Wednesday, December 09, 2009

Sesekali teringat [2].

Dulu, masa gua sekolah rendah. Sistem persekolahan gua adalah sepanjang hari. Pagi sekolah rendah, tengah hari rilek sekejap, petang sekolah agama. Kadang-kadang time sekolah agama ini-lah time nak main sepanjang masa.

Time sekolah agama ini juga gua sudah jatuh hati sama seorang makwe. Maria binti Othman nama dia. Gua rilek-rilek letak akronim. MBO. Settle.

Si MBO ni punya cun itu jam. Adoi la. Kulit putih umpama kapas. Halus macam embun pagi. Mata galak sikit. Kalau berjalan macam Maria Ozawa pakai kimono. Langkah stail kecik kecik. Dia punya jeling, jangan cakap-lah. Macam tertusuk panah ke dalam hati.

Miawww! Geram pula gua tetiba teringat ini.

MBO ni cuma sekolah agama kat sekolah gua. Waktu sekolah rendah, sekolah lain. Sekolah tempat ayah dia mengajar. Gua dengar bapak dia guru besar yang garang.

MBO pandai cari duit. Sambil sambil pergi sekolah agama, dia jual aiskrim Malaysia. 10 sen sebatang. Selalu saja habis aiskrim si MBO ini. Maklum-lah makwe cun.

Itu jam. Jatuh hati punya pasal. Gua sanggup pakai kasut cap Power cutting high cut abang gua pergi sekolah agama. Menyemat punya pasal. Peraturan sekolah memang tak ada hal.

Itu jam. Selalu sangat gua beli aiskrim dia dua batang. Bagi 50 sen sekeping. Then, "Keep the change." Macho punya pasal plus pengaruh drama US.

Selalu juga gua bual-bual dalam telefon. Tapi tak lama. Takut. Bapak dia garang. Selalunya takkan dapat gua nak cakap bila dengar suara bapak dia yang angkat. Biasa-lah, MBO ini anak perempuan seorang. Lain semua lelaki.

Bila masuk sekolah menengah, gua dah lost contact. Gua kemana, MBO kemana. Tapi itu jam apa ada sedih. Lantak la. Mata gua dah kelabu dengan makwe makwe sekolah Temenggong Ibrahim Girl School (TIGS) lalu lalang tepi pagar sekolah gua. Budak bandar lagi.

Pernah satu ketika dulu, zaman lepas SPM, Pakcik Othman kena tengking dengan gua. Sebab banyak hal time gua call nak cakap sama Maria. Tanya itu ini, macam macam. Gua yang tak banyak syiling cuma nak tanya khabar. Bukan terus ajak kahwin pun. Hangin gua.

Lagipun, zaman tu memang barai sikit. Lepas SPM. Zaman merasa hidup bebas sikit. Perasan dah besar. Rebel pun menjadi-jadi.

Sudahnya, sampai sekarang gua tak tahu apa jadi pada MBO. Dah kahwin ke? Jual aiskrim Malaysia lagi ke? Dah jadi tauke kilang aiskrim ke? Kulit putih macam kapas lagi ke? Bapak dia garang lagi ke? Dah ada pakwe ke?

Ke...dah jadi tauke panggung wayang MBO dah? Erkk!

Settle.

7 comments:

Shahrul Tanaka said...

gua ingat die dah jadi popstar..

Plain Jane said...

hey, i sekolah tigs
hahahahaha

ps: comel je cerita ni :P

laki cikgu kimia said...

part lu suke lelaki lu xnak citer plak?

Rajuna said...

banyak sangat cinta kenangan silam XPDC kau ni.

dah kenapa?

Rajuna said...

lagi satu TIGS sucks.sorry plain jane.


cukuplah Chenta Tiada Restu aku dulu.lalu dia tinggalkan aku ikut pak arab.sungguh thrashcore kisah itu.dem it.

Plain Jane said...

kenapa weh tigs sucks?
aku tak tau weh sbb aku masa sekolah dulu jenis yg kaki bangku dan tak amik efforts nak berkecimpung dlm aktiviti sekolah
haha
tp cikgu dia over ah sikit
sbb aku jahat masa kecik, suke2 dia je ckp aku bodoh
ciss

Rembo said...

azry - kau nak tulis pornstar kan sebenarnya?

jane - owh, hai budak TIGS.

nas - sabar la. ada masa dia.

juna - baca je la. jangan banyak cakap boleh?!