Wednesday, December 23, 2009

Hujung tahun dan berita gembira.

Disember tinggal beberapa hari saja lagi. Minggu depan dah tahun baru. Dah hujung-hujung tahun macam ni, memang tak berapa nak ada kerja sangat. Gua la. Orang lain, gua tengok ada juga yang sibuk.

Biasa, bila dah tak ada kerja dalam pejabat, kalau tak Facebook, blog hopping lah kerja gua. Dari satu blog ke blog yang lain. Dari page kawan ke page yang lain.

Tengah sedap gua menyelusuri dunia maya, tiba tiba,

"Ktinggggg.."

Bunyi email masuk dari Microsoft Outlook gua. Email pejabat. Nama taiko gua tertera pada penjuru kanan sebelah bawah.

Email bertajuk "Bonus & Salary Adjustment".

Dalam hati gua dah separa menjerit. Tapi, takkan gua nak tunjuk excited pula depan depan orang. Ego kena jaga. Maknanya, ada bonus tahun ini.

Sambil-sambil gua baca email tersebut, sambil sambil gua senyum senyum sendiri, sambil-sambil kepala gua berkira-kira secara rawak. Berkira-kira menyalurkan duit pada channel channel tertentu.

Channel basikal-lah, kereta-lah, Oakley-lah, Topman-lah, Ipod-lah, Jepun-lah, Batam-lah. Banyak. Kalau gua tulis kat sini, tak cukup sampai ke maghrib kang.

Tengah sedap gua layan otak gua buat saluran ke channel, secara tiba-tiba, muncul satu wajah ber-air muka separa garang. Walau comel tetap garang. Tiny Dancer.

"PTPTN jangan lupa bayar" katanya dalam angan-angan gua. Sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuk, sambil cekak pinggang sebelah kiri.

Lantas, lemah badan terus gua. Potong stim betul. Haih.

Settle.

9 comments:

Rajuna said...

member gua telah diblacklist untuk keluar ke singapura. begitu juga gua. lu bagaimana?

terbaik dokkkkk.

Dewajiwa said...

Topman bundle sudah.
channel Belanja-Kawan-Kawan-Blog ada?

.Gha A. said...

ptptn kena byr weh. tak berkat kang ;p

minbachok said...

org bernaseb baik jpa yg bela. haha.

smlm bru cek ptptn. yes!! x blacklis.

rock.
nanti xle g jepun n batam.
byr. jgn x byr. =P

Anonymous said...

siperempuan > cmne nk cek ptptn blacklist tu ek?? tq.

xmizanx said...

biasalah berhutang
nk wat pa lg

frH said...

masukkan PTPTN dulu baru masukkan batam or jepun ok ..

Rembo said...

juna - clear. Nama kena jaga. esok-esok senang nak dapat tender kerajaan.

Amacam?

Dewa - Owh betul juga. Ada. Apa ada hal.

jiha - berkat yang time kenduri kawen tu ke? ke bukan? he he he

mynn - tunggu awal bulan.

anon - visit ptptn punya website. then, semakan imegresen.

mizan - tapi, ini dah kira ilmu kena niaga. Bila la nak pembelajaran adalah percuma.

frh - ha ha ha. Ok2. same thing as her said.

Rembo said...

frh - *She