Wednesday, November 19, 2008

Gua tak pasti petir tu sambar apa atas bangunan depan pejabat gua.

Semalam, cuaca mendung-mendung panas. Panas yang boleh buat gua berpeluh. Biasanya cuaca begini, gua biarkan sunroof kereta hitam gua terbuka bagi ventilation. Kalau tak, gua balik kerja waktu petang, memang gua duduk dalam ketuhar gelombang mikro. Panas yang amat.

Gua pun menjalani hidup di pejabat seperti biasa. Tiba-tiba telefon gua berbunyi.

"Bo, itu hari sudah mahu hujan la. Turun la, kasi itu kereta U punya bumbung tutup." beritahu salah seorang amoi management pejabat gua.

"Owh betul aaa? Ok la. Thank you."

Lantas gua berlari-lari anak turun tangga. Selesai gua tutup sunroff, gua pekena rokok sepam. Relaks depan pejabat sambil tunggu hujan turun.

Tik. Tik. Tik. Tik.

Hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Guruh berdentum-dentum. Kilat sabung-menyabung. Langit makin gelap.

Sebelum apa-apa jadi, gua lari naik atas dulu. Baru gua labuhkan punggung gua ke kerusi, tiba-tiba,

GEDEGUUUUMMMM!!!

Satu petir sudah sambar sesuatu depan pejabat gua. Punya kuat bunyi petir tu, gua punya terperanjat macam nampak Liyana Jasmay baring sebelah gua time gua bangun tidur. Tapi memang bunyinya kuat dan dekat.

Tiba-tiba, telefon depan gua bunyi lagi.

"Hello, Bo. Abang Suhaimi pejabat sebelah ni."

"Ha bang, ada apa?" gua mula resah.

"Kau dengar bunyi petir kuat tadi?"

"Dengar. Kenapa bang?" gua mula cuak maut. Takut-takut Abang Suhaimi membawa perkhabaran sedih.

"Petir tu sambar bangunan depan kereta kau la. Ada batu besar-besar telefon meja ni aku nampak jatuh. Tapi tak tahu la kena kereta kau ke tak."

"Hah! Ok bang. Tenkiu. Jap lagi saya turun check."

Lantas gua beritahu rakan-rakan sepejabat. Turun check kereta masing-masing.

Gua punya jantung bagai nak gugur bila gua sampai bawah sebab gua nampak satu batu besar duduk betul-betul belakang kereta gua. Gua dah saspek bumbung gua kemik rabak dek tertimpa batu itu.

Kepala gua dah pikir bukan-bukan. Mana gua nak cekau duit repair kereta dah hujung-hujung bulan ni.

Gua nekad, gua redah hujan. Pergi cari kepastian. Samaada kereta hitam gua terkorban tak dalam nahas panahan petir ini.

Setelah gua check, kereta gua terselamat. Tetapi kereta member gua yang parking sebelah gua, cermin belakang sudah berderai dek tertimpa batu besar ini. Kereta bos nombor dua gua, yang selang 3 parking dari gua, juga mengalami nasib yang sama.

Lu bayangkan beb. Batu besar-besar telefon meja tu jatuh atas kereta. Gila tak pening kepala kalau kemik!!

Jangan buat main mende-mende gini. Padanlah dulu masa gua kecik arwah nenek gua cukup pantang gua tengok hujan depan tingkap time guruh gemuruh bagai ni.

13 comments:

Rajuna said...
This comment has been removed by the author.
Rajuna said...

gua pun tak tau nak cakap ape la rembu. ada time tu asik ada benda2 tak best je kat kita. kadang2 ada time tu asik best je.
ape pun sabau je la rembu!

ilazz said...

alhamdulillah ko x pape..

Anonymous said...

seb bek x kena ke kete ko...kalu idak rabak kocek dan anta g repair..

laki cikgu kimia said...

yang gua tau spepat keta lu memang mahal.. seb bek la!

apek terror said...

kilat sambar itu macam? serius? dh sah la salah ustaz dulu cakap kilat sambar setan je rupenye dia wat part time sambar bangunan gak...

Anonymous said...

cuba kalau kau tengah tido, tiba2 terbangun sbb bunyik petir yg kuat, tp bile bangun tu liana jasmay kt sblh, mesti kau terlupe psl kete kau kan kan kan?
;)

Jorji said...

tuhan tu maha adil. ..

Rembo said...

rajuna - yup. gua tengah bersabo le ni. hehehe

ilazz - alhamdulillah.

akim - kalau kena kereta, kalau gua yg kene. ish...jauhkan la.

nas - eh jgn ckp gitu. bese2 je la. kedai ah chong depan tu ada jual.

apek - ada la tu.

frh - pergh lu...jgn expose rahsia gua di khalayak ramai.

ji - yerp. DIA memang maha adil.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

skang ni masalah utamanya sebab lu lari naik opis.kalau tak, memang lu laa petir tu nak sambar..

hegira said...

ada satu hari tu memang betulkuat guruh dankilat macam nak membongkah semua tanah.

nasib baik keta lu ok eh.

Jimbo said...

rembu tu apa?

Rembo said...

pipi - kira gua terselamat la ni. tapi pi gua bukan fan setan merah.

hegira - nasib baik la beb.

jimbo - ala...yg ikat kepala pki kain merah tu.