Semalam tengah hari, gua ada date. Ok. Budak rumah gua kata, gua pergi dating. Biasa-lah. Manusia. Bukan date. Sedikit urusan bersama makwe-agen-Prudential sebenarnya. Berlokasi di Arena Makan-Makan Jusco.
Selesai urusan, tiba masa untuk berbual-bual santai. Urusan bisnes sudah tutup. Tiada lagi perbualan urusan bisnes.
Tiba-tiba;
"Awak suka saya?" makwe-agen-Prudential soal gua.
"Erk! Suka." jawap gua sedikit cemas.
"Kenapa awak suka saya?"
"Sebab awak comel."
"Kalau saya tak comel, awak suka saya tak?" tanya makwe-agen-Prudential lagi.
"Suka jugak."
"Kenapa?"
"Sebab mata awak besar."
Pause.
"Awak suka saya tak?" Makwe-agen-Prudential tanya lagi.
"Sukeeee."
"kenapa?"
"sebab...awak bijak" gua jawap ikhlas.
"kalau saya tak berapa bijak, awak suka jugak?"
"Suka jugak." gua jawap sambil sengih-sengih.
Tiba-tiba, sayup-sayup dalam hingar-bingar Arena Makan-Makan itu, telinga lintah gua dapat kesan satu bunyi yang sangat gua familiar.
Tit...tit...tit...tit...tit....
Meleret-leret bunyinya.
Gua celik mata, gua capai telefon mudah alih gua. Picit button STOP ALARM.
Cilakak! macam mana gua boleh mimpi apply dialog si Pipi dengan makwenye-yang-alien itu dalam cerita My Alien Girlfriend terhadap diri gua dengan makwe-agen-Prudential. Nasib baik gua tak buat gaya-gaya permainan Humchaaa itu sekali.
Lantas gua keliru sampai sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
wargkh kah kah kah...
pembawakan budak lu ni gua suspek
cess.. beritahu laa aok gi tengok preview Maskara shorties tu!
weh! takde nak upload ke full version?
muahaha..huu haa Humcha boleh digunakan sebagai kata ganti utk ajak aweks main!
AHAHAHHA!
opss..
er..hy..
haha.
len kali tido basuh ler kaki dan pape yg patut bro.. :P
hahahahaha
smpat banjir tk mimpi tu?hahahahaha
oro - hehehe. Lucu2. nti senang kita lepak lagi weh.
poyo - jadah lu pembawakan budok, fenomena ni skang humchaa ni...
alif - hehehe. bukan preview maskara la, gi maskara. hehehe. full version kena tanya tuan director la.
jorji - yeke? *naive hehehe
kema - ada gk ke mlm tu? err...hye.
ilazz - da setel da siap tahajud, solat taubat bagai tapi niat je la. heeeee.
eamy - ni ketawa ikhlas ke...ketawa envy nih? hehehe
pemikir - banjir? apa yg bnjir? hehehe *naive
gua paling suke perkataan 'lantas' dalam entri lo ini. *wish nak mimpi best jugak
crtclthnkr - hehehe. malu la i...
pergh.. bengong gile.. musti syok mimpi tu ann??
GUA TAK sempat pergi maskara shorties. dem. baru sampai kl semalam!
mynn - musti. hehehe
rajuna - abih tu gua nk buat cmne ni? weh sapa bocor rahsia gua weh? cilakak.
hahahahhaa. mmg btol la, kau ni pembawakan budak. ;)
aku pulak. kau tu yg pmbwkn budak. gua ok je hehehe
Macam tu je bunyi alarm kau? Kalau aku jangan harap nak bangun..
Aplikasi la dialog tersebut terhadap beliau di dunia realiti wei.!
Mahu aku tahu kesudahannya.!
hahaha.
nti2 la mi.
haha. lawak.
hehehe. tak la gua relax-relax je. heeeee
Post a Comment