berlaku sepanjang tahun yang biasa bersiaran malam tahun baru. Entah apa nama rancangan dia gua lupa.

Susah-susah, klik je Cetusan Emosi Gua sebelah kanan tu. Settle!

Monday, December 29, 2008

Gua tengah melepaskan diri daripada cengkaman jammed sana sini.

Malam semalam. Ketika gua duduk minum teh dengan seorang teman. Selepas gua menghadiri parti-akhir-tahun-separa-liar syarikat gua bekerja.

Gua tersedar sesuatu.

Rupa-rupanya, gua dah makan bulan tak lepak dengan perempuan. Lantas peluh gua tak berhenti keluar dalam 15 minit pertama. Bukan panas sangat pun malam semalam tu. Hilang segala hikmat bermuka-muka gua. Hilang segala jurus-jurus pematah kata-kata gua. Berdebar punya pasal.

Nampak sangat gua ni jejaka pemalu.

Dan sekarang. Gua sudah berada di kampung. Cuti sampai Ahad depan. Jangan harap sangat gua dapat update selalu. Banyak urusan kat kampung ni nak kena settle.

Masuk hutan sana sini. Tolong ajar anak orang berkawad, baling helikopter sampai jatuh dengan batu, memanah dengan tepat. Maklumlah, Rambo.

Wednesday, December 24, 2008

Oh My! tinggal seminggu lagi untuk Tahun Baru.

Semua orang sedar 2008 semakin ke penghujung. Semua orang sibuk fikir masa depan. Tahun baru. Tahun 2009. Masing-masing ada azam. Nak itu, nak ini.

Dalam kepala gua, cuma ada tiga perkara. Tiga perkara yang gua perlu tingkatkan. Tiga perkara yang gua rasakan perlu ada. Dari hari Isnin gua fikir. Gua fikir punya fikir, jalan buntu yang gua jumpa setakat ini.

,

Semalam tengah hari. Waktu makan tengah hari. Tiba-tiba rakan sepejabat gua bersuara;

"Jauh no menung? Result appraisal kan dah ok."

"Masa depan." gua jawap dengan serius.

Lelaki. Pendapat gua. Cuma tiga perkara. Duit. Perempuan. Kerjaya.

,

Pagi tadi. Sarapan dengan Kazar-masa-muda. Sedut rokok gua dalam-dalam, hembus.

"Last day kerja tahun ni kan lu hari ni? Mende fikir jauh-jauh sangat?"

"Masa depan." gua jawap dengan serius.

Lelaki. Pendapat gua. Cuma tiga perkara. Duit. Perempuan. Kerjaya.

Dan tiga perkara ini betul-betul bersarang dalam kepala gua sekarang ini. Ah, susah susah sangat, gua tanggalkan, campak tepi LDP jugak ni kang!

Tuesday, December 23, 2008

Oh Boy, Tinggal esok sahaja lagi.

Dari semalam gua sedar sesuatu. Gua dah dekat hujung-hujung tahun 2008. Dari semalam juga gua cuba selak-selak hari-hari yang dah berlalu. Maksud gua, dalam konteks kerjaya.

Tadi, keputusan penilaian tahunan gua oleh majikan gua. Beres. Seperti yang gua jangka. Dan juga sedikit suntikan semangat daripada bos Jepun gua.

Dan gua sedar, gua kena fikirkan sesuatu untuk terus maju tahun depan. Esok, hari terakhir gua bekerja untuk tahun ini. Jadi gua kena fikirkan sesuatu sebelum esok.

Sebab itu gua kurang menulis sekarang.

Monday, December 22, 2008

Lu datang jengok gua, lantas demam gua baik.

Akhir-akhir ini. Gua akan terjaga-jaga bila tidur. Macam ada yang kejut gua. Dua tiga kali terjaga. Gua tak pasti. Mungkin kesan daripada ubat batuk yang aku minum sebelum tidur.

Maklumlah, sistem badan baru nak berfungsi dengan normal semula. Selera makan mula datang, hisap rokok mula tak rasa macam asap bakar sampah apek sebelah rumah. Kembali normal.

Malam itu. Malam Jumaat.

"Awak, awak tengok. Rambut ini. Lawa kan saya potong camni? Lawa? Kan?"

" Hmmm...lawa and it's make u look so cute. Macam Liyana Jasmay pun ada." balas gua.

Pelik. Aneh. Kekok.

Budak Kampung Melayu ini, memang suka datang dalam alam maya gua. Dah lama senyap, kemudian datang sekejap-sekejap terus hilang. Tinggalkan sedikit kesan dalam diri gua.

Esoknya, gua terus sihat sejahtera.

,

Gua kekeringan idea menulis akibat penat daripada team building selama dua hari di Klebang, Melaka. Dan kepala gua terus pening fikirkan strategi untuk hidup gua sepanjang tahun depan.

Thursday, December 18, 2008

Gua baru sedar hujan kat Kelumpo ni tak sama dengan hujan kat Batu Pahat.

Malam itu. Malam minggu. Selepas melayan Liga Perdana Barclays. Tom bersuara;

"Bo, malam minggu ni. Tak kan nk duk umah je. Jom le kite ke downtown Cheras ke mana ke."

"Ah lu, pantang tengok gua senang. Cepat la siap."

Gua ok je bab berjalan malam-malam ni. Bukan apa, gua akan jumpa berbagai ragam dan fesyen manusia. Yang rock, yang hip-hop, yang indie, yang shuffle. Macam macam. Bagai.

Selesai berjalan, pusing sana, pusing sini. Masuk deret kedai terakhir, hujan mula turun renyai-renyai. Orang ramai mula cari tempat berteduh, peniaga-peniaga kelam-kabut menyelamatkan barang dagangan mereka.

"Kecoh sangat dia orang ni pehal? Bukan lebat lagi pun." Tom bersuara.
"Hah, tu la dia. Relax-relax sudah." gua sokong Tom sambil nyalakan Dunhill Light dalam gaya cool.

Orang lain sibuk cari teduh, gua dengan Tom relax-relax redah hujan renyai-renyai menuju kereta.

,

Setengah jam kemudian.
"Gua dah rasa lain macam ni. Sekali kena hot coco best ni!."

"Gua nak mushroom soup. Memang cara!" balas Tom.

,

Empat hari lepas tu.

"Lu jangan buat main-main dengan hujan Kelumpo ni Bo. Sapa suruh lu tak mandi lepas kena hujan kat downtown aritu?" ungkit Tom.

"Hahaha. Padan muka gua. Pandang rendah kat hujan Kelumpo. Ini la ubat dia. Dua hari terbaring depan tivi, sebelah ubat demam, ubat selsema, ubat batuk dengan antibiotik." kata-kata gua dengan lemah.

Kepala gua pusing, badan gua sekejap panas sekejap sejuk, bibir gua rasa tebal, tekak gua sakit, selera takde. Hisap Dunhill Light gua pun da rasa macam sedut asap bakar sampah apek sebelah rumah.

Tuesday, December 16, 2008

Pengalaman gua makan tengah hari di kedai-lauk-atas-dulang.

Tengah hari tadi. Lunch break. Sedang asyik gua layan makan tengah hari gua, brader meja sebelah gua kuat bercerita. Topik biasa. Perempuan. Cakap kuat-kuat. Naik pening kepala gua.

"Pung pang pung pang....bekas lu, baru nak pasing gua...bla bla bla...yada yada yada...."

Dalam hati gua, "gua sepak guna pinggan jugak brader ni kang!"

Beberapa minit lepas itu, tempat brader tadi diganti oleh dua orang mamat berkemeja smart.

Gua macam biasa, malas nak berbual dengan rakan sepejabat gua. Kurang mood untuk bersosial dalam keadaan tekak sakit dan hidung selsema. Rasa ayam masak kicap pun dah macam rasa ayam masak air suam.

Mamat berkemeja sebelah meja gua mula berbual. Bermula dengan cerita-cerita kematian. Cerita tentang kematian emak. Gua dah tangkap syahdu.

"Bla bla bla...Meninggal....umur 60 tahun...bla bla bla...Cancer...." cerita mamat berkemeja 1.

Lepas seketika, topik dah tukar. Kearah mistik pula. Tapi masih berkaitan keluarga.

"Ha tu la...bla bla bla...arwah atuk aku dulu...bla bla bla...saka....bla bla bla...kene tanggal atap...bla bla bla...jumpa paku panjang 8 inci atas atap." cerita mamat berkemeja 2.

Perasaan gua yang tadi syahdu dah mula tukar dengan hangin.

"Itu lah. Mak tiri jiran aku dulu pun camtu....bla bla bla...ada orang meninggal...bla bla bla...tak boleh masuk rumah..bla bla bla...sebab ada bela bla bla bla..." lawan cerita mamat berkemeja 1.

Gua yang dari tadi dekat sebelah dia orang fikir. Ini sesi makan tengah hari ke sesi debat cerita paling letup?

Panas hati gua. Sekali gua bawak King Of Letup datang jumpa korang, baru tau. Jangan bila dibawa keranda baru bercucuran air mata!

Monday, December 15, 2008

Disebabkan entri tag gua yang kat bawah ni macam sampah, cepat-cepat gua buat entri baru!

Satu petang tu, gua balik daripada pejabat. Penat. Letih. Kepala berat fikir macam-macam. Dalam kepala gua mahu cepat-cepat masuk rumah, layan MTV ke, Channel V ke. Takpun Hitz.tv.

Biar lapang sikit kepala gua dengar lagu-lagu pop kontemporari. Takkan gua nak layan playlist oldschool hardcore gua time-time penat ni. Mahu bersepai bilik tidur gua kang.

Sampai kat parking kereta, gua nampak ada satu kereta merah, satu kereta hitam. Bermakna dua daripada 3 orang rakan serumah gua yang lain sudah balik. Selesai gua park kereta, lantas gua masuk rumah cepat-cepat. Katy Perry dah terbayang-bayang dalam kepala gua.

"hello!" seraya gua melangkah masuk rumah dengan nada separuh bergurau.

"dah tak reti bagi salam dah?" housemate 1 tegur gua.

"dah tak faham maksud sarcastic dah?" gua balas sambil buat muka ketat.

Katy Perry entah kemana, MTV entah kemana. Lantas gua naik atas, tidur sampai keesokan pagi.

Potong. Gurau-gurau pun kena tegur. Susah cakap dengan orang tak faham ni. Ke gua yang ego sangat sangat tak boleh lebih kurang?

Lu orang tak payah la percaya sangat mende mende gua tulis ni [Part Two].

Hari ini gua sangat penat sampaikan sistem dalam badan gua kurang stabil. Belakang badan gua sakit, kepala gua pening, mata gua pedih dan juga tekak gua tak sedap. Ini semua ekspedisi ke Lipis semalam.

Member gua kawen. Biasalah, musim cuti sekolah. Member gua tu cakap, duration yang dia pernah buat dari Kelumpo ke Lipis adalah sejam. Sejam taik awok!!!

Sampai sakit-sakit badan gua ini sejam mendenye!

Ok. Gua tunaikan janji gua Jumaat lepas. Menjawap tag dari si Rajuna. Hah, ready dengan right click then click at save page as. Senang nak buat rujukan nanti.

1. Anda rasa anda hot?

Hot apa bendenye! Tak tahu la kalau zaman sekarang ni orang tengok perut buncit tu hot, pipi tembam tu hot, ada double chin tu hot. Kalau gitu, hot la gua. Kalau tak, tak la gua.

2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?

Hah! gua kenan kat gambar ni bukan sebab gua pakai Ray-ban dengan baju kotak-kotak cutting western, tapi, gambar ini cara sebab simetri. Macam dalam cermin. Kredit untuk Farah. Errr..gua bergaya? Ish...taklah, mana ada!

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Mendela punya soalan ini? Tak related langsung! Sepak nak?! Gua last telan pizza bulan Jun ke Julai, gua tak ingat. Sebelum gua tengok Nostalgia kat Ampang Noisy Studio.

5. Lagu terakhir yang anda dengar.

It's a hit - We are scientist. Gua goyang-goyang comel je bila dengar lagu ni berkumandang tika dalam jammed. Free je gua rasa. Takda beban langsung dalam kepala.

Rajuna. Bosan sial buat tag lu ni!
*paksa diri

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

Gua tengah fikir siapa lagi yang gua nak tag. Gua tengah tunggu claim gua masuk. Gua tengah buat inventory tools untuk group gua. Gua tengah tahan pening kepala. Gua tengah fikir gambar mana yang sesuai untuk gua bagi kat amoi management gua kat bawah tu. Hari-hari jumpa pun mintak gambar lagi!

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

Keven Mealamu
- kalau gua tengah main ragbi.
Samir Nasri - kalau gua tengah main bola.
Cheah Soon Kit - kalau gua tengah main badminton.
Dave Grohl - kalau gua tengah pegang mic.
Jamie Oliver - kalau gua tengah kat dalam dapur.

Hah! puas hati lu?!!

8. Tag lagi 5 orang.

Oro
Endy
Tom
Ciki
Liyana Jasmay

9. Siapa orang nombor 1?

Oro. Err...rakan main futsal dulu masa hujung-hujung belajar gua. Budak Ipoh. Ate, tak puah hati?

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?

Hah! Tom? Hubungan? Setakat ni belum lagi kot? Tapi gua dengar cerita, orang tua dia dah carikan jodoh. Orang Negeri Sembilan gua dengar cerita.

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.

errr....errrr....errrr....nanti pakai baju The Beatles tu ye bila keluar dengan kite nanti. Ala...yang time belakon dalam cerita Kami tu. Haa...tu la. Baju tu. Eh? eh?

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?

Makwe kecil molek. Dan beliau adalah Pemakai Jeans Wanita Terbaik. Hah, amacam? Nanti belanja kopi mahal eh?

13. Siapakah orang nombor 2?

Budak Uda. Naik kereta Kelisa. Pemilik Inspire Records. Enough said.

Perghh! berejam gua buat tag ni. Entah apa gua bebelkan gua tak pasti. Main tulis je gua ni. Maklumlah, badan tak berapa nak sihat. Denial.

Friday, December 12, 2008

Lu orang tak payah la percaya sangat mende mende gua tulis ni.

Hah! sekali lagi gua kena tag. Macam biasa. Cik Ciki ni suka sangat menge'tag' gua. Ciki nak kenal saya dengan lebih detail yee?

Tag kali ini gua rasakan agak personal. Mungkin sangat personal. Mana yang rasa gua jawap lain macam tu, faham-faham sudah. Tak pun buat-buat faham. Ok?

Tag dari Rajuna, nanti gua jawap. Minggu depan. Sekali dengan tag Oro ye? Kombo la. Macam sama je gua tengok.

Ok. Here we go. Please take note.

7 ciri perempuan idaman gua.

1. Bijak.
Bukan tahap pendidikan. Itu cerita lain. Ini cara berfikir. Maksud gua, kena fikir lain sikit daripada orang biasa. Gua agak bosan dengan cara biasa-biasa ni. Lagi satu, alasan gua, kalau gua kurang kepada satu benda/perkara, dia yang tolong tambah. Ini asyik gua je, susah la.

2. Minat muzik.
Ini penting. Sebab gua minat muzik. Tak kisah muzik macam mana. Janji senang gua bawak ke gig ke, show ke, konsert ke. Boleh je mana-mana. Takde lah nanti bila gua nak tengok show, membebel tak sudah. Rimas gua!

3. Satu kepala.
Senang. Gua belum habis cakap, dia dah tangkap apa dalam kepala gua. Kan ke senang macam itu. Lepas tu, gua ajak tengok bola kat kedai mamak dengan member gua pun senang. Layan je.

4. Pandai masak.
Gua hero sikit bab makan-makan ni. Kira kalau dia pandai buat kek coklat moist, memang extra bonus point.

5. Atlet.
Ini gua bukan penting sangat. Cuma, gua sangat suka andai dia adalah atlet. Sebab, gua minat bersukan. Sekejap gua main futsal, sekejap gua main badminton, sekejap gua main rugby. Kalau bukan atlet yang nak faham atlet, siapa lagi nak faham?

6. Memahami.
Dapat faham gua punya hati dan nurani. Gua ini lain macam sikit.

7. Rajin.

7 perempuan yang pernah gua minat dalam hidup gua.

Ini soalan perangkap namanya. Kalau gua tulis sini susah la gua. Errr...errr... terbongkar la rahsia gua semua. Oklah, gua jawap soalan ini dengan penuh denial. Gua ulang, penuh DENIAL. Sila jangan percaya.

1. Eed.
Masa gua sekolah rendah. Dia anak cikgu. Gua nak kat dia, supaya gua senang dapat markah dalam Bahasa Melayu. Amacam?

2. Inn.
Masa gua sekolah menengah atas. Budak Seremban. Dia sangat comel dan bermata besar.

4. Eila.
Masa gua belajar kat IPT. Gua mentah lagi dalam hidup ini jam. Dulu la, gua miscall je, mesti dia call gua balik. Tu yang gua suka. Anak orang kaya kot. Apa-apa hal gua senang.

3. Eja.
Masa gua belajar kat IPT. Dia ni atlet. Semua sukan kalau boleh dia nak main. Tapi major dia netball dengan handball. Shit!!!

4. Ema.
Masa gua lepas belajar kat IPT.

5. Eni.
Ni gua ingat-ingat lupa.

6. Eja.
Ini lain dari Eja no 3. Sebab dia ni sangat cool lagi blur-blur.

7. Liyana Jasmay
Ini memang gua punya all time favourite.

Ada lagi, tapi gua malas nak tulis. Gua tipu ni. Jangan percaya.

7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang gua minat.

1. Girang.
2. Gembira.
3. Puas.
4. Berdebar.
5. Seronok.
6. Floating.
7. Mendabik dada.

Lain-lain, rahsia.

7 tempat yang gua nak lawat bersama orang yang gua sayang.

1. Venice.
Gua nak buat gaya iklan minyak wangi tu. Nyanyi atas bot. Jangan kota ini tenggelam dulu sebelum gua sampai dah. Gua dengar cerita semakin hari semakin dinaiki air.

2. Bandung.
Kota hardcore. Gua dengar cerita, tempat ini sangat cool.

3. Tanjung Emas, Muar.
Gua dengar cerita lagi la, tak true kalau couple tapi tak pernah jejak Tanjung Emas ini.

4. Esplanade, Singapore.
Tempat selalu ada konsert kat Singapore.

5. Fort Canning Park, Singapore.
Sama la macam no.4.

6. Taman-taman di Putrajaya.
Member gua pesan, ini tempat yang lu kena pergi bila dah ada makwe. Jalan-jalan waktu remang-remang petang sambil pegang tangan kat taman-taman ini memang A. Gua tengok pun macam best je.

7. Tempat-tempat peranginan.
Ala...biasa la ni kan. Pulau ke, air terjun ke, zoo ke. Biasalah.

8. Woodstock.
Hah ini memang kena pergi kalau ada masa.

Gua tipu lagi. Sila jangan percaya.

7 barang yang gua nak hadiahkan buat orang tersayang.

1. Minyak wangi kot?
2. Satu frame kertas comot-comot yang ada puisi yang gua tulis.
3. Kasut sukan. Biar gua boleh ajak jogging sama.
4. Converse All Star.
5. Jam tangan Casio Oldschool.
6. Braclet.
7. Necklace.

Itu kalau gua nak bagi la. Biasanya gua tak bagi. Gua suruh beli sendiri. Bukan gua kedekut. Tapi gua nak ajar cara hidup susah. Kang merajuk sikit, mintak teddy bear lah, micro wave lah. Susah la gua. Buatnya mintak gua Proton Perdana. Hah, gua nak jawap apa?

7 lagu yang gua nak nyanyikan kepada orang tersayang.

1. Buat Aku Tersenyum - Shiela On 7
Apa lagi yang buat gua tersenyum?

2. I Dont Wanna Miss A Thing - Aerosmith
Hah! Ini lagu memang gua kalah. Kalau boleh, mau gua nyanyi setiap kali makwe gua dengan gua bertentang mata. Gua nak dia tahu betapa gua...errr....sayang dia.

3. Fix You - Coldplay
Ini lagu, kalau makwe gua tengah sedih-sedih gua nyanyi sepam.

4. Cant Take My Eyes Off You - Damien Rice
Err...ini lagu gua lupa-lupa ingat.

5. Dan Tidurlah - Andra & The Backbone
Time-time nak tidur.

6. No Suprise - Radiohead

7. Fantasia Bulan Madu - Search

Errrghhhh! tertekan gua jawap menatang ni. Bak sini vomit bucket tu!!! Meremang bulu roma gua baca jawapan ini.

Owh, apa dia? Gua sweet? Terima kasih, terima kasih. Sebab itu gua selalu kena hurung dengan semut. Manis macam gula batu.

Wednesday, December 10, 2008

Cuti. Cuti. Cuti.

Gua baru naik kerja hari ini. Semalam gua cuti lagi. Bukan apa, gua punya alasan, malas nak harung jammed dekat PLUS time-time orang semua naik Kelumpo balik. Penat. Tak kira la. Petang ke, malam ke.

Malam Selasa, gua tengah lepak minum-minum. Seorang Hardcore teks seorang rakan blogger,

"Pa*t*k! Jammed dari Ayer Keroh sampai ke Nilai. Naik bas pukul 7, sampai Kelumpo dekat kol 12. Gila. 5 jam dalam bas."

Setelah rakan blogger tunjuk teks tu kat gua, dengan tenang gua senyum, angkat kening sebelah.

"Itu pasal gua malas balik hari ni."

Satu perkara yang gua sangsi. Asal hari perayaan, walaupun bukan perayaan penting. Kenapa mesti kawasan antara Ayer Keroh ke Nilai atau paling teruk membawa ke Bangi itu akan mengalami kesesakan trafik?

Walhal, tiada apa yang berlaku. Takda kemalangan, takde kereta rosak, takde crossed antara susur masuk dan susur keluar macam dekat Pandan Indah. Takda apa. Tapi kenapa jammed? Musykil betul gua.

Gua dah suspect, ada 'orang' ramai-ramai duduk tengah jalan. So, bila kena langgar, automatik jadi slow.

,

Gua baru semangat-semangat nak kerja, besok cuti lagi. Tengah rancang-rancang jadual minggu depan, gua dapat email dari bos-kecik-group-lain. Dalam emailnya kata, company gua akan shutdown bermula 26 Disember hingga 4 Januari. Cuti je manjang.

Apa semua orang opis gua dah malas kerja ke apa ni?

Friday, December 05, 2008

Sampai sekarang gua tertanya-tanya siapa makwe ni sebenarnya.

Gua duduk di satu sudut. Keliling meja gua yang tadi ramai rakan-rakan, sekarang hilang. Tinggal gua seorang diri dengan meja bulat merah dan sofa lembut oren. Sesekali mata gua kecilkan. Akibat silau pancaran lampu berwarna warni, sambil mulut bersiul-siul kecil lagu yang berkumandang.

Jauh satu sudut lain, ada seorang makwe. Mata besar ber'eye-liner', bibir nipis, rambut pendek. Sebahagian tutup mata Tinggi tak tinggi, kurus tak lurus. Sedap mata memandang. All star putih, jeans biru gelap serta t-shirt putih. Tertera tulisan Norma Jean. Ada juga sehelai kain melilit leher. Dari jauh sudah jeling-jeling sama gua.

Masuk jeling ketiga, dia sudah sebelah gua. Gaya pemakaian sedondon dengan gua. Gua dengan Reebok Classic putih, jeans hitam, dan T-shirt putih. Tertera tulisan Toe.

Semakin lama semakin rancak berbual. Gua sudah lupa untuk bersiul-siul kecil mengikut lagu yang di mainkan. Seronok berbual. Lupa rakan-rakan gua entah mana. Lupa semua. Antara gua dengan dia, seolah sudah lama kenal. Lama tak jumpa, menghilang rindu dendam.

Sampai satu saat. Mata bertentang mata. Tak da ucapan dan kata-kata. Lantas, tangan gua sudah berada di leher makwe tu. Tanpa gua buang masa lagi, gua tarik leher makwe ni, rangkul pinggang sepam.

Dua saat lepas itu, bibir gua sudah bertaut rapat dengan bibir dia. Nafas turun naik. Lidah jangan cakap la meliarnya.

Seminit lepas itu, gua bukak mata. Gua atas katil sambil merengkok kesejukan. What the heck? Mana pergi makwe tadi? Celaka. Mimpi lagi.

Gua termenung sekejap. Memikirkan makwe yang tadi gua kucup tadi hilang. Passionate yang gua rasa itu sangat real.

Sejam selepas tu, gua stuck tepi jalan dekat Punjak Jalil. Kipas radiator kereta hitam gua gagal berfungsi. Hampir overheat kereta hitam gua. Lantas gua call bos kecik gua, beritahu dia gua emergency leave hari ini.

Sambil gua tenung asap rokok yang gua hembus, sambil tunggu kereta hitam gua cooling down, gua terus berfikir.

Gua bermimpi mengucup makwe dengan penuh rasa cinta itu menandakan kereta gua rosak. Tak logik, tak logik. Habis kalau gua mimpi buat lebih dari bercumbu?

Thursday, December 04, 2008

Hujung tahun adalah saat paling syurga. Nak-nak ekonomi masih belum pulih.

Sekarang, hujung tahun. Hampir semua pelanggan gua akan shut down. Production semakin sedikit. Kesan pada gua, semakin kurang kerja. Semakin lama gua duduk di pejabat. Semakin banyak gua fikir bukan-bukan. Semakin banyak gua teringat kisah-kisah tahun-tahun lepas.

Sekarang ini, gua teringat satu kisah gua tahun lepas. Skop kerja yang sama. Masuk ke kilang customer gua bagi menyelesaikan masalah teknikal yang mereka hadapi terhadap mesin peliharaan gua. Itu pun kalau ada masalah. Kalau tiada, dengan berkonsepkan home office, tiada kerja bermakna kerja gua adalah di kawasan sekitar Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan A Famosa.

Satu hari, mesin peliharaan gua tenang. Diam tanpa masalah. Gua dengan partner-in-crime gua jalan-jalan sekitar kawasan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan A Famosa. Penat berjalan, gua dengan partner-in-crime gua lepak makan Baskin & Robin sambil duduk di tangga paling atas di kota tinggalan A Famosa.

Jam baru menunjukkan lebih kurang 4 petang. Tiba-tiba partner-in-crime gua bersuara,

"Agak-agak lu la kan, what is the best part of mengular among our friends job?"

"Hmmm...depends. Kalau kat kilang, paling best pun tidur dalam surau. Kalau kerja pejabat, maybe main snooker time rehat. Kalau kerja offshore, gua tak tahu. Maybe berenang kot."

Jawapan gua di sambut dengan hilai tawa besar. Macam Lucifer tengah ketawa dengan kawan-kawan dia sebab dapat hasut manusia.

"Ok, ok. What if their asking us the same question?" Tanya partner-in-crime gua lagi.

"Lepak makan Baskin & Robin sambil tengok separuh kota Melaka dekat tangga paling atas A Famosa!"

"Hahahahaha. You just so right Bo."

Gua dengan partner-in-crime gua terus gelak sampai penat.

Sekarang. Andai soalan itu keluar lagi untuk gua. Gua akan jawap,

"Be home by 5 o'clock and watching Ned Flanders arguing with Homer Simpson while having..err...Coke."

Tuesday, December 02, 2008

Owh my! kenapalah gua teringat sangat zaman ini semula? Mungkin gua sudah sangat bosan.

Sejak malam minggu lepas. Sejak gua curi baju 97-Shiki daripada Talib, gua rasakan ada sesuatu hinggap dalam diri gua. Semangat macam dulu-dulu. Zaman semangat print baju guna dye yang berharga RM 2.50 sebotol. Potong kertas keras buat stensil.

Semangat yang seketika padam.

Walaupun seketika padam. Idea-idea perjuangan masih berbaki dalam lubuk hati gua. Cuma gua tak dapat nak luahkan macam dulu-dulu.

Pagi tadi, gua pergi kerja, Boy Set Fire jadi teman gua. Sana sini jerit. Sana sini pekik. Sana sini sing-a-long. Gua dah bayangkan acara finger pointing sambil sing-a-long.

Rise! Rise! Rise! Rise! Rise! Rise!

,

Sampai petang ini, gua rasa nak mengamuk jika ada yang tak kena. Pantang terasa tertindas. Pantang terasa dipijak. Mesti mahu fight back. Mesti mahu lawan. Mesti mahu tentang. Maklumlah hardcore in my blood.

Rise! Rise! Rise! Rise! Rise! Rise!

Owh padan la. Gua lapar.
Sepatutnya;

Rice!
Rice! Rice! Rice! Rice! Rice!

Monday, December 01, 2008

Oh Budak! Dah Disember dah?!

Owh, 1 haribulan Disember sudah. Cepat. Memang cepat. Seingat gua, bulan Disember 2007 terasa baru berlalu (klise). Apatah lagi Disember 2005. Saat pertama kali gua pegang microphone depan orang ramai, terkinja-kinja. Sambil rakan sekeliling gua bermacam gaya.

Ok. Gua rindu saat itu.

Tahun lepas. 2007. Saat-saat genting kedudukan gua dalam organisasi kecil syarikat lama gua. Bermacam rumuors, bermacam telaahan. Selesai Tahun Baru Cina, gua pilih untuk menggugurkan kedudukan dua daripada organisasi syarikat.

Ok. Cukup.

Sekarang, gua sudah mula lucutkan satu persatu baju yang ada tulis kenangan pahit. Yang ada rasa manis, gua tinggalkan.

Lucut. Kemas. Simpan.

Gua malas nak pandang belakang sangat dah. Banyak lagi gua kena fikir. Kerjaya gua paling penting. Tanggungjawap gua. Umur....errr...tak payah fikir sangat.

Tinggal 30 hari lagi tahun baru. Tolak cuti yang berkoyan-koyan, tahu tahu nanti jam sudah berdenting dan ada sorakan kuat tahun baru.

The December Drive mengiringi gua sepanjang bulan ini sambil gua berkira-kira, beragak-agak, merancang-rancang untuk tahun depan.