Wednesday, August 20, 2008

Gua sudah mula mahu kumpul dan bukukan cerita Tanggang versi moden.

Gua sudah dua hari tidak duduk di pejabat. Gua kena kerja di kawasan Naga Keramat. Bila gua berada di kilang customer gua, gua sangat kurang berakses internet. Ini membawa maksud, gua susah hendak membaca email.

Beberapa minggu lepas, dua minggu lepas la kot. Gua balik rumah 3 jam sahaja. Anak-anak saudara gua sudah tahan gua. Paksa gua tidur rumah kampung. Gua cakap pelan-pelan. Ibarat suara Dave Grohl nyanyi lagu "walking after you".

Gua cakap, gua kena balik. Esok gua kena kerja. Nanti gua dah kaya, lu orang hendak apa je mintak. Gua janji dua kali hari Jumaat, gua balik. Diaorang cuma tahu hari Jumaat.

Jumaat kedua itu adalah Jumaat ini. 22 haribulan Ogos. Gua siap sudah apply cuti. Semata untuk balik kampung.

Atas 2 urusan. Satu. Tanggungjawap sebagai anak, adik, abang dan pakcik. Dua. Tanggungjawap sebagai kawan dan juga team player.

Akan tetapi, malam tadi. Setelah gua sampai rumah dari kawasan Naga Keramat, rutin harian gua. Check email kala bulan mengambang.

Sedar-sedar, gua ada nampak satu email daripada customer gua kepada boss gua. Minta hantar technical support pada 21 atau 22 atau 23 Ogos. Atas urusan bersedia untuk sebarang kerosakkan yang bakal berlaku.

Gua ingat ok lagi. Setakat esok, gua cancel cuti pun takpe. Habis kerja boleh balik. Apa ada masalah. Janji tetap janji.

Tetapi bila gua tengok kali kedua email itu, baru gua sedar. Customer itu berada di Batam? Apa cerita?

Habis lah gua kalau bos gua hantar gua pergi Batam. Macam mana dengan tanggungjawap gua? Setakat sebagai kawan, adik, abang dan team player itu gua ok lagi. Abaikan pun takpe. Tanggungjawap sebagai anak dan pakcik tu yang gua pening kepala sekarang ni.

Bila gua mengadu hal ini kepada housemate gua, dua perkataan je gua dapat.

"Huh! Tanggang."

7 comments:

Anonymous said...

kau ni mesti byk tengok cite "aku kah tanggang?" kat tv tu

Anonymous said...

gua ada gak membe mcm lu ni......tanggang...
tp biarla apa org nk kata......
janji dlm hati 2 yg penting beb....

Eamy said...

hahahaha
sumpah jadik batu!

Rembo said...

frh - ada ke cite tu? tak tau pun gua. hehehe

tom - tu la. gua ada gak mmbe. lagi teruk. 6 bulan tak balik kg. apa cite?

eamy - haip. elak. elak.

H said...

benci gile tengok cite aku kah tanggang tu.
orang dok kate adi putra tu rupe si bulat.
menyampah!
meluat!
tak ske!
tah pape!
benci!
keji!
urrgggggggh!!!

erk?
lari tajuk eh?
hihi.
^.^v

apek terror said...

hah ade kenduri kawin ker? or lu yg.....

Rembo said...

ciki - relax-relax. gua pun xpnh tahu ada cite tu. hehehe

apek - apa jadah lu ni! gua stalait gune sudu d'limau nipis kang. gua ada majlis alumni. hehehe