Friday, December 05, 2008

Sampai sekarang gua tertanya-tanya siapa makwe ni sebenarnya.

Gua duduk di satu sudut. Keliling meja gua yang tadi ramai rakan-rakan, sekarang hilang. Tinggal gua seorang diri dengan meja bulat merah dan sofa lembut oren. Sesekali mata gua kecilkan. Akibat silau pancaran lampu berwarna warni, sambil mulut bersiul-siul kecil lagu yang berkumandang.

Jauh satu sudut lain, ada seorang makwe. Mata besar ber'eye-liner', bibir nipis, rambut pendek. Sebahagian tutup mata Tinggi tak tinggi, kurus tak lurus. Sedap mata memandang. All star putih, jeans biru gelap serta t-shirt putih. Tertera tulisan Norma Jean. Ada juga sehelai kain melilit leher. Dari jauh sudah jeling-jeling sama gua.

Masuk jeling ketiga, dia sudah sebelah gua. Gaya pemakaian sedondon dengan gua. Gua dengan Reebok Classic putih, jeans hitam, dan T-shirt putih. Tertera tulisan Toe.

Semakin lama semakin rancak berbual. Gua sudah lupa untuk bersiul-siul kecil mengikut lagu yang di mainkan. Seronok berbual. Lupa rakan-rakan gua entah mana. Lupa semua. Antara gua dengan dia, seolah sudah lama kenal. Lama tak jumpa, menghilang rindu dendam.

Sampai satu saat. Mata bertentang mata. Tak da ucapan dan kata-kata. Lantas, tangan gua sudah berada di leher makwe tu. Tanpa gua buang masa lagi, gua tarik leher makwe ni, rangkul pinggang sepam.

Dua saat lepas itu, bibir gua sudah bertaut rapat dengan bibir dia. Nafas turun naik. Lidah jangan cakap la meliarnya.

Seminit lepas itu, gua bukak mata. Gua atas katil sambil merengkok kesejukan. What the heck? Mana pergi makwe tadi? Celaka. Mimpi lagi.

Gua termenung sekejap. Memikirkan makwe yang tadi gua kucup tadi hilang. Passionate yang gua rasa itu sangat real.

Sejam selepas tu, gua stuck tepi jalan dekat Punjak Jalil. Kipas radiator kereta hitam gua gagal berfungsi. Hampir overheat kereta hitam gua. Lantas gua call bos kecik gua, beritahu dia gua emergency leave hari ini.

Sambil gua tenung asap rokok yang gua hembus, sambil tunggu kereta hitam gua cooling down, gua terus berfikir.

Gua bermimpi mengucup makwe dengan penuh rasa cinta itu menandakan kereta gua rosak. Tak logik, tak logik. Habis kalau gua mimpi buat lebih dari bercumbu?

13 comments:

AkiM said...

lebih dari bercumbu meletup trus kete tuh nnt...pecayalah!!

l.i.f.e said...

kalau lebih, mau esoknya aku nampak ada rangka kereta ditepi jalan dekat puncak jalil tu :))

CriticalThinker said...

gua sajes lo kasik direct je radiator fam tuh.. hi-speed machine memang kene selalu menten sejuk kan? *lo mandi tadi terlupa niat kot, tu yang maung kereta lo

Rambo said...

akim & life - tu straight thinking tu, kalo turn over, mesti lagi mantap kan? kan? kan?

nas - shhhh! shhhh! jgn publish. diam2 je.

Si Jambi Darat said...

ada kete lu kena tarik kalo mimpi lebih2 nanti..baik lu baca doa tido sebelum tido.elak gangguan syaitan..

HAHAHA..

ciKenit said...

ewah...
mimpi berkucupan?
dasat la rembo ni skang...
wuhuuuu.
er... er...
takmoh la tanye soklan merepek2.
hahahah...
:p

Rambo said...

jambi - tarik? bank tarik? tak kot. hehehe

ciki - heeeee :D

ilazz said...

wahhhh.. ko dh x emo lagik ekk. dah merenyam plakk. hehehe...

pjoe said...

lu memainkan perasaan nafsu serakah gua la
hahaha

Rambo said...

ilazz - eh kak, kan ke ada unsur2 emo tu hehehe

pjoe - perrgghh...pasni gua try tulis cerita 'kisah Kak Mona' pulak. Amacam?

Rajuna said...

gua rasa lebih baik lu selamatkan tv plasma lu dulu. daripada lu pekik2 marah2 pakcik rela kat tv langkah berjaga2 adalah perlu. lu bukan duduk bukit antarabangsa ke?

Rambo said...

hahaha
sial lari topik.
nk mengamuk update la weh! hahaha

Sweet Thinker said...

syok2 bc. ending tue yg adeh!