Thursday, December 18, 2008

Gua baru sedar hujan kat Kelumpo ni tak sama dengan hujan kat Batu Pahat.

Malam itu. Malam minggu. Selepas melayan Liga Perdana Barclays. Tom bersuara;

"Bo, malam minggu ni. Tak kan nk duk umah je. Jom le kite ke downtown Cheras ke mana ke."

"Ah lu, pantang tengok gua senang. Cepat la siap."

Gua ok je bab berjalan malam-malam ni. Bukan apa, gua akan jumpa berbagai ragam dan fesyen manusia. Yang rock, yang hip-hop, yang indie, yang shuffle. Macam macam. Bagai.

Selesai berjalan, pusing sana, pusing sini. Masuk deret kedai terakhir, hujan mula turun renyai-renyai. Orang ramai mula cari tempat berteduh, peniaga-peniaga kelam-kabut menyelamatkan barang dagangan mereka.

"Kecoh sangat dia orang ni pehal? Bukan lebat lagi pun." Tom bersuara.
"Hah, tu la dia. Relax-relax sudah." gua sokong Tom sambil nyalakan Dunhill Light dalam gaya cool.

Orang lain sibuk cari teduh, gua dengan Tom relax-relax redah hujan renyai-renyai menuju kereta.

,

Setengah jam kemudian.
"Gua dah rasa lain macam ni. Sekali kena hot coco best ni!."

"Gua nak mushroom soup. Memang cara!" balas Tom.

,

Empat hari lepas tu.

"Lu jangan buat main-main dengan hujan Kelumpo ni Bo. Sapa suruh lu tak mandi lepas kena hujan kat downtown aritu?" ungkit Tom.

"Hahaha. Padan muka gua. Pandang rendah kat hujan Kelumpo. Ini la ubat dia. Dua hari terbaring depan tivi, sebelah ubat demam, ubat selsema, ubat batuk dengan antibiotik." kata-kata gua dengan lemah.

Kepala gua pusing, badan gua sekejap panas sekejap sejuk, bibir gua rasa tebal, tekak gua sakit, selera takde. Hisap Dunhill Light gua pun da rasa macam sedut asap bakar sampah apek sebelah rumah.

16 comments:

tom said...

gua pun tgh berdebor je ni...takut gua pulak demam...masak!!

ciKenit said...

hah, lenkali pegi donwtown ajak ciki skali.
haih.
merajuk la ni hah...
:p

ilazz said...

len kali bwk payung. lagi bagus klu besor cm payung kt psr malam tu. kompem x kena ujan. :P

CriticalThinker said...

aku tak sehat gak ni bo. ape sume cancerian musim demam ke ape?

*bibir lo tu gua rasa biase hahah

AkiM said...

bibir ko ade setebal bibir angelina jolie...??

KARKADEWA said...

lu pandang rendah sgt ujan kolumpo ni...
sbb tu kambing x brani men ujan kolumpo...

frh bibir nipis said...

haha .. nasrul, betul betul ..
bibir angelina jolie dia tu sama jek aku rasa .. xde beza ;)

Rambo said...

tom - macam biasa la. ikut turn. kompem lps ni lu.

ciki - errr....next time yeh.

ilazz - tak cool langsung bawak payung tu.

nas - hah! tnya balik ur mum. silap2 kita ni kembar. asyik kongsi rasa yg sama.
eeeewwwww! bila masa lu rasa bibir gua?

akim - wow! thts so sexy ok.

dewa - tu la pasal. sekarang gua menyesal.

frh - kau pun pernah curi2 rasa bibir aku? hahahaha

.farah. said...

gua syak antibodi lu ni tak cukup strong la bai.

j or ji said...

downtown cheras? black area denggi tu..baik lu buat blood test!

mrblind said...

hujan penyakit kat kl nun..

Rambo said...

farah - sesekali nk kene demam.

j - lu jgn buat gua cemas j.

blind - hah. tu la dia.

l.i.f.e said...

kalau demam lelama, pegi la mintak buat blood test...denggi merata2 sekarang ni

Rambo said...

hmmm...no worries. ok dah ni.

or0 said...

downtown tu berape minit je dr umah gua, tanak roger gua lak lu orang...

gua kalo turun downtown suke gi mengurut tapak kaki...

Rambo said...

owh btol gk. lupe beb. sori2.