Hah! sekali lagi gua kena tag. Macam biasa. Cik Ciki ni suka sangat menge'tag' gua. Ciki nak kenal saya dengan lebih detail yee?
Tag kali ini gua rasakan agak personal. Mungkin sangat personal. Mana yang rasa gua jawap lain macam tu, faham-faham sudah. Tak pun buat-buat faham. Ok?
Tag dari Rajuna, nanti gua jawap. Minggu depan. Sekali dengan tag Oro ye? Kombo la. Macam sama je gua tengok.
Ok. Here we go. Please take note.
7 ciri perempuan idaman gua.
1. Bijak.
Bukan tahap pendidikan. Itu cerita lain. Ini cara berfikir. Maksud gua, kena fikir lain sikit daripada orang biasa. Gua agak bosan dengan cara biasa-biasa ni. Lagi satu, alasan gua, kalau gua kurang kepada satu benda/perkara, dia yang tolong tambah. Ini asyik gua je, susah la.
2. Minat muzik.
Ini penting. Sebab gua minat muzik. Tak kisah muzik macam mana. Janji senang gua bawak ke gig ke, show ke, konsert ke. Boleh je mana-mana. Takde lah nanti bila gua nak tengok show, membebel tak sudah. Rimas gua!
3. Satu kepala.
Senang. Gua belum habis cakap, dia dah tangkap apa dalam kepala gua. Kan ke senang macam itu. Lepas tu, gua ajak tengok bola kat kedai mamak dengan member gua pun senang. Layan je.
4. Pandai masak.
Gua hero sikit bab makan-makan ni. Kira kalau dia pandai buat kek coklat moist, memang extra bonus point.
5. Atlet.
Ini gua bukan penting sangat. Cuma, gua sangat suka andai dia adalah atlet. Sebab, gua minat bersukan. Sekejap gua main futsal, sekejap gua main badminton, sekejap gua main rugby. Kalau bukan atlet yang nak faham atlet, siapa lagi nak faham?
6. Memahami.
Dapat faham gua punya hati dan nurani. Gua ini lain macam sikit.
7. Rajin.
7 perempuan yang pernah gua minat dalam hidup gua.
Ini soalan perangkap namanya. Kalau gua tulis sini susah la gua. Errr...errr... terbongkar la rahsia gua semua. Oklah, gua jawap soalan ini dengan penuh denial. Gua ulang, penuh DENIAL. Sila jangan percaya.
1. Eed.
Masa gua sekolah rendah. Dia anak cikgu. Gua nak kat dia, supaya gua senang dapat markah dalam Bahasa Melayu. Amacam?
2. Inn.
Masa gua sekolah menengah atas. Budak Seremban. Dia sangat comel dan bermata besar.
4. Eila.
Masa gua belajar kat IPT. Gua mentah lagi dalam hidup ini jam. Dulu la, gua miscall je, mesti dia call gua balik. Tu yang gua suka. Anak orang kaya kot. Apa-apa hal gua senang.
3. Eja.
Masa gua belajar kat IPT. Dia ni atlet. Semua sukan kalau boleh dia nak main. Tapi major dia netball dengan handball. Shit!!!
4. Ema.
Masa gua lepas belajar kat IPT.
5. Eni.
Ni gua ingat-ingat lupa.
6. Eja.
Ini lain dari Eja no 3. Sebab dia ni sangat cool lagi blur-blur.
7. Liyana Jasmay
Ini memang gua punya all time favourite.
Ada lagi, tapi gua malas nak tulis. Gua tipu ni. Jangan percaya.
7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang gua minat.
1. Girang.
2. Gembira.
3. Puas.
4. Berdebar.
5. Seronok.
6. Floating.
7. Mendabik dada.
Lain-lain, rahsia.
7 tempat yang gua nak lawat bersama orang yang gua sayang.
1. Venice.
Gua nak buat gaya iklan minyak wangi tu. Nyanyi atas bot. Jangan kota ini tenggelam dulu sebelum gua sampai dah. Gua dengar cerita semakin hari semakin dinaiki air.
2. Bandung.
Kota hardcore. Gua dengar cerita, tempat ini sangat cool.
3. Tanjung Emas, Muar.
Gua dengar cerita lagi la, tak true kalau couple tapi tak pernah jejak Tanjung Emas ini.
4. Esplanade, Singapore.
Tempat selalu ada konsert kat Singapore.
5. Fort Canning Park, Singapore.
Sama la macam no.4.
6. Taman-taman di Putrajaya.
Member gua pesan, ini tempat yang lu kena pergi bila dah ada makwe. Jalan-jalan waktu remang-remang petang sambil pegang tangan kat taman-taman ini memang A. Gua tengok pun macam best je.
7. Tempat-tempat peranginan.
Ala...biasa la ni kan. Pulau ke, air terjun ke, zoo ke. Biasalah.
8. Woodstock.
Hah ini memang kena pergi kalau ada masa.
Gua tipu lagi. Sila jangan percaya.
7 barang yang gua nak hadiahkan buat orang tersayang.
1. Minyak wangi kot?
2. Satu frame kertas comot-comot yang ada puisi yang gua tulis.
3. Kasut sukan. Biar gua boleh ajak jogging sama.
4. Converse All Star.
5. Jam tangan Casio Oldschool.
6. Braclet.
7. Necklace.
Itu kalau gua nak bagi la. Biasanya gua tak bagi. Gua suruh beli sendiri. Bukan gua kedekut. Tapi gua nak ajar cara hidup susah. Kang merajuk sikit, mintak teddy bear lah, micro wave lah. Susah la gua. Buatnya mintak gua Proton Perdana. Hah, gua nak jawap apa?
7 lagu yang gua nak nyanyikan kepada orang tersayang.
1. Buat Aku Tersenyum - Shiela On 7
Apa lagi yang buat gua tersenyum?
2. I Dont Wanna Miss A Thing - Aerosmith
Hah! Ini lagu memang gua kalah. Kalau boleh, mau gua nyanyi setiap kali makwe gua dengan gua bertentang mata. Gua nak dia tahu betapa gua...errr....sayang dia.
3. Fix You - Coldplay
Ini lagu, kalau makwe gua tengah sedih-sedih gua nyanyi sepam.
4. Cant Take My Eyes Off You - Damien Rice
Err...ini lagu gua lupa-lupa ingat.
5. Dan Tidurlah - Andra & The Backbone
Time-time nak tidur.
6. No Suprise - Radiohead
7. Fantasia Bulan Madu - Search
Errrghhhh! tertekan gua jawap menatang ni. Bak sini vomit bucket tu!!! Meremang bulu roma gua baca jawapan ini.
Owh, apa dia? Gua sweet? Terima kasih, terima kasih. Sebab itu gua selalu kena hurung dengan semut. Manis macam gula batu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
ahahah...
good boy rembo ni.
:)
ciri2 sume memang A la.
btw, manis cam gule batu?
perggggh...
tak agak2.
heheh.
gua tau lu tipu bile lu cakap lu tipu...
betul tak?
1. ciri2 wanita idaman tu masih sama spt dulu yaa .. ;)
2. apsal semua awek yg kau minat mesti pangkal nama E? hahaha xsangka minat anak org kaya sbb apa2 hal senang .. hahaha siot btol.
3. kau xrasa horny ke bile keluar dgn awek yg kau minat? ngehngehngeh
4. minyak wangi..? hurmm botolnye masih ada dlm simpanan :)
5. hahaha wan pn pernah belikan aku kasut sukan bia bleh jogging sama2, nike free sama dgn dia, cuma dia kaler biru, aku kaler pink. cute kan? ;)
6. lagu creep dah xde dlm list ke..? thehehehhee
*note: pasni mesti ramai awek tergila2kan lu lepas baca ni..
ciki - btol. manis macam gula batu. itu pun orang lain yg bgtau. hehehe.
oro - errrr...errrrr...btol tu hahaha.
hah ko! -
1. takkan berubahnya.
2. ha tu lah. Baru gua perasan. gua nk letak nama lu skali. tapi takut. hahaha. lu kan atlet dulu.
3. ish tak. horny time lain. hahaha
4. *impress. hehehe
5. hahaha cute cute
6. lgu creep untuk putus cinta weh!
*note: kenapa ko cakap gitu? sweey eh? kan kan kan
-7 tempat yg gua nak lawat brssama org trsayang-
tempat no.6 tu gua harap gua sempat buat dulu sblm lu...hehe
gua saspek denial lo ni macam ade samting laa..
tom - hahaha. jom la kita bet sapa dapat buat dulu. amacam?
Nas - hah. dont say u just sense my something. Dari dulu lagi penulisan gua something. hehehe
xblh blah ah rembo!
hahaha
eh, wujud lg kau?!
eleh...ayat2 denial!! cakap je gua memang sweet.
pilihan lagu2 yg sngat rumantis..pasti encik rambo nih hatinya lembut..
huuhu..
i dun wana close my eyes..dun wanna fall asleep..
haha,romantic gak lu ni..
salam kenal
macam kenal
4.ema
mase gua lepas belajar kat ipt.
hehe :p
Bro,
lu bukan Elyana fan gak ker...?
:P
tanpa di sangka, romantik jugak ko ni...
suheli - haha. jgn la wat statement di khalayak ramai. lain kali email ye.
artsoul - adeh. ni yg malas buat2 romantik ni. hehehe. errr.....salam kenal sekali lagi.
mynn - eh bukan! salah org ni. bukan dia tu.
syanaz - haah. tapi mls gua nk tulis bnyk2. hehehe. hmmmm...welcome back.
akim - romantik? buat2 romantik je ni.
Post a Comment