Friday, November 28, 2008

Mak, jangan sumpah angah jadi batu eh kalau angah tak dapat balik kampung minggu ni. Tu sumpah person in charge sana tu mak.

Malam tadi, dalam hujan, gua buka fuse box kereta hitam gua sendiri. Check apa yang patut. Fuse la, relay la, bulb la. Semua gua dah godeh. Tetap padam. Cis!

,

Daripada semalam tengah hari lagi, gua mula buka Maybank2u. Check payment gua.

Pukul 1500. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka.
Pukul 1700. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka.

Hari ini.
Pukul 0900. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka. Celaka
Pukul 1000. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka. Celaka. Celaka.
Pukul 1100. Buka Maybank2u. Check payment. Belum masuk. Celaka. Celaka. Celaka. Celaka. Celaka.

Hoi orang bank, masukkan duit gua tu cepat!
Tu, time is running out. Tinggal lagi lebih kurang 7 atau 8 jam matahari nak tenggelam. Maknanya, hari akan gelap.

Plan awal. Pulang ke kampung selepas habis kerja.

Macam mana gua nak balik kalau hari sudah gelap kalau lampu kereta hitam gua tetap padam?

Hantar la repair lepas sembahyang Jumaat kang.
Macam mana gua nak hantar repair lampu kereta hitam gua yang padam lepas sembahyang Jumaat kalau payment gua belum masuk hari ni?

Balik kampung esok siang je la, repair kat kampung.
Macam mana gua nak balik kampung hantar repair lampu kereta hitam yang padam kalau payment gua tak masuk?

Bak kato sepupu den, soba jo la jang!
Iyolah den soba la ni. Huh, bangang!

14 comments:

Edi said...
This comment has been removed by the author.
mrblind said...

balik malam-malam takde lampu baru rambo brader..

Rajuna said...

alahai anak omak
alahai anak omak
menderito kau jang oi di rantau orang..


nak poei mano tu jang?
poei rumah milah mak!

frH said...

balik esk pagi jek laa dgn gua & kawan2. mesti lg meriah ..

kau gerak pkl bape esk? roger ah nnt

apek terror said...

la pakai lampu suluh,moto boleh tak kan kete x leh...

sabar eh rambo..sabar

Sailor Chan said...

kau tengok rem, apek cuba main api.

Rambo said...

mr - bejalan boleh la. ni bawak kereta.

rajuna - buat gaya suara rabak skali.

frh - semua bergantung lagi.

apek - gua mls la nk lyn komen mcm ni.

sailor - gua dah mls nk tegur dah. penat gua perah idea tulis entri.

Ami said...

Nanti aku suh mak kau sumpah kau jadi lampu.
Setel.
Kan?

j or ji said...

baru takda lampu dah takleh nak balik kg? kata rambo!

cuba tekan hon tu..ada bunyi tak? (joke bikin panas!)

:P

Rambo said...

ami - dah tu sapa nk bawak kete gua balik?

jorji - gua bukan marah pasal lampu, gua marah payment gua tak masuk2 ni. haih.

CriticalThinker said...

membe gua penah kate kalu selalu sangat check.. die hang.. tu la pasal tak apdet2! *rugi la kalo pecaye

Rambo said...

nas - hahaha. gua nk percaya dah.(baca buat-buat percaya)

babazahra' said...

eh bro, kalu mak lu nak sumpah gak, lu wasiatkan suh bagi pada gua ye hasil sumpahan tu nanti.

suh mak lu sumpah lu jadik 166 3.0 ye. kaler hitam jugak lah.

register wa bayar lah nanti muehehe

Rambo said...

pergghhh...166 tu. nk yg t.i ke tak? hehehe