Wednesday, December 10, 2008

Cuti. Cuti. Cuti.

Gua baru naik kerja hari ini. Semalam gua cuti lagi. Bukan apa, gua punya alasan, malas nak harung jammed dekat PLUS time-time orang semua naik Kelumpo balik. Penat. Tak kira la. Petang ke, malam ke.

Malam Selasa, gua tengah lepak minum-minum. Seorang Hardcore teks seorang rakan blogger,

"Pa*t*k! Jammed dari Ayer Keroh sampai ke Nilai. Naik bas pukul 7, sampai Kelumpo dekat kol 12. Gila. 5 jam dalam bas."

Setelah rakan blogger tunjuk teks tu kat gua, dengan tenang gua senyum, angkat kening sebelah.

"Itu pasal gua malas balik hari ni."

Satu perkara yang gua sangsi. Asal hari perayaan, walaupun bukan perayaan penting. Kenapa mesti kawasan antara Ayer Keroh ke Nilai atau paling teruk membawa ke Bangi itu akan mengalami kesesakan trafik?

Walhal, tiada apa yang berlaku. Takda kemalangan, takde kereta rosak, takde crossed antara susur masuk dan susur keluar macam dekat Pandan Indah. Takda apa. Tapi kenapa jammed? Musykil betul gua.

Gua dah suspect, ada 'orang' ramai-ramai duduk tengah jalan. So, bila kena langgar, automatik jadi slow.

,

Gua baru semangat-semangat nak kerja, besok cuti lagi. Tengah rancang-rancang jadual minggu depan, gua dapat email dari bos-kecik-group-lain. Dalam emailnya kata, company gua akan shutdown bermula 26 Disember hingga 4 Januari. Cuti je manjang.

Apa semua orang opis gua dah malas kerja ke apa ni?

14 comments:

Unknown said...

elleh, cuti pon tanak lak, kasi gua je la cuti lu..

laki cikgu kimia said...

keje takde tape bo.. gaji lo kencang jegak what.

Rembo said...

oro - hehehe. dummy je ni.

Nas - jadahnya, hujung bulan gua telan megi gk. hahaha

tom said...

Bo join bo...telan maggi 2 pun macam rancgn gua gak ujung bulan ni..

mrblind said...

gua kalau gaji jalan cuti setahun pun takde hal..

Rembo said...

Tom - jom. tapi kalo gua balik kg cmne year end tu? lu solo lah ye?

blind - errr...ha tu la. nasib. hehehe

tom said...

gua x kisah...janji maggi lu tinggal

Anonymous said...

dah xde kerja apa lagi, cari pot makan baskin robin a weyh!!

Rajuna said...

ala tak kerja baru berapa ari ni bo? macam gua ni ha..baru true berapa bulan dah tak dapat kerja yang gua mau? gua kental huhuhu :(
(nada sendu). lu di tag. sila jawab.

Ami said...

Aku tak boleh berdiam diri. Aku kene bersihkan arang yang terpalit bila Bangi digambarkan negatif.

Bangi tak jem la Bo..Tu nilai tu...tak sampai bangi tu.

hegira said...

blum pekena jem karak gua musang lagi. siap buleh abes satu novel.


selamat bercuti.

Rembo said...

tom - errr..tu kne tnya abg kod beb.

akim - hahaha. tu dulu. skng kene wayang kt dalam opis.

rajuna - eh, bukan kata dah dpt ke aritu?

ami - owh. hahaha. org bangi ni upanya. Lepak Mc D baru la. hahaha

hegira - perghh!! itu ngeri.

Jorji said...

gua tak heran pasal gua orang kuala pilah..dah jadi mentaliti orang nogori..asal cuti je balik kampung!
kobau beranak,balik kampung!

tapi,gua pun balik hari selasa gak..tak larat woo jem kat hiway!

Rembo said...

j - hah. itu lah. Makcik pakcik den pun gitu. selalu suko bonar balik kampung.

haaa tau pun ekau. samo la kito ni!