Wednesday, August 20, 2008

Sepetang di pejabat.

Bila gua dalam pejabat je, gua cepat rasa bosan. Sikit-sikit kerja gua, turun bawah, hisap rokok. Escapism. Kill the time.

Sedang gua asyik tengok asap rokok gua berkepul-kepul keluar, gua dengar pintu pejabat sebelah di buka. Aci cleaner pejabat sebelah keluar. Gaya mahu pulang.

Gua buat relax. Cool.

"deeey...bila mau balik? pukul berapa balik?" sapaan dalam pertanyaan.

"enam aci." gua jawap dengan sopan. Sudah sifat gua macam itu.

"aci sudah mahu balik?" gua cuba panjangkan perbualan.

"iya."

"balik terus masak la aci? sudah petang." gua tanya memandangkan jam tangan gua tunjuk 1640.

"saya balik Kota Damanasara."

Gua terus terdiam. Kelu lidah gua. Otak jamm. Dalam kepala gua, macam mana masak boleh di jawap dengan Kota Damansara?

Kenapa ini yang terjadi pada gua yang ramah mesra lagi bersopan ini?

Gua pandang langit. Ada guruh. Ibarat amaran untuk gua.

Lantas gua naik atas pejabat dengan muka puzzled!

7 comments:

Cik-Gie said...

ooooooo....
5 minit tadi tu g isap rok la ye..!
ceh!

ngulo kuat!

konon sopan + mesra dgn aci.



huh!!

H said...

aler...
ciki tak paham ni.
aci tu sound trouble ke rambo?
hah rambo?
hah?
dia pekak eh?
:D

apek terror said...

gua rase lu yg salah dgr la..dia ckp ayam masak gulai masala lu dgr balik kota damansara...

S.YanaZ said...

Mana ada aci tuh ckp kat Kota Damansara...


Flash back;
"balik rumah terus masak la aci?sudah petang"

"enche' Rambo...itu aci TAU LAA"

MORAL:-Merokok merbahayakan saraf pendengaran.

Eamy said...

itu la..karma la tu.aci tu lg licik drp kamu..hahahaha!

Rembo said...

cikgie - manade. i mmg sopan apa. tak caya tanya org2 tua.

ciki - tatau la ciki. mcm tu la. gua ckp lain, dia jawap lain. kot la kan.

apek - lu ni backing la gua sikit. oage gua ni.

syanaz - baik ceeguu

eamy - ape niii...karma lagi....

buto ah kau pjoe,anak haram haha said...

kota damansara? mungkin mak guard hostel saya yang amek part time di opis kamu


apa kaitan? erk.


kamu salah dengar tu. betul la apa yang apek terror tu cakap. ntah2 aci tu cakap balik masak ayam gulai masala :p