Monday, November 17, 2008

Kalau gua ada black magic, sure gua dah hantar penanggal pergi gigit tengkok lu. [Part 2]

Lewat petang itu, dalam keadaan penat dan hati panas. Gua gagahi badan gua untuk kemas bilik gua yang bersepai bak dilanggar garuda. Yang mana berlipat, gua lipat balik. Yang mana bergantung, gua gantung balik elok-elok.

Dalam kepala gua, tak payah buat report kot. Bukan kes besar sangat pun. Jadinya, gua pun kemas segala barangan gua. Kalau nak buat report, gua biarkan je la. Mana tau kot-kot ahli forensik nak datang ambik cap jari. Harap-harap ada yang se'hot' Eva La Rule yang datang. Boleh gua ajak bual-bual sambil dia ambik cap jari.

Tapi, sangkaan gua jauh menyimpang. Tengah gua syok layan mp3, gua dengar suara rakan-lama-tapi-budak-rumah-gua-yang-baru panggil gua bertubi-tubi. Dengan gaya separa sederhana panas hati, gua turun menyahut panggilan beliau.

"Lu nak apa?!! Mekak je dari tadi." herdik gua.

"Jom kita gi report." jawap dia.

"Nak kena report gak ke? Kecik je kes ni."

"Jomla. at least kita letak rumah kita dalam mode pengawasan kalau dah report."

"Ha yelah." gua layankan walaupun hati gua separa percaya.

Disebabkan gua paling kecik (fizikal dan umur), gua terpaksa mengalah. Selesai tahap pertama report, gua dengan Tom mulakan perjalanan report ke bahagian bahagian kedua.

Tiba-tiba Tom bersuara;

"Gua rasa hebat sial." sambil pandang gua.

"Apasal?"

"Gua keluar masuk balai polis tak pakai seat belt pun takde polis saman."

Itu jam, gua bertambah panas hati. Ikut hati gua, mahu saja gua install eject seat beserta eject button. Bila masa gua tekan eject button, pintu sebelah penumpang gua terbuka dan campak penumpang sebelah gua. Macam cerita Fast and Furious sekuel kedua tu.

Lantas gua teringat kata-kata AKAB, punk rocker memang cepat marah bila lapar.

13 comments:

Unknown said...

bule tahan sengal tom tu eh?

ilazz said...

klu ko nak soh aku tolong kemas umah ko leh gakk. sejam 50 hengget.
hehehe...

laki cikgu kimia said...

tomok memang menguji kesabaran betol ek

tom said...

itu jam mmg gua rasa hebat gila Bo...betul..gua tak tipu...

Rembo said...

oro - bukan sengal la mal. superior. hehehe

ilazz - takpe lah. susah2 je. hehehe

nas - salah anggap ni.

tom - gua tau. tapi...diaorang salah tafsir maksud tersirat entri gua ni.

Anonymous said...

haha. kawan kau ni tom n jerry ke tom tom bak? cute ;)

tom said...

Bo ada org cakap gua cute...ahak

Rajuna said...

nasib baik gua mat electro. jarang lapar. jadi gua jarang marah. cuma horny memanjang.


ha ha ha

zairi said...

umah mak ayah aku kena rompak dulu.malam tu gak aku turun dari seremban suruh polis check jari skali lagi.abis aku mengamok kat polis tu sebab x dapat kesan cap jari perompak tu. A.C.A.B. tol polis tu!!!

Anonymous said...

lapar boleh buat orang bunuh-membunuh..

jgn amalkn..

Rembo said...

frh - bukan. bukan. ni TOM Morello. amacam? hehehe

tom - ye. aku masih boleh membaca.

rajuna - iye le elctro ko. yang mlm merdeka lepas kat terminal ferry BP tu electro la? heheheh

zairi - tu polis ke forensik? hehehe

akim - tau takpe. lantas gua lega lepas makan nasik semalam.

Rajuna said...

syiaal.
lu perasan gua ke?
kalau begitu gua tukar.
GUA BUKAN ARCTIC MUNKEE MALAYA

HAHAHA

Rembo said...

hahaha
*gelak double meaning